Pengikut

Tuesday, June 12, 2012

Bencana alam di Tanjong Karang.

Assalamualaikum warahmatullah.

Tengah duduk-duduk tengok MHI di TV3, tiba2 ada cerita bencana alam kat Tanjong Karang. Terus berdebar. Mak tak pulak cerita apa-apa.

Selalunya, kalau angin kuat, mak mesti tak boleh nak tidur. Hari tu je pokok kelapa sawit kat belakang rumah tumbang hampir kena dapur. Ni angin kuat.

Halaman rumah nenek

Halaman rumah saya


Mesti pokok kelapa yang tinggi-tinggi jadi ancaman ngeri. Harap-harap semuanya baik-baik je. Kalau kat sawah tak banyak pokok, rumah terus kena angin. Tapi, kalau kat kampung, banyak pokok-pokok. Pokok pula jadi potensi bahaya.

Rumah nenek saya kat sawah.

Semoga semua selamat-selamat je. Tentu ada hikmah di sebalik semua ni. Memberi peluang untuk orang lain membuat kebajikan hulur bantuan.

p/s: shif petang hari ni. Kerja kuat dan betulkan niat!

7 comments:

fieda said...

mmg la kalau ada ape2 jer yg jadi kt kg mesti berdebar perut kan..kak fieda punya kg lagi la dekat dgn pantai..ishhh....mintak jauh..

nur anis said...

hari tu masa saya balik dari negeri sembilan, saya tengok jalan kuala selangor ke sekinchan tu banyak sangat ranting pokok, daun-daun..rupanya memang kejadian ribut ni..

Yana Libra said...

moga takde pape ye~ :)

Iffah Afeefah said...

hope sume bebaik je

Cik Zai said...

Wah luasnya halaman rumah awak..^_^

Cik Nur said...

InsyaALLAH semuanya baik2 belaka..
kerja elok2 tau.. :)

Chic Na said...

moga semuanya selamat. :)