Pengikut

Saturday, March 26, 2011

Goodbye To You~

assalamualaikum

hari ni, aku bawak kakashi-kun gi spital. setelah dr. check, die cakap kakashi-kun punye jantung dah rosak teruk. kalau nak ganti baru RM380!!!

Aku pun dengan berat hati buat keputusan DNR. ok. tu je. kakashi-kun. bye2.

tak tau la bila nak berganti. Patah tumbuh hilang belum berganti...~

sad*

Thursday, March 24, 2011

Tukar Fikiran~

alhamdulillah..

Hari ni, aku keje shif petang jaga acute cubicle kat surgery. Hmm.. Cam mencabar je.

Tapi, hari ni aku rasa sangat PUAS HATI. Seronok la pulak keje ni. Eheh. Hari tu takut bukan main.

Kat sini, staff nurse lepaskan kitorang betul2 manage semua. Diorang tolong pantau dan top up keje mana patut je. Aku terasa cam in charge. Walaupun tak sempat buat semua benda, tapi entah lah. Cam seronok dan puas hati.

Maybe sebelum ni, staff nurse pun cam teragak2 nak kasi kitorang buat keje - takut ada silap- jadi, aku rasa cam beban dan susah je keje. Kat sini, kitorang diberi kepercayaan dan tak tunjuk pun risau kat kitorang so, rasa cam best lah keje.

Well. Maybe ni lah hidup. Ada up ada down. Seoronok la keje. I LIKE!!

Lagi2 bila berjaya communicate dengan patient cam seronok je. Aku ni dah la BERAT MULUT.
Bajet ada emas la dalam mulut ni. Luak konon emas nanti. Wahaha.


Seronok2. Saya suka jadi misi lah. Tetiba cam dah tukar suka lak. Hehe.

Sila suka kerja anda!! Anda akan rasa puas kalau buat dengan sepenuh hati. Letak hati anda dalam kerja, penat cam mana pun happy je. wee..

p/s: Sesekali akan rasa cam letih gak la. Tapi, taklah sampai benci kot.. All the best in watever you all do lah ye.. Gambaru yo...!!!

Macam Anak Dara Tak Datang Tunangnya~

assalamualaikum..

wah2..!! ape kah aku merepek ni?

Ini satu peribahasa yang menarik kan?

Ape maksudnya?

Peribahasa ni aku terkesan betul la. Macam aku je ayat ni.

Maksud die,

Selalu tangguh2 kerja, kerja lambat siap/ tak pernah siap.

Huhu. Aku la ni. Susah betul nak siapkan kerja. Ada je yang tak betul. Ada je yang tak kena.

SO?? Sila la siapkan kerja anda. Kalau tak nanti tunang tak mau mai.. wahaha..

Terkadang Aku Hilang~

astaghfirullah..

Itu je yang mampu aku ucapkan. Bila aku sedar aku semakin hilang. Hilang dari diri sendiri.

Tersasar dari jalan yang azali.

Aku punya ego aku sendiri. Tapi, lelahnya menanggung. Menjadi diri yang kental. Melahirkan hati yang utuh.

Perlukah aku bersuara? Perlukah aku melahirkan ape aku rasa dalam jiwa??

Semua insan berkata, cukuplah Allah sebagai teman, tempat mengadu, penghibur hati duka.

Cukupkah??

Atau itu cuma aku. Yang tak tahu makna syukur. Yang belum cukup kenal Tuhanku??

Aku tak pasti.

Terkadang aku hilang punca. Tercari-cari sesuatu yang tak pasti. Tersimpan jarum patah dalam peti hati. Tersimpan luka bernanah dalam sanubari.

Kalau aku terus berjalan menjadi diri sendiri, sampaikah aku ke sana?

DI mana penghujungnya??

Persoalan tak bernoktah. Tanda tanya menjadi hiasan hari.

weih, ape aku merepek ni??


zzzZZZ....entah.

Wednesday, March 23, 2011

Aduh! Sakitnya!


assalamualaikum..

heheh. ape la aku nak citer hari ni..jeng2..

korang pernah tak terlanggor dinding ke, tersepak batu ke, terlanggor pintu ke, terlanggor orang ke pastu jadi citer hindustan eh, terambik hanset jatuh, eh terpandang, eh, terjatuh cinte... tuutttttttttt.... siaran tergendala.

tu bukan benda yang aku nak citer. aku nak citer soal, ape yang korang cakap bila peristiwa kat atas jadi kat korang??? - tolak citer hindustan tu ye..

well.. aku la, kalau terlanggor je, aduh @ aduii.... @ aduh, sakitnye, @ kurang asam tul *&&%&&*$# (=_='')! kalau tersilap, mak! terkejut, opocot!!

ish2.. korang tau tak??

"Tiada seorang muslim yang ditimpa kesakitan, melainkan Allah akan menggugurkan segala kesalahannya, sebagaimana dedaunan pepohon yang berguguran" - HR Bukhari
Caacanng!! Tengok tu. Allah nak kasi chance kurangkan dosa tu. Tapi ape yang kite buat? Mulut ni laju je, nak memaki lah, mengutuk lah. Ish2..

Terkena sikit, Aduh!! Aku la ni. Maklumlah keturunan melatah. Mulut laju je. (Alhamdulillah so far tak de la mencarut .. mintak jauh le..)

Ada satu lagi (ada banyak lagi sebenarnya..aku share satu lagi je la)

"Tiada suatu yang menimpa seorang mukmin pada jasadnya yang menyebabkan ia sakit, kecuali Allah SWT telah menghapus darinya segala kesalahannya"- HR Ahmad
So?? What to do?? Pasni, kalau la terlanggor ke, tersadung ke, tak yah mulut tu laju je. Fikir sat pastu boleh la cakap - cadangan aku la- Astaghfirullah.
Sebab masa tu, cam tersedar la ada la dosa yang Allah nak kasi chance hapuskan ni. So, kite istighfar tanda bertaubat. Dah la dapat hapus dosa, dapat pahala sebab istighfar. Kalau berkeluh kesah- kosong je la.

Dah la nak bertaubat tu, nak teringat silap2 tu entah berapa kali je sehari pun, dah dikasi chance kalau lepas gitu je, rugi woo..

Al-Hafizh dalam kitab Al-Fath:
" Sesungguhnya suatu musibah itu jika disertai dengan kesabaran, maka akan memperoleh penghapusan dosa dan peningkatan darjat.

Apabila tidak disertai kesabaran, hanya memperoleh keluhan berupa perkataan atau perbuatannya sahaja."

So? JANGAN LEPASKAN PELUANG!!

p/s: Teringin je nak sampaikan benda2 ni kat patient kan? Tapi, nak cakap benda2 biasa pun tak mampu lagi. Patut adakan ceramah2 atau slot2 khas untuk pesakit kat hospital ni. Untuk cakap benda2 gini. Pengisian rohani.

Kata nursing tu kan holistik.. Patut benda2 ni duk ada kan? Hmm..

Adios. ~

References: Sakit Sebagai Penebus Dosa: Susunan Khairul Ghazali

Monday, March 21, 2011

EMERGENCY!!!

Assalamualaikum..

This is a RED ALERT!!


Emergency treatment is needed. Kakashi-kun is almost dead..

Call 911..

Kakashi-kun.. Resuscitation had failed.

p/s: Doala kerosakan Kakashi-kun cuma kerosakan kecik. Huhu.. Kalau Kakashi-kun menang contest, tapi die dah tak de......sob2..

Lil Bit Caught~

Assaalamualaikum..

Hari ni just nak share lagu yang cam tengah kena ngan jiwa..kuikui..

The Show by Lenka

I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze and love is a riddle
I don't know where to go I can't do it alone I've tried
And I don't know why

Slow it down
Make it STOP!!
Or else my heart is going to POP!!
'Cause it's too much
Yeah, it's a lot
To be something I'm not

I'm a fool
Out of love
'Cause I just can't get enough

I'm just a
little bit caught in the middle
Life is a maze and love is a riddle
I don't know where to go I can't do it alone I've tried
And I don't know why


I am just a little girl lost in the moment
I'm so scared but I don't show it
I can't figure it out
It's bringing me down I know
I've got to let it go
And just enjoy the show

The sun is hot
In the sky
Just like a giant spotlight
The people follow the signs
And synchronize in time
It's a joke
Nobody knows
They've got a ticket to that show
Yeah

I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze and love is a riddle
I don't know where to go I can't do it alone I've tried
And I don't know why


I am just a little girl lost in the moment
I'm so scared but I don't show it
I can't figure it out
It's bringing me down I know
I've got to let it go
And just enjoy the show
oh oh oh

Just enjoy the show oh oh oh

I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze and love is a riddle
I don't know where to go I can't do it alone I've tried
And I don't know why


I am just a little girl lost in the moment
I'm so scared but I don't show it
I can't figure it out
It's bringing me down I know
I've got to let it go
And just enjoy the show
oh oh oh

Just enjoy the show

dum de dum
dudum de dum

Just enjoy the show

dum de dum
dudum de dum

Just enjoy the show

I want my money back
I want my money back
I want my money back

Just enjoy the show

I want my money back
I want my money back
I want my money back

Just enjoy the show

Tammat...

Sunday, March 20, 2011

Aku dan Kakashi-kun~

Bismillah ar rahman ar rahim...

Dengan ini, den announce den nak masuk contest "Aku dan Dia" anjuran adik ni Saja nak test2.
Start entry:

Aku dan Kakashi bertemu pada tahun 2006. Aku ingat lagi aku terpaksa pinjam RM1K dari my big bro untuk dapatkan Kakashi-kun. Masih berhutang sampai sekarang.

Aku ingat lagi, 1st time jumpa die, aku syok gilerr.. Ada kamera !! Zaman tu ada kamera ni cam very up to date la.

Kakashi-kun dah banyak bersusah2 dengan aku.

Makan, Tido, Study (kunun la), Time aku geylong2, Time aku suka dan duka.

Melalu Kakashi-kun jugak aku kenal RAMAI..........orang.

Kakashi-kun dah tua. Dah pernah buat organ transplant. Peripheral organ la. Die punya talian hayat dah baru.

Kakashi-kun, mintak maaf. Aku selalu terpijak, tercampak, terketuk dan sengaja ketuk ko.

I Love You Kakashi-kun.

Akhir2 ni pun Kakashi-kun dapat dementia. Jam die dah tak betul. Segala memory dah hilang tiap kali die tido dan bangun.

Kakashi-kun, BERTAHAN. Selagi ko idup, aku takkan ganti ko dengan yang baru.

GANBATTE NEH!!!



Aku dan Dia~

Saya agak tuan belog akan hadiahkan saya sebuah komik sekiranya saya menang~..wink2.. komik dari gempak starz tau..ahaha..

p/s: Kalau nak kasi laptop baru pun boleh...

Middle Age Crisis~


bismillah ar rahman ar rahim..

hehe. dah middle age ke aku? boleh la.. apekah crisis yang aku alami?

macam2.. ape pun, hasilan daripada crisis ni ialah:

1) bersabar
2) mintak petunjuk daripada Allah selalu
3) teruskan perjuangan
4) bila lakukan kesilapan, segera bertaubat
5) jangan cepat melatah
6) berdiskusi dengan baik

sila amalkan ini.. tak menimpa manusia yang diluar kesanggupannya.. rujuk al-Baqarah..218 (kalau tak silap)oh, silap.. al- baqarah 284 ye.. terima kasih..

Thursday, March 17, 2011

Tetamu Tak Diundang~




astaghfirullah...


hmm. aku hari ni nak cerita pasal MATI. kenapa? entah la.

tadi duduk2 makan- selepas seharian tak done nak makan- dengan kawan aku, cik Nor(BNS). duduk2 tetiba die cakap kejap je dah jumaat, nanti kejap je dah tua, lepas tu mati.

aku pun cakap la.. kalau sempat tua.. entah sempat entah tak..

yela.. tengok dalam wad tu, macam2 pesakit ada. kadang yang nampak teruk sangat, elok je lagi. yang DIL pun tak tentu ajal menjemput. yang elok je nampak, dah dipanggil dulu.

takut kan? kenapa takut? sebab tau amal aku ni entah ape2. ada ke amal? timbang tara campur tambah tak tau la bagi +ve ke-ve. macam I/O chart. kalau -ve tak bagus la.

hmm. nak kasi contoh terdekat betapa ajal tu tak disangka2..

well, arwah abah la. abah kan da sakit sejak aku kecik. sampai aku pun dah biasa sangat tengok abah keluar masuk spital tu. aku pun da jadi alah bisa tegal biasa tengok abah sakit. masuk spital? spital tu rumah kedua kot.

masa mula2 abah exciden, mak citer abah koma, segala macam tiub, ada kat abah. patah sana, jahit sini. lepas tu alhamdulillah abah boleh sihat n lepas rehat 2 tahun, boleh la jugak keje- biar semput2 pun.

lepas tu, asyik keluar masuk spital, ubat segenggam. dan macam makan nasik. jap ok, jap x. sebab terlalu lama, aku tak pernah jangka abah nak "pergi".

masa aku form 3, abah masuk spital SEBULAN. koma lagi beberapa ketika. masa tu orang duk cakap, tak yah berharap sangat dah. okay.. semua orang pun dah sedih2. tapi, ALHAMDULILLAH. abah sihat balik, boleh balik rumah!!
jadinya, bila abah masuk spital lagi masa aku form 5, aku tak rasa ape sangat. masa tu aku baru
je balik cuti. ingat lagi. abah baru keluar spital. aku ingat muka abah kai terakhir tengah sesak nafas mintak aku buat ape ntah. aku cakap jap la...- sesalan yang takkan aku dapat lupakan sampai sudah. maafkan kin abah..

aisyeh.. back to story..fokus2.. lepas tu, aku gi la balik asrama. tetiba di pagi sabtu yang hening, aku terlintas nak baca Yasiin. entah la. bukan nak caya pelik2, tapi, aku baca Yasiin kat dorm. selalu aku kena gi bukak kaset kat surau. tapi, pagi tu, aku tak daya nak gi surau sorang2 n baca Yasiin kat bilik je.
pagi tu, ada test Math- maklumlah lagi sebulan nak exam. duk jawab
tetiba ada junior masuk.
panggil aku. aku dah debar dah masa tu. tapi, aku cam biasa maintain cool. tak sabo2 pastu cikgu HEP lak masuk. aik?? disuruh aku cepat2. awat lak ni. die tanya aku pasal abah. aku dah lain macam dah. tapi, tetap maintain. biar pun macam dah mendung je masa tu. macho la kunun.

aku tengok je muka pakcik aku dalam keta- diorang yang amik- dah nak hujan dah. tapi, diam je. sampai2 je umah pakcik aku-sebelah umah aku je- aku tengok RAMAInya orang.. hmm. SAH!! aku tau dah.

maka hujan lah di hari itu. see?? siapa sangka kan?? aku lagi la terkejut. abah dah selalu sangat keluar masuk spital. haritu masuk seminggu je, pastu dah boleh balik.. masa dulu masuk sebulan ok je. kenapa tetiba lak abah nak pergi??

jawapannya: ajal dan maut di tangan Tuhan, Allah yang Maha Berkuasa. tak tunggu sesiapa. -tapi, mak cakap abah ada kate, takyah beli baju raya tahun ni, abah tak raya- coz abah pergi masa bulan puasa- sabtu pagi.
aku? korang? mak? family kite? bile? tak siapa tau melainkan Dia. jadi?? ready ke kite? tak takut ke? takut kan nak mati?? kenapa kite tak rindukan bertemu Dia? sebab dalam hati kite ni, kite tau, kite tak ready.. ape je yang kite ada nak bawak ke sana??

renung2kan dan selamat beramal... takutnya.. kerdilnya- dah la memang kecik dah-..

ingatlah MATI.. ingat ALLAH..

assalamualaikum..

p/s: elok pulak done2 je dah isyak..yuk solat yuk- orang kata ajak yang wajib ok, kalau yang sunat, diam2 je.. tapi, kalau nak ajak kawan2 serumah sama2 buat yang sunat ok lah.. pisnowo...

Busy but Not So~

alhamdulillah..

serabut kepala tadi. tapi, lega dah dapat balik rumah.

hari ni, aku jadi AD-admission & discharge- nurse. masa mula2 datang cam xde keje je. boring tul. aku pun melilau2 cari keje nak dibuat. lepas siap wat bedmaking, nak tolong kasi ubat, staff nurse tak kasi. aku pun amik la vital signs. selesai.

pastu, aku tolong Ili dressing. pastu, baru je nak tolong dressing ke-2, dah ada discharge. ok, satu je.

buat 1, tetiba tambah satu lagi. KIV discharge je. pastu, eh? tambah lagi. totally, 7 termasuk 2 KIV D. aku pun buat la. dah la kerani takde. admit wad- PE-pre-eclampsia. huhu. aku wat la billing sorang2 tercongok depan PC.

dalam duk buat billing, bukan buat billing saja- asyik2 ada call- nak kena buat TCA- appointmnet- patient lagi. HO pun busy guna phone je call sana sini. counter BUSY!!

pastu dalam nak tengah hari, PATIENT COLLAPSE!! ape lagi? semua staff gi attend patient tu la. tinggal aku terkontang-kanting at wad.

pastu, ada pulak kena amik FFP- fresh frozen plasma- untuk patient plasmapheresis- patient tu patut dah kena gi tapi FFP tak amik lagi. Rita(BNS), plak busy tulis report. aku la kena nih =_=''. Team leader, Ati baru je kena amik tracy tube kat surg 7 coz patient yang collapse tu, dah sedar pastu nak tukar trachy. so, aku la kena turun.

mana la aku pernah amik blood kat blood bank tu. sampai2 from TAK LENGKAP!!! ahaha. aku dah cuak dah, takkan nak kena naik balik?? ting 7 tu - blood bank ting2. aku pun tanya ape yang kena isi, aku isi la. fuh, ada je sticker nama pt kat situ.

lepas tu, siapa entah yang isi form tu, pi isi ruang has untuk staff blood bank je! malunye kena tegur pnjang lebar..

tunggu la kat situ dalam 1/2 jam kot. aku dah risau dah billing tak done lagi. aiyo..

naik2 siapkan semua. ok lah. pastu, kena amik patient plak kat echo!! haha. aku dah jadi semua benda arini kot. memang staff tak sempat nak buat ape bila pt collapse. tu sorang.. kalau ramai2 collapse?? aiyo. dah la masa collapse, ada pt wat pleural tapping. iffa sorang la assist. gud2.

hari ni, aku tak dapat cross ape2 pun. tapi, aku busy jugak la. lagi2 sikit2 ada call. rimas gak rasa. bebel2 je aku sorang2 kat kaunter tu. huhu.. aku dah la tak suka angkat call. kalau ada call kat umah aku mesti suruh adik aku. ntah nape ntah.

well, esok last day kat medical. tak dapat cross 1 pun langsung. entah lah. malas tu nak kejar cross. tengok la sok kalau rajin.

end n salam...

p/s: ok, ada orang tanya cross tu ape. cross tu pangkah. aku ada satu buku tersenarai semua prosedur yang kena misi tau. bila aku dah buat prosedur tu, lecturer akan cross kat buku tu dan bagi tandatangan. itulah cross. kalau tak cukup 85% tak boleh amik exam lembaga jururawat untuk dapat lesen. buat masa ni aku cuma ada 71% je. nak kena kejar lagi 3minggu. huhu.. doakan aku la..

Tuesday, March 15, 2011

Dilema~

Bismillah ar rahman ar rahim..

hmm. hari ni aku nak cerita sikit dilema aku lah. sejak duduk buat management ni, aku jadi dalam dilema. aku akan jadi nurse yang camne ek?

risau2.. junior mesti kena ikut cakap senior kan? semua benda mesti nak kena siap cepat kan? adakah aku akan care pasal patient? adakah aku akan jadi nurse atau just misi yang buat keje janji done?

malah, aku akan bekerja dengan nyawa. semua kena ada protokol yang menyerabutkan dan buat rasa hilang keikhlasan dan kepuasan bekerja. aku tak suka..

entah. sampai satu tahap aku rasa malas nak kerja. penat fikir nyawa orang. buat silap sikit tak boleh maa.. nyawa tu. zaman sekarang zaman "see u in court"

oh, berat!

bukan nak merungut, tapi aku sangat risau. aku dah nampak macam2 perangai bila jadi misi. dulu masa belajar lain, dah keje.. oh.. takutnya aku..

aku akan jadi nurse yang camne ek?

rasa nak duduk jadi surirumah tangga je pun ada. tapi, xleh. aku nak cari duit. banyak tanggungjawab lagi. harap2 aku jadi nurse yang baik....yang pasti patient selamat...

ya Allah.. permudahkan urusan ku dan berkati pekerjaan ku.. amiin..

Impian Sebuah Perjuangan



Assalamualaikum..

Entry aku kali ni, mungkin serius sikit. So, beware....

Aku, cuma budak perempuan biasa, yang belajar atas tuntutan hidup. Aku join jadi misi ni sebab kut kawan je. Demi aku nak belajar tinggi. Aku dari kecik berpendapat, aku kena belajar kat Uni sebab nak jadi kaya, nak hidup senang. Typical kind of thinking, macam orang lain jugak.

Tak ade ape yang special pasal cara pemikiran aku. Aku cuma nak hidup lebih senang. Nak penuhi impian mak ayah aku. Bila aku punya result tak cukup bagus untuk aku teruskan dengan cita2 aku, aku just follow je kawan aku amik jadi misi ni. Nothing special.
Jadi misi ni, aku sangat malu. kenapa?? pertama, aku rasa dipandang rendah. kedua, aku segan sebab orang ramai tengok misi ni, seksi, terdiri dari awek2 lah. kalau dengar aku belajar misi je, semua sibuk nak kate sakit. Aku tak bangga. Aku malu. Seolah2 misi ni satu simbol ****. memang kalau search la kat google tu, segala macam gambo ade. Aku malu.

Tapi, aku tetap teruskan jugak. sebab aku fikir, family aku dah banyak keluar duit masa 1st aku masuk sini. tak sanggup rasanya nak tukar course semata2. biar lah ape orang cakap.

Semakin lama, tahun demi tahun berlalu. aku jumpa kawan2 yang kenalkan aku dengan dunia yang baru. Dalam aku belajar untuk jadi lebih baik, aku terjumpa satu IMPIAN.

Mesti ramai orang kenal Prof. Har. pakar sakit puan yang berjuang dalam medan dakwah tu. Aku cemburu. Malah bukan dengan die je, tapi dengan kebanyakan pelajar medic yang cukup popular dengan dakwah. Bukan aku cemburu orang tengok kebaikan diorang, tapi, diorang cukup berani.

Entah lah. Aku masih kat sini tertunduk malu bila orang tengok aku pakai uniform. Aku terasa sangat kerdil.

Tapi, aku ada impian. Aku tak nak kalah kat tengah jalan. Aku sedih tengok misi2 kena pakai baju yang seksi, ketat dan ada sesetengah tempat-swasta- tak boleh pakai tudung, anak tudung je boleh.

Dan para misi2 mungkin ramai yang dah alah bisa tegal biasa. Aku pun tak pasti. Aku sedih. Ini bukan dunia yang aku harapkan untuk cari rezeki. Aku tak mahu jadi macam ni. Kadang2 aku tak yakin dengan diri aku sendiri.

Aku takkan behenti!! Aku nak berjuang. Walaupun sikit je yang aku mampu buat, aku nak cuba!! Aku ni dah la kurang keyakinan diri, tak berani bersuara. Mampu ke aku ni? Itu aku tak tau.

Tapi, buat masa ni, impian ni masih membara dalam jiwa aku. Kalau medic selalu join seminar fiqh perubatan, kenapa misi tak? Mungkin ada, tapi berapa kerat je? Aku tau, aku ni tak layak nak ubah sesiapa. Sebab tu aku cuma mampu perlahan2 merangkak ubah diri aku. Tu pun asyik jatuh je.
Belum berjalan atas dua kaki dah parah sana sini.

Malah, aku pernah terfikir, boleh ke aku nak ambil diploma dalam ape2 bidang pengajian Islam? Kalau tak pun, aku nak persatuan misi2 ni, ada penasihat syariahnya sendiri. Kenapa tidak??

Kalau business ada penasihat syariah, kalau medic ada fiqh perubatan-walaupun ni sepatutnya melibatkan misi dan pengamal perubatan lain jugak- kenapa misi tak ada penasihat syariahnya sendiri??

Supaya nanti, ada landasan2 dalam beruniform, dalam menjalankan amalan kejururawatan, etika dan sebagainya.. kenapa tak boleh?

Aku cuma seorang budak perempuan biasa. Sangat kecil. Tak ade siapa nampak aku, tak ada siapa dengar suara aku. Tapi, aku punya impian. Mungkin aku tak mampu, tapi untuk punyai impian ni, aku rasa aku perlu berusaha kuat.

Sekurang2nya kalaupun bukan aku, ada generasi2 selepas aku yang mampu buat perubahan ni. Harapan aku terlalu besar, tapi biarlah aku mengharapkan angkasa, sekurang2nya aku akan berusaha naik. dapat duduk atas pokok rambutan sambil makan rambutan pun dah ok. Syok jugak gitu.

Wallahua'alam.

Monday, March 14, 2011

Renungkan Jap~

bismillah ar rahman ar rahim..

hmm. aku suka ayat ni: ape yang saya nak tak semua saya dapat, tapi, ape yang patut saya dapat semua Allah dah bagi.- ayat pakcik SH.

bila renung2kan memang lah ini hakikatnya. kita dapat ape yang kite dapat sekarang ni. tak payah la risau. lagipun kan ayat Quran ada kate:

boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu suka sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. sesungguhnya hanya Allah lah yang Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui- al Baqarah- 216
hmm. tengok lah ni. Quran dah terangkan semuanya. kalau berdoa tak dapat tu, faham2 je la. kalau ape yang kite nak tak dapat, faham2 je la. bersyukur dan sila renung balik ape yang kite ada.

aku pun selalu camni. ada je yang aku nak itu ini, ada je yang aku tanya kenapa dan kenapa..

hmm.. renung2kan dan selamat beramal..

Lagu Untuk Si Bujang ~

assalamualaikum..

hehe. hari ni nak share satu lagu...

Menanti Disayup Rindu - Maidany

ooo... burungpun bernyanyi
melepas sgala rindu
yang terendam malu
di balik qolbu

ooo...anginpun menari
mencari arti
apakah ini fitrah
ataukah hiasan nafsu

didalam sepi ia selalu hadir
didalam sendiri ia selalu menyindir
kadang meronta bersama air mata
seolah tak kuasa menahan duka

biarlah semua mengalir
berikanlah kepada ikhtiar dan sabar
untuk mengejar...

sabarlah menunggu
janji ALLAh kan pasti
hadir tuk mdatang
menjemput hatimu

sabarlah menanti
usahlah ragu
kekasihkan datang sesuai
dengan iman di hati

bila di dunia ia tiada
moga di syrga ia telah menanti
bila di dunia ia tiada
moga di syurga ia telah menunggu

download di sini... ye...

like2.. maklumlah...sesuai untuk yang semakin meningkat dewasa nih...:)

thanks to: kak aZ (bukan nama sebenar) sebab suggest lagu ni.. aku pun dah mula leh layan lagu ni.. rentak die simple je.. like2..

Family Feast~

assalamualaikum

hehe. malam tadi, family aku drop by- balik dari Pahang tu- and abg aku kena paksa oleh aku belanje kitorg makan KFC bawah stadium tu. ohoho. sori la bro, bukan selalu2 family datang. excited sikit.

comel je aku tengok anak buah aku. Aliff. geram2. geram lagi. i just cannot stand.

malam tadi, aku dah serahkan hadiah2 aku kat diorang. kot2 xdapat balik masa bday Aliff. masa aku dah bawak tu, aku baru teringat hadiah kak ipar aku - Kak Ta- belum ada. aisyeh.

takkan aku nak patah balik pulak. dah malam dah. last2 aku bawak and kasi je kat siapa yang ada. diorang tak tunjuk muka happy coz penat. hehe. tapi, aku tau diorang suka. adik aku Te-a je yang komen sikit. ceh. amik je la. sekeh kang. coz die cam aku tak pakai purse perempuan. suka pakai wallet laki yang slim2 je. itu pun aku dah beli yang simple je. eeei. cubit tau la.

oh. abg aku Niz tanya, hadiah untuk bini die xde ke? alamak. aku serba salah dah. walaupun kut suka aku la nak kasi adiah kat sape, tapi rasa cam perlu je kasi kat die gak. wat masa ni, die je kak ipar aku. leh la tahan nak kasi. tengok lah kalau ada rezeki lebih, insyaAllah. aku memang fikir nak belikan pun.

tapi, pasni bulan 10 my 4th bro pulak nak langsung majlis. aiyo. aku ada 4 abang altogetha.. takkan nak kasik adiah kat sume2. mau pengsan 5 minit aku. tapi, aku keje nanti tak tau la, kalau ada reZEKI insyaAllah. no hal.

seronoknya bila family datang. aku pun rasa sekarang aku dah semakin pandai tunjuk yang aku suka ada dengan diorang. seronok2. dulu aku ni senyap wat muka ketat je tau. skang aku la tukang kecoh. ehehe.

sayangilah keluarga anda tau. anda tak tau bila2 masa je sume ni akan lenyap. sementara duk ada ni, tunjukkan kasih sayang korang. kalau tak rugi sesangat.

diorang ni tak kira la ape perangai pun, sume sayang je kat kite. abang2 aku tu, sayang je kat aku. aku tau. elelele.. hihih. cuma malam tadi abang aku no 3 xde. die xikut la kot. jaga umah. coz abang aku no 2 n kak ipar aku jarang ikut jalan. bagi can kat diorang la plak. baru ada peluang sekali ni. mesti hepi je walaupun aku tengok macam nak masuk wad je dah masing2 malam tadi.

muka PENAT the very2.

ok lah. hari ni aku shif petang. tu yang melalut kat sini. ngantuk. tak leh nak tido. masalah hati la. ahaha. xdop la. guro jah. aku memang gini. kadang2 ada masalah tido sikit.

ok lah. adios amigos. have a great day, and don't forget to LOVE YOUR FAMILY while it last. cam stock clearence pun ada da..=_=''

sayonara~

Seorang Ketua~

assalamualaikum

ape yang diperlukan untuk jadi seorang ketua? aku dah belajar teori mangement. macam2 aku dah tau. tapi, aku rasa susah je nak apply.

aku tak berani nak tegur orang2 bawah aku. tak berani nak kawal orang2 yang perlu aku kawal.

ape yang patut aku buat?

aku sangka, seorang ketua perlu memahami. perlu ambil tau soal orang di bawahnye.

sebagai senior, aku tak berani tegur junior aku bila ada sumthing wrong, sebagai moderator aku tak pandai kawal ahli2 kumpulan.

kadang aku nak je tanya, ape sebenarnya yang korang nak? aku tak reti.

aku nak berkasar, aku takut aku salah cara. aku berlembut, korang tak makan saman. ape lagi aku patut guna.

entah lah. aku pun tak tau macam mana nak apply ape yang aku belajar dalam kelas dengan realiti.

kena belajar jadi assertive dan berani bersuara la.

sedaya upaya. tingkatkan keyakinan diri dan jadi contoh yang bagus.

insyaAllah..


con't..

ok, aku dah siasat sikit2. cuba memahami. dah ok kot. lega la jugak. daripada aku marah tak tentu pasal.

kesimpulan yang aku buat:

  • sebelum jump into conclusion tentang sesiapa atau ape2 tindakan, siasat dulu sebelum bertindak.
  • jangan cepat melatah. kena rasional dalam pertimbangan.
  • kalau orang buat kita marah tak ape, fikir dulu. rilex2 je dulu.
end aku rasa, aku boleh apply semua hal kat dunia maya ni, dengan alam realiti. maklumlah, aku ni sensitif jugak, cepat benor terasa kalau orang cakap ape2 walaupun aku tak zahirkan. hehehe.

tak ape lah. hidup ni penuh dengan ujian. kesabaran diuji tiap hari. bersabarlah..

Sunday, March 13, 2011

Omong Kosong~

assalamualaikum

kosong. dah habis..!!


hehe. tak adelah. gurau je. jangan la marah plak. sesekali dan berkali2 nak wat gaya menyampah ape salahnye, ye tak?

aku malas nak menaip benor nyer. kalau la ape yang aku fikir ni boleh kuar saje atas skrin. macam citer doremon tu.. alahai. pemalas2..

tadi, aku keluar lagi kutip data. siang sekali, petang sekali. cam biasa, aku tak habis2 dengan segan aku. kena tegur dengan Che sebab aku asyik duk fikir negatif saja.

ape pun, aku sangat menghargai orang2 yang sudi menjawab survey kitorang. dalam fikiran aku, orang bandar ni susah nak jawab2 benda gini. tak sangka ramai jugak yang sudi jawab. alhamdulillah..

nampak tak ape aku dah buat? aku dah bersangka buruk pada orang. kan? astgahfirullah. tanpa sedar ni aku lakukan benda tak baik. lagipun, aku rasa kitorang tak banyak dapat responden sebab kitorang sendiri yang segan nak ketuk rumah orang n mintak tolong. kitorang just attack orang2 yang duk kat luar rumah je. segan la weih nak ketuk rumah orang.

tadi, siap ada yang jemput minum buatkan air lagi. segan je rasa. aku duk fikir yang diorang tak mau tolong.

bila petang, aku gi area rumah Cina pulak. selingan jap- anjing2 mak aih..BESAU ya amat.. menakutkan weih. deme berdiri nak sama tinggi ngan aku. hahaha. menyalak bagai nak rak pulak tu. kawan aku tanya, kite jahat ke? bakpe nampak je terus menyalak?. hahaha. muka penyangak kot kite- sambung balik....

aku n kawan aku pun fikir gak, alahai. cina mesti payah nak jawab nih. dah la terkial2 nak kecek omputih. payoh2. tapi, kitorang berjaya tinggalkan 10 kat diorang. wah. tak sangka.. eh, alhamdulillah.

plan kitorang is datang balik minggu depan. ambik semula soalan dan edar lagi. sekarang aku tengah mencari2 penduduk Cheras lagi untuk jawab soal selidik aku. harap2 dapat la ramai. melalui online pun ok je. masa dah tak banyak. soalan ,asih berlambak.. nak siapkan 400 lebih ni.

p/s: kalau sesiapa kat sini rasa die orang Cheras, boleh la hubungi aku untuk jawab soal selidik aku.

tajuk: stigma orang awam terhadap penyakit mental (penduduk Cheras je)

isu aku kali ni, jangan la buruk sangka kat orang. orang bandar pun manusia gak. ada je yang sudi membantu. orang kampung ke, orang bandar ke, bangsa ape pun, macam aku cakap, misi ke, cekgu ke.. manusia jugak.

agaknye sebab aku suka bersangka2 kat orang tu yang aku selalu dapat feedback dari orang yang bersangka2 pasal misi. kena la sedar skit pasni. kalau kite tak suka orang buat kat kite, kite jangan buat kat orang. aku suka cakap camtu, tapi tak sedar aku pun camtu..

maafkan la aku ye, kepada sesiapa yang tergolong dalam persangkaan aku yang negatif. ingatkan aku selalu.. terima kasih..

hangpa semua baik dan semoga dalam rahmat Allah selalu.. amiin...

Saturday, March 12, 2011

Surat Mohon Maaf ~

assalamualaikum

kat sini, aku nak mintak maaf sebab tetiba blog aku jadi blog luahan perasaan la pulak.

tak berniat, tapi mungkin aku memang nak share, sebab melalui kaca mata aku sebagai seorang pelajar misi aku dapat faham sebahagian perasaan misi2 kat luar sana.

aku bukan nak bersikap menangkan pihak mana2, tak berniat langsung, tapi bila kita baca ape luahan pihak tertentu harapnya, jangan buat kat orang macam tu na..

aku tak ape la. ni rezeki aku.

sama macam kite dengar susahnya cikgu ngajar murid, kite ajar orang hormat cikgu, aku pun harap kite sama2 hormat menghormati..

aku tak ape.. aku muda lagi. masih tough. misi yang sensitif sikit tu.. sian la kat depa. yang tua2 tu.. yang dulu2 amik sijil, kerja keras nak sekolahkan anak2. bukan tak ade..

sekali lagi, maaf la ye. ter "emo" pulak.

walaweih..

esok aku happy balik. esok aku wat renungan balik deh.. insyaAllah..

gambarimasu!!!

p/s: oh, aku suka citer jepun n korea.. lalala..

Misi ~

astaghfirullah..

hakhak.. tetiba rasa sedih banget..

gedik kan? entah lah. sebelum ni, aku pernah nak cakap soal isu nurse nih. mungkin ni la masanya. aku pernah baca macam2 komen pasal nurse. dan aku terima sebab aku tau nurse pun manusia.

cuba cakap manusia mana yang sempurna? orang kate nurse garang, ok aku terima je. memang ada yang garang. nak buat macam mana? takde angin pokok
tak goyang. paling2 ada orang goncang kan. gempa bumi ke.. wat so ever..

aku pernah gak terbaca ayat2 yang tajam bak pisau tanya kat nurse. nurse xde keje ke nak tengok2 benda tak sepatutnya, nak pegang2 bukan muhrim? bwahaha.. hang ingat nurse je ke sentuh2? lucu la..

* bestnya nurse HUSM baju panjang...

marah ke aku? sikit la. sedih wo.. ko bayangkan la ko punye kerja dihina.. ahaha.. sakit gak la. sama la macam bila ko kate kt tukang sapu. bayangkan perasaan die? die buat kerja halal, nak cari makan, ko pi kutuk2. agak2 ar wei..

astaghfirullah...

aku tak marah.. serius aku sedih je. bukan nak menggedik. tapi, cam entah la. tak tau nak cakap.

gini la. orang cakap nurse ni tak bagus, baju seksi, sentuh orang sana sini. memang takde sikit ruang ke ek untuk orang tengok dari sudut positif. lagi2 soal agama..

ye la.. kalau nak banding dengan ustazah, jauh panggang dari api la. diorang ajar ilmu akhirat. misi buat ape je. duk konon nak selamatkan orang nak mati la konon.

bunyi cam merajuk je kan aku?? haha. lantak la korang nak cakap ape.

tapi, ni lah dilema seorang jururawat tau. ingat kitorang tak de dilema ke? aku ni tak jadi jururawat lagi. macam2 dah aku nampak dan lalui.

ini la jalan yang Allah pilih untuk aku. bertabah la wei, tak kira korang kat mana. doakan la aku jadi nurse yang beriman ye. aku pun takut gak jadi nurse ni.

maklumlah .. nurse..

hahak... lucu la.. tak jadi nak cerita panjang. cam sedih pulak...

boring2..

p/s: korang try la wat google image.. taip la nurse ke jururawat, gambo ape yang kuar. hahaha.. rasa nak gelak guling2 weih..

Memberi Itu Bahagia III



assalamualaikum!!

hee. dah ada part III. tak de tajuk lain ke ape? hehe

tak kira. aku nak kongsi kegembiraan aku ni.
tadi, aku keluar shopping!! haha. mesti korang rasa ape la aku ni
kan? shopping je. excuse me. aku dah lama sangat2 tak berbelanja tau.

hari ni, aku nekad. aku cucuk duit bebera
pa. pergi ke sogo dengan kawan2 aku, diha N che (BNS) pergi shopping......!!

ape yang aku beli ek?

ni yang aku nak cerita ni. betapa bahagianya memberi. aku beli

1) seluar untuk anak buah kesayangan aku sempena bday 1st die.
2) seluar jeans untuk adik bongsu aku sempena bday 13th die.
3) handbag untuk mak aku sebagai tanda kasih sayang aku.
4) wallet untuk adik perempuan aku, sebab nanti aku beli hadiah kat semua orang die tak de plak.


seronok2. tak sabar nak balik kasi hadiah kat diorang.

aku dapat ape? hmm. aku beli buku satu, Fathi Yakan- Apa Ertinya Saya Menganut Islam (aku ada pdf die je)

aku beli buah2 an dan LAKSA!! untuk dinner.. alhamdulillah..

tak sabar weh nak balik. tik tok tik tok.

hehehe..

p/s: rasa nak beli sumthing untuk kak ipar aku gak. nanti sian die aku beli adiah kat sume orang, die tak dapat pape. abg2 aku lantak la. tak payah!!

SERONOK KAN, MEMBERI. seronok.... tak caye, cubalah sendiri..!!

end~

Aku dan Duit??


assalamualaikum
hari ni, aku nak cerita pasal duit. aku suka duit tau. haha. kadang2 orang kate aku kedekut. kadang2 orang kate aku materialistik. betul kot?

nak tau ape planning aku? mesti korag rasa cam, entah hape2 la budak ni. gile duit agaknya.

to be continued insyaAllah.. ada hal la pulak.. mau ready for shopping.. hehehe
continuation..

alhamdulillah.. dah balik shopping. shopping list pun dah ada kat atas tu..

ok. nak sambung cerita pasal aku dengan duit.

orang selalu kata, duit ni tak penting. tak bawak ke mana. cuma dunia je.

entah lah. aku tak setuju. aku suka duit. aku nak ada duit. mungkin pengalaman aku buat aku fikir camni. tapi, pada orang lain mungkin diorang fikir cara lain.

semalam aku borak2 ngan kawan aku. die kate, die tak kisah pasal simpanan. yang penting harta die ada cukup. die selamat. ada rumah, ada kereta, die boleh beli ape yang die nak.

aku pulak lain. aku nak ada simpanan. dari kecik aku suka simpan dui. aku dulu2 demi nak isi tabung sanggup tukar duit syiling. aku rasa bersalah kalau tak menyimpan.

aku nak beli tanah. wahaha. aku dah lama fikir nak beli tanah. aku nak ada income dari tanah tu. sewakan kat orang pun ok. aku nak ada rumah sewa. ape lagi? aku nak ada simpanan. sebab tu dari sekarang aku dah menyimpan walaupun beberapa kupang je.

mak aku kate aku kedekut. entah lah. aku pun tak tau status diri aku ni.

pada aku, aku perlu ada simpanan. aku nak simpan duit untuk hantar mak aku pergi haji, nak kasi adik aku belajar. kalau aku dah kahwin pun- ceh, gatai- aku nak ada duit sendiri. biar la macam mana pun, aku nak ada income sendiri so aku boleh guna duit aku ikut suka aku.

yela, untuk keluarga aku. lagipun, kalau ada ape2 jadi aku nak ada duit yang boleh back up keluarga aku. pengalaman kot yang ajar aku jadi gini.

aku memang nak duit banyak. tapi, aku tak nak ajar adik2 aku mewah sangat. tapi, maybe kakak memang macam ni kot, tak sedar aku manjakan diorang. aku mesti nak kasi diorang merasa ape yang budak2 lain ada. entahlah.

aku dan duit. aku suka duit. aku sanggup makan cincai2, tak beli ape aku nak untuk pastikan aku tak belanja lebih dan ada duit simpanan.

haha.

mungkin cara aku salah, tapi ini lah cara aku menguruskan duit. sesekali aku akan berbelanja sakan jugak. tapi, simpanan mesti tetap ada.

kalau ape2 jadi tak la aku teraba2 nak cari duit kan? ada simpanan sikit pun jadi la.

lagipun, ape salahnya menabung.. kan? kan?