Pengikut

Monday, July 23, 2012

Zakat Fitrah: Pertama Kali~

Assalamualaikum warahmatullah..

Tadi pergi ke Tesco, niat di hati nak beli rice cooker. Tapi, dah ditakdirkan semua rice cooker saiz mini dah out of stock temporarily. Tak masak la nampaknya.

Lagipun, roommate awal-awal dah beritahu, dia takkan masak masa puasa. Dia nak cut diet dia, tak makan nasi langsung. Aku ada fikir juga, kalau aku masak sorang-sorang bajet aku akan lebih ke tidak banding dengan beli kat luar. Cumanya, aku fikir nak masak ni, demi nak makanan lebih berkhasiat - cewah. Maklumlah, takut kolesterol tinggi.

Apa kaitan dengan zakat fitrah pulak ni? Okay-okay.

Lepas beli barang makanan apa yang patut dan sedikit tak patut (mee segera), aku turun la menuruni tangga bergerak a.k.a escalator. Menanti kat hujung tu adalah dua orang amil yang bertugas mengutip zakat fitrah kat situ. Mula-mula aku dah terdetik nak bayar, tapi, segan. Aku pun pergi la ke Watson dulu beli barang sikit. Lepas tu, aku mesej abang aku tanya macam mana nak bayar. Tak sempat abang aku balas mesej, aku dah duduk dah kat kerusi tempat bayar tu.

Ibnu Abbas menyatakan: “Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Aku cakap, " pertama kali nak bayar."- Selama ni arwah abah lepas tu abang aku bayarkan, ye.

Amil tu cakap, "belajar-belajar la. Baca ni je," sambil tunjuk tulisan atas kertas tu.

"Inilah wang menggantikan beras fitrah wajib ke atas saya tahun ini kerana Allah"

Aku baca dan lepas tu dia pun baca akad dia. Lepas tu, tadah tangan baca doa. Amiin.

Lega. Ni la pertama kali aku bayar zakat fitrah sendiri. Maklumlah, dah bergaji. Tahun lepas aku ada fikir nak bayar jugak masa aku kerja kat kedai tu, tapi, entahlah. Segan je lebih.

Bukan susah pun bayar zakat fitrah. Lepas dah bayar, lega rasa. Macam dah tunai satu tanggungjawab yang besar.

Korang? Dah bayar ke? Selalunya dengar dah nak dekat raya atau saat-saat akhir baru orang bayar. Baik bayar awal. Tak la sesak dan ramai rang sangat. Takut lupa je nanti.

Oh, lepas tu, aku mesej abang aku beritahu dah bayar dah. Best je dia balas, 

"lega. Kurang satu duit raya." 

Yela-yela. Aku tau aku dah kerja. Tak layak dah nak dapat duit raya. Sob sob.

* Satu fitrah sebanyak satu gantang Baghdad bersamaan 2.7kg beras bernilai RM 7.- tertulis kat resit ke apa bukti pembayaran ni.

Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.” (Hadis Riwayat Imam Muslim, no. 935, Jilid 2, halaman 169)

p/s: Esok shif pagi. Mata dah ngantuk. Bismikallahumma ahya wa amutu..amiin.. :)

4 comments:

Iffah Afeefah said...

nk duit raya mehhh

Choki said...

Hehe..Reply abg yg x tahan tu..Alhamdulillah..Lps dh satu tanggungjawab :-D

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

duit raya.. besnya... sejak bekerja mang xdapat la dah... wawawawa.. windu pulak zaman mengutip det raya (^___^)

Chic Na said...

bagus la dah bayar zakat.

nampaknya bkn setakat tak dapat duit raya, kena keluar duit raya ada la. hihi..