Pengikut

Thursday, July 19, 2012

Segmen Nostalgia Ramadhan~

Assalamualaikum warahmatullah.

Dek tertarik dengan hadiah utamanya, aku join. Dah lama tak join segmen. Sebenarnya, mak ada cakap-cakap haritu nak beli Al Quran digital ni.

Nostalgia Ramadhan aku tak lain dari kisah yang satu: Pemergian arwah abah pada 5 Ramadhan 8 tahun lalu.

Kalau ikutkan tak nak cerita. Sedih kot. Kekeke.

Takkan lupa pagi tu kat asrama aku bangun seawal 5 pagi. Aku membersihkan diri dan mengambil wuduk. Aku ambil Surah Yasin dari locker, dan aku baca perlahan-lahan di tepi katil. Baru saja seminggu lalu aku balik kampung.

Beberapa hari tu, aku tak dapat bercakap dengan abah bila aku telefon. Lepas tu, semalamnya hujan sangat lebat, guruh berdentum, kilat sabung menyabung. Dek sekolah atas bukit, memang tak berani la nak guna telefon awam.

Hari tu dari pukul 9pagi, ada ujian Matematik. Latih tubi untuk lebih tepat lagi. Maklumlah, dah nak SPM. Masa tu paper 1 (Tak pasti pukul berapa)Tengah aku menjawab soalan dengan muka serius berkerut-kerut dan menekan-nekan kalkulator, aku nampak seorang junior masuk ke dewan.

Tiba-tiba, " Miss CP binti Mohd Anuar, sila ke pondok pengawal sekarang juga."

Memang berdebar-debar. Entah kenapa, hati aku dah rasa tak sedap. Aku kemas barang-barang aku. Lambat agaknya, cikgu HEP aku datang. Dia suruh aku cepat-cepat kemas ambil barang-barang penting je. Sementara jalan ke kelas, dia tanya tentang abah. Sakit ke?

Dup! Nak luruh jugaklah jantung. Air mata aku tahankan. Sesuatu dah jadi, tapi, aku cuba nafikan sedaya aku.

Sampai kat pondok pengawal, pakcik dengan sepupu aku tunggu dalam kereta. Cikgu tanya, kenal tak orang-orang tu. Aku cakap kenal. "Pakcik dengan sepupu saya"

Masuk dalam kereta, diorang cuba berbual kosong. Aku cuma mampu menjawab tanpa rela. Air mata aku dah bertakung. Aku nampak diorang pun serba salah. Sampai je aku kat rumah pakcik aku (sebelah rumah aku) aku nampak ramai orang. Air mata yang aku tahan berjurai jugak bila kaki aku jejak ke tanah.

Mana abah? Arwah dah selamat dikebumi. Tak nak lambat-lambat, katanya. Arwah meninggal beberapa minit sebelum Subuh pagi tu. Saat aku membaca Yasin kat asrama.

Penyesalan, marah dan sedih bercampur-baur. Kesal sebab baru je minggu lepas aku tak ambilkan air untuk abah yang tengah termengah-mengah. Marah sebab sepatutnya minggu tu boleh balik kampung, tapi, cikgu ubah jadual balik. Sedih. Sebab mestilah sedih.

Okay. Inilah nostalgia Ramadhan yang paling aku takkan lupa. Selepas arwah meninggal, aku selalu jalan sorang-sorang. Aku tak banyak bercakap dan aku suka mundar-mandir kat kawasan sekolah. Aku tak tau apa yang aku cari masa tu.

Kalau aku menang hadiah utama, aku memang nak kasi kat mak. Kalau tak dapat, plan nak spare duit gaji bulan depan nak belikan kat mak. Kekeke...Tak tau la berapa harga.

Saya nak tag:

Yui

p/s: Err.. rasa tak best la tulis kisah sedih. I'm not asking for your sympathy, just a true story. Moral: Jangan lawan cakap mak ayah, nanti menyesal tak sudah.

Suatu hari nanti~

Assalamualaikum warahmatullah.


Aku nak jadi orang pandai yang kaya dan terkenal.

Kekeke.. Atas asalan peribadi. Malas nak cerita.


Mood: Blurr..

Dah kurang membaca sekarang.. tak ada mood lah.

p/s: Rimas la pulak dengan bunyi salakan anjing jiran-jiran yang tak kira masa nih. Malam terakhir shif malam hari nih. Esok mau balik kampung.

Membawa telefon bimbit ke sekolah: Pendapat~

Assalamualaikum warahmatullah.

Aku pasti ramai yang dah perdebatkan isu ni. Aku sekadar nak menyatakan pendapat aku.

Pada aku, sepatutnya isu ni tak perlu ditimbulkan lagi. Dah jelas kalau tanya budak-budak mesti mereka suka sangat-sangat kalau boleh bawa telefon bimbit ke sekolah.

Bukan tak nak percaya dengan mereka ni, tapi, hakikatnya dengan pelbagai gajet yang ada telefon bimbit dah bukan lagi satu keperluan.

Kenapa dulu kita tak kisah pun tak ada telefon bimbit? Kalau telefon awam semua berfungsi dengan baik, telefon di sekolah boleh diguna untuk kecemasan, tak perlu dah rasanya nak bawa telefon bimbit ni, kan?

Aku mengaku, aku pernah alami masalah bila tak ada telefon bimbit masa aku kat asrama dulu, tapi, itu bukan salah peraturan tak boleh ada telefon bimbit.

Budak-budak sekolah sekarang pun, aku tau ramai yang bawak. Aku sendiri ingat lagi masa asrama ramai je yang bawak telefon bimbit ni, waima pengawas sekalipun. Sembunyi-sembunyi lah. Bila hilang baru nak menangis. Salah siapa?

Kalau dah benarkan bawa, kena bertanggungjawab lah kalau hilang. Kalau tak benarkan mereka masih bawa, tanggungjawab sendiri kalau hilang. Kan ke dah bertambah menyusahkan guru-guru kat sekolah. Kalau tak pun, kena ada hitam putih persetujuan untuk pelajar yang bawa telefon bimbit ni, kalau hilang tanggungjawab sendiri.

p/s: Selalu beritahu pesakit, barang berharga atas tanggungjawab sendiri, tapi, bila berlaku kes hilang barang kami masih dipertanggungjawab. Tak pasal-pasal kena buat incident report.