Pengikut

Friday, July 15, 2011

Bangun pagi..gosok gigi~

Assalamualaikum

Pagi Jumaat. Hujan baru je berhenti. Dalam tempoh beberapa jam je aku mencelikkan mata dari tidur yang tak berapa nak lena, dah macam-macam perkara aku lalui.

1. Is menunjukkan sifat penggeli yang melampau.

Tadi, dia mengamuk sebab barang yang dia nak tak dapat. Akhirnya, dalam tangan dia duk kibas-kibas terkena pinggan bubur dia. Habis tumpah kat badan budak tu. Tau apa jadi? Dia tak berani nak letak kaki sebelah. Sebab geli. Tangan dia duk cuba bersihkan tapak tangan. Bila tak bersih dia merengek-rengek. Dia berdiri pandang aku dengan penuh simpati mintak dibersihkan. Padan muka. Degil sangat.

Kecik-kecik dah penggeli, besar nanti macam mana lah. Kadang tu, kalau kaki dia pijak habuk kecik pun, dia suka angkat tapak kaki tunjuk kat aku mintak dibersihkan. Yang bukan-bukan.

2. Tadi Is mengamuk.

Sebab punggung dia melecet, merah. Aku dah tak tau nak buat apa dah. Hari-hari aku tukar diapers dia secara kerap. Sapu ubat, sapu bedak- tapi baru baik sekejap dah melecet lagi. Kesian dia- nangis meraung-raung bila cuci. Kalau dah kotor atau basah terkengkang-kengkang dia jalan. How to prevent diaper rash eh?

3. Aku keluar dalam hujan beli Balm Gamat untuk Is.

Naik kereta la. Abang aku drive. Sebab kesian tengok punggung budak kecik tu, abang aku ajak aku keluar beli ubat yang mak aku selalu guna kat Is. Hujan pun hujan lah. Beli kat Kedai Nabia.

4. Is tidur sambil dikendong.

Dek mengamuk tadi, mak aku terpaksa kendong dia sampai tidur. Kalau masa dia dah merajuk, mengamuk, memang payah la nak pujuk selain dukung aje.

5. Aku macam dah dengar suara budak kecik tu bangun tidur...Emm..Emm.. Pandai buat suara manja..

No comments: