(encek google) |
assalamualaikum
“Kamu tidak akan masuk surga hingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman hingga kamu saling mencintai (karena Allah). Apakah kamu maujika aku tunjukkanpada satu perkara jika kamu kerjakan perkara itu maka kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu!” (HR. Muslim) - (hikmatun.wordpress 2007).
Korang hari2 online mesti rajin jalan2 blogging jenguk cari berita sana sini, baca story sana sini kan? Perasan tak kita ni?
Tak bosan bila baca kisah2 hot artis walaupun isu yang sama, artis bukak baju, artis dan video 18sx, menteri itu kena saman, menteri ni kena tangkap dan seangkatan dengannya.
Tapi, kalau bukak blog tazkirah berkenaan isu zina, dalam hati tu, haish, boring la benda macam ni. Isu zina lagi? Isu aurat lagi? Tak ada isu lain ke?
Sedar tak kita,
"dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sungguh dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya di hari kiamat dalam keadaan buta.
Dia berkata, "Ya Tuhanku, mengapa engkau kumpulkan aku dalam keadaan buta, sedangkan dulu aku dapat melihat?
Dia (Allah) berfirman, "demikianlah, dahulu telah datang ayat2 Kami, dan kamu mengabaikannya, jadi begitu (pula) pada hari ini kamu diabaikan"- Taha: 124-126 (QS)
Tak bosan bila baca biodata artis, hafal segala benda tentang artis, berita terbaru semua pop up dalam minda, sebut je semua tahu.
tapi, bila baca kisah Nabi, bila baca kisah pejuang Islam, bila baca kisah sahabat r.a, bila baca kisah wanita Islam... alah, ni dah belajar masa sekolah dulu. Boring la cerita ni. Tapi, kalau di tanya bukan boleh jawab pun. Perang Badar bila? Bila Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu?
Sedar tak kita,
(halaqah.net 2011)
“Nabi itu lebih utama bagi orang mukmin daripada diri mereka sendiri. Dan Istri-istri Nabi adalah ibu mereka.” (QS. al-Ahzab: 6)
Tak bosan bila caci mencaci sesama saudara, tak mahu dikata hipokrit katanya, guna bahasa kasar tu sebab dah tak boleh tahan sabar dah (ke dah terbiasa?)
Tapi, bila berpesan2 dalam perkara kebaikan, cukup sampai sini je. Tak payah lah nak forward2 benda ni, nanti orang kata aku bajet baik pulak.
Sedar tak kita,
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim”(al hujerat: 11) (attazkirah.wordpress)
dan
p/s: aku guna kita bermakna aku mengingatkan diri aku jugak dan sampai sini aje bebelan aku di pagi hari. Air coklat madu ku pun dah hampir habis. (Berapa ramai yang baca sampai habis ni? Dah la panjang, boring pulak =_=")
2 comments:
minta izin nak copy few lines.. nak share :) penuh dgn pengajaran~ like!
teringat pulak dekat diri yg semenjak dua menjak nie asyik layan lagu JB, never say never..huhuks..
tak payah mintak izin pun xpe.. ok je..
Post a Comment