Pengikut

Tuesday, June 12, 2012

Apa salah ku?

Assalamualaikum warahmatullah

Pernah tak korang rasa macam aku rasa? Bila kita buat salah, orang marah bukan main lagi. Bila orang lain buat salah, kita nak tegur pun serba salah.

Aku mengaku, sejak kerja dua bulan ni, banyak kali aku buat silap. Aku pun rasa sangat bersalah tau bila buat silap. Bukan aku suka. 

Lagi-lagi, aku kerja dengan nyawa. Aku sangat takut.

Aku sedar sesuatu.

Buat salah bukan bermakna melakukan kesalahan. Tapi, buat salah adalah apabila aku buat sesuatu yang boleh menimbulkan masalah pada orang lain.

Susah untuk aku bagi contoh sebab susah aku nak mengaku hakikat ni.

Aku banyak kali kena marah sampaikan hari-hari otak aku sentiasa takutkan mereka. Aku takut kena marah dan buat silap. Fokus aku adalah untuk buat kerja elok-elok supaya aku tak kena marah.

Tapi, kadang kala...

Bila aku sedari sesetengah orang buat salah, mereka terlepas macam tu je. Tak ada sesiapa akan mengaku kesalahan mereka. Dan akhirnya, semuanya akan dituding pada junior-junior macam aku.

"Kamu tau kan, tak boleh buat macam ni?"

"Kamu tau kan, ini kena buat macam ni?"

"Siapa yang buat macam ni?"

Kadang-kadang, aku sendiri nak jadikan diri aku macam mereka. Bila buat salah buat tak tau je. Diamkan diri jangan mengaku apa-apa. Sebab mereka boleh je bergelak ketawa bila buat salah. Sedangkan aku mesti ditegur dengan tegas.

Alahmdulillah. Tak semua macam tu. Ada senior yang sudi menegur berkali-kali dengan baik, tak kurang juga yang mengaku, tak semua manusia sempurna. Sudi jugak tolong-tolong bila sibuk. Sudi check semula kerja aku.

Aku perlu belajar untuk lebih fokus. Aku tersedar yang aku terlalu sibukkan apa orang kata berbanding tugas aku. Keserabutan dan kerisauan aku ni yang selalu buat aku lupa itu ini, silap sana sini.

p/s: ...esok shif petang lagi. Sila bertenang. Moga esok lebih baik dari hari ini. Amiin.

Semua orang baik je. Cuma bila sikap dalam kerja, ada yang perlu aku ambil perhatian lebih. Aku cuma harap aku tak buat silap lagi. Fokus!

"Prof Dr Muhaya

Lagi kita cari penghargaan manusia lagi tidak dapat penghargaan. Bebaskan diri dari penghargaan manusia punca ketenangan jiwa"

5 comments:

Deru Ombak said...

Kita belajar Dari kesilapan.

Focus! :)

Chic Na said...

staff baru. biasa la tu cP kena mcm tu. be strong ya. :)

Iffah Afeefah said...

keje takley leka

Iza Teratak Usang said...

Assalam..
Biasa juga kena marah dulu...selalu rasa tertekan dan dari situ timbul satu semangat untuk belajar bersungguh-sungguh bila ada peluang sambung belajar...
Moga tabah hadapi semua dugaan tu..

nur anis said...

sabarlah...cuba belajar dari kesilapan...:)