Pengikut

Thursday, December 13, 2012

Kesabaran teruji lagi~

Assalamualaikum warahmatullah.

Semalam dah rasa kecil hati kena suruh itu ini sedangkan dah habis shif. Pagi ni ada pulak orang tegur seolah-olah kita ni sengaja tak nak tolong kawan dalam hal kerja. Suruh kita susun jadual kerja dan mohon apa yang patut, bila mohon untuk "not available locum" kata kita nak sabotaj pulak.

Aku pun tak faham apa maksud dia. Rupanya, dia nak kata kita sengaja tak nak tolong orang. Tu pasal bila cuti buat "not available". Aik?

Aku baru je kerja malam ke-5 kan? Locum kan? Aku tak kata tak nak pun. Aku tak nak ungkit, tapi tetiba kata macam tu pulak. Aku pun nak cuti. Aku nak cuti nak balik kampung. Tak payah la cakap macam tu.

Takkan aku nak kena ungkit semua benda? Habis la pahala aku tolong orang macam ni. Tak payahlah fikir negatif kat orang sangat. Aku tengok orang lain tu mohon cuti bukan main lagi, tak apa je. Siap buat sendiri jadual, bila nak kerja pagi, bila nak kerja petang. Aku tak cakap apa-apa pun.

Sensitif sangat ke aku? Ye, mungkin. Tapi, bila kita tak berniat apa-apa, tak fikir langsung nak buat benda jahat orang cakap macam tu, kecil hati la jugak. Akhirnya, aku dah padam apa yang aku mohon. Sekali je aku mohon cuti "not available locum". Kalau ikut sakit hati tadi nak padam je semua. Tapi, bila fikir bulan ni tak dapat balik kampung, aku biarlah yang satu tu.

Lain kali aku tak payah mohon apa-apa. Letak la nak aku kerja sepanjang masa ke, ikut suka kamu la. Tapi, suruh habiskan annual leave cepat sebelum bulan 3. Mintak cuti tuduh sabotaj. Terima kasih la buat aku kecil hati.

p/s: makin hari tengok perangai orang yang tak reti hormat orang lain, buat rasa rimas. Nak kita je hormat. Give and take la kawan.

p/s: OH, SABAR MAKIN KURANG. UJIAN MAKIN MENDATANG. UJI SABAR. OH, UJIAN~

Astaghfirullahal 'azim.

6 comments:

Teenager Housemaid said...

ouh ouh...
chill kak chill..:)
err..tak reti nak komen apa kat post ni..
er, hai! :)
hehe

C'Jai said...

Faham...apa pun SABAR....:-)

akoo said...

locum tu ape?

hehe ape2 pun sabar je lah =)

sitiezahim said...

sedih saya baca. moga kuat semangat sentiasa..kadang2 kita baik, mmg orang akan ambik kesempatan. tak senang nak puaskan hati semua orang...huhu

Iza Teratak Usang said...

Assalam..
Sentiasa amalkan sifat sabar walaupun kesabaran sering teruji...moga berjaya hadapi ujiannya..

Hairilnua said...

lame x round blog 2 blog. tetibe den tringat kat hang.. tapi, ble buka2 je blog ni, byk dah cerite eh. so, dipendekkan cite, dah keje kan skang? xtanam anggur kan? haa.. so, buat je keje tu, biaq pi org nk kata pa pun. janji live teruskan.. ini la org kata ujian kerja. biar org xnk kawan, asal diri sedia memaafkan. orait?? muahahaha..