Pengikut

Sunday, July 22, 2012

1 Ramadhan di Kampung :)~

Assalamualaikum warahmatullah..

Apa khabar semua? Puasa tak? Sekarang ni kat kampung. Hari ni balik tempat kerja. Sob sob.

Alhamdulillah dapat meraikan hari pertama Ramadhan kat kampung. Semua orang ada masa berbuka tadi kecuali abang no. 3. Kerja. Lama aku tak dengar berita pasal dia. Cuma dengar haritu ada balik.

Menu semalam bertemakan makanan laut. Eceh. Yela, ada padprik udang, sotong sambal dengan ikan bakar. Elok pulak menu jadi tema makanan laut. Tapi, lupa nak ambil gambar. Kekeke..

Bila kat rumah ni, aku memang jarang online sekarang. Sebab aku rasa sayang nak luangkan masa kat depan laptop. Aku rasa lebih baik aku luangkan masa dengan family aku. Kan?

Mak dah tanya lagi pasal al-Quran digital tu. Katanya, pakcik aku dah beli dengan harga lebih murah dari yang dia dengar sebelum ni. Aku bukan apa, aku nak kena pastikan al-Quran yang aku beli nanti diluluskan. Tak nak la beli yang ada silap kat mana-mana.

Aku juga dah beritahu family aku yang aku tak dapat cuti hari pertama raya. Aku pun tak pasti lagi cuti raya yang aku minta diluluskan ke tak. Harap-harapnya dapatlah.

Ingat hari ni nak beli rice cooker, nak beli rak baju. Tapi, aku belum beritahu abang aku lagi. Nantilah kejap lagi. Dia dah pergi mana entah. Senang sikit kalau abang aku hantar aku boleh beli barang-barang semua tu. Nak angkut sendiri susah la. Kalau boleh, nak jugak beli penyapu dengan mop. Penyapu yang ada kat rumah tu dah nazak sangat. Nak beli kat kedai runcit kat sana, mahal sangat aku tengok. Mau terjegil biji mata aku.

Kamu semua pulak macam mana? Apa cerita 1 Ramadhan?


p/s: Kerja..kerja..kerja..kenapalah masih tak seronok nak kerja?

5 comments:

Adylia Qarissa said...

kalau tak dapat cuti hari raya memang sedih huhuhuu

Chic Na said...

sedihnya tak dapat raya pertama. tp takpe berkorban demi kewajipan. :)

meriahnya buka puasa tema seafood lagi.

Cik Nur said...

ramadhan ni biasa2 je cp.. mmg dan berazam xnak mbazir..

cuti raya xdapat ye..sedihnyer..tp xpalah..nak buat mcm manakan..

sitiezahim said...

mmm sedihnya raya 1st tak dapat sekali ngan famili. besarnya pengorbanan cp kan...

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

1ramadhan witu, makan dengan kemeriahan.. adeii... apela kak is nak jadi ni (^___^)