Pengikut

Monday, March 19, 2012

Entry Ringkas Padat - Bukan Tips Blogging~

Assalamualaikum warahmatullah.

Saja nak cerita pendek.

1. Malam tidur pukul 4pagi siapkan kerja buku cerita kanak-kanak makcik.

2. Pokok kelapa sawit tumbang belakang rumah. Mujur tak kena dapur.Alhamdulillah.

3. Buat laksa. Tolong je. Kak ipar yang buat - sebaya. Tadi tengok dia, "patutlah dia dah kahwin dan bukan aku" Hee..

4. Mak buat ketuk ubi. Banyak dah makanan. Aku tak makan nasik langsung? Wah wah.

5. Makcik datang mintak aku siapkan kerja sebelum esok petang. o_O dah tanya pendapat tentang hasil yang dia nak. Boleh dia suruh aku ambik KPLI? Jiwa aku tak boleh terima. Kesian kat anak murid. Serius aku tak boleh mengajar.

6. Adik aku balik tiba-tiba (abang aku la bawak). Lucu bila dia turunkan buku BM ting. 6 dia kat makcik.

7. Kecoh. Bercerita dengan abang, adik, sepupu.

8. Hmm. Mak dah sakit badan urut orang sampai 3orang semalam. Tapi, tadi mak urut orang jugak lagi. Bukan aku nak suruh mak tolak rezeki, tapi..badan mak yang tak tahan.

9. Ada suami orang yang mak urut mintak nak urut jugak!!!???? What??!! No way! Mak aku cakap tak pandai urut laki. Atok aku kan lelaki. Pergi la mintak urut dengan atok. Mak aku bukan tukang urut. Dia tolong je sikit-sikit. Tak reti nak tolak.

10. Berharap kerja cepat, dapat kasi duit kat mak, tak payah mak urut orang dah. Aku bayar berapa diorang kasi kalau mak stop. Siapa la yang sebarkan kat orang kampung mak aku ni pandai urut? Korang takkan datang mintak urut kan? Aku tak kasi.

Esok pulang laptop. Ok, adios. Jumpa lagi, insyaAllah. Hehe.

5 comments:

Liyana Izzati said...

KPLI bukan jadi cikgu ke? Errr, saya pon sama. Tak minat jadi cikgu. Hahha. Kalau nanti jadi cikgu, tak tahulah macam mana.

nanabyte said...

urm. nana pun tgh menganggor. mak suh jd cekgu lak. uhuk.uhuk

Yana Libra said...

tak pun sementara dapat kerja, try lah apply jadi cikgu sandaran?

Azee Hana said...

awak pandai mengurut jugak ke..hee

Cik Nur said...

Cp ketuk ubi tu mcm mana..?