Pengikut

Saturday, February 23, 2013

Midwifery?

Assalamualaikum warahmatullah..

Beberapa hari lalu sister aku tanya lagi, nak sambung midwifery (perbidanan) tak? Kali ni hospital akan hantar belajar ke HUKM.

Aduh. Aku masih tak tahu sama ada aku nak sambung dalam midwife ke tidak. Aku dah kerja hampir setahun, tapi, masih tak tahu sama ada hati aku ada kat dalam bidang ni ke tidak.

Susahnya nak buat keputusan. Lagipun, kalau kembali ke HUKM, mungkin seronok tapi, nanti jumpa dengan orang-orang yang dikenali -semua orang atasan dah sekarang- lecturers, matron, sister. Dah la kawan masa ambil degree dulu sister wad bersalin. Mesti jumpa dia balik. Err..

Tahun ni dengarnya, dah ada 3 orang disenaraikan. Dua orang akan pergi tahun ni, dan dua lagi akan pergi seterusnya. Masih ada satu lagi kekosongan.

Nak ke? Minat ke aku? Boleh ke aku buat? Adoiyai.. Ataupun, aku nak tunggu sambung master? Tapi bila? Dalam bidang apa?

Tak sanggup pun nak ada kontrak 3 tahun dengan hospital ni kalau aku ambil midwife. Kenapa rasa lama? Tak tau la T_T..


p/s: umur dah 25 masih tak tahu arah tuju..

8 comments:

Unknown said...

haiyooo..susahnyaa..
minat kena pertimbangkan.. situasi kena pertimbangkan.. segala-galanya lah.. sabar ye kak..=)

Unknown said...

*umur dah 24 still masih dilema macam saudari jugak..heheh..pernah terfikir nak kerja ikut minat, then tanya la pendapat beberapa orang.tapi tersentap dengan sorang lecturer yang jadi idola smpai sekarang, beliau cakap " kerja sebab tanggungjawab,minat boleh tapi tanggungajawab penting.sebab minat boleh hilang.rasa tanggungjawab kepada diri sendiri or keluarga akan kuat"

Anonymous said...

moga diberi kemudahan untuk pilih yg sebetulnya :)

sitiezahim said...

salam. izinkan saya share pendapat saya ye..lebih elok buat something, apa yang kita suka. sebab kerja ni untuk jangkamasa yang panjang. lagipun nurse ni banyak deal dengan pesakit jugak kan, kalau bidang tu kita tak berapa minat, mungkin kita akan cepat stress, tambah2 bila berhadapan dengan pesakit. saya skarang mengajar di kolej komuniti, sebenarnya tak berapa minat so bila tengah cuti tanpa gaji ni, kepala asik pikir untuk beralih bidang..hehehe...:)

NoorVictory said...

Huhu. Memang susah nak buat keputusan yang akan mempengaruhi kehidupan kita beberapa tahun dari skrg. Awak cuba istikharah, bincang dengan family, mintak pendapat kawan-kawan pastu istikharah lagi. :)

Harapnya awak dapat buat keputusan yang boleh buat awak tersenyum senang hati.

Saya pun skrg tgh fikir nak jadi cikgu ke tak. Sebab kerja guru dah makin bertimbun. Sobsob :(

.........cP~ said...

Macam nak, tapi, macam tak nak..rugi pulak kalau lepas peluang..bukan senang nak dapat tempat lain..

Mak Wardah said...

Memang rugi...akak galakkan anda pergi...

mohsin said...

Great Bog.
Regard
Dealswithin.com
Couponsvolcano.com