Pengikut

Wednesday, February 1, 2012

Wordless Wednesday @_@ ~

Assalamualaikum warahmatullah

It's 3.17pm and

Cannot open the eyes anymore~
p/s: Tunggu abang datang ambik balik kampung.

How should I say this?


Assalamualaikum warahmatullah.

I'm scheduling this post.

While I was writing my previous entry, there are thoughts coming.

1. Bajet baik.

2. I'm too choosy.

3. Maybe I should listen to them.

But, it's not as simple. I am a survivor. I faced too much, that I could not raise the white flag. I've struggled. Too many tragedies.

Please, support me as I want just for this one. You can say I'm bad and not good enough but please don't persuade me to abandon this one. Not this one too, please.

All I want is God's love that I hardly feel before. Now that I started to feel and understand, don't make me choose. Don't make me to choose. You make me waver.

I'm too weak. I'm still too weak now. I'm building my strength every single day, every single second. Please, for this one, support me. Just for this one is enough.

Don't go around and say, "you should try and leave that principe of yours, just to gain experience."

I'm tired as I need to fight with the thought coming.

"Maybe, I should listen to them. Maybe, I am too choosy. Maybe, they are right. Maybe, I should try for a certain sometime."

The maybes are too many. Because it's not just a mere principal. It's much bigger, don't you think? It's the pure religion.

But, I thank those who said, "God wants to open another windows for you," so much. You people are awesome. You understand.

I feel like crying inside. It's difficult for me if I fight alone. I'm not strong enough. I'm not. Never did.

p/s: Aku bukan mintak tak nak sentuh pesakit lelaki, sebab ia adalah terlalu mustahil untuk  dijalankan pada waktu dan ketika ini. Aku cuma menolak untuk kerja tak pakai tudung (anak tudung sahaja), adakah permintaan aku terlalu melampau? Aku tak larat nak dengar dah orang suruh cuba. Aku tergugat jugak tau tak?

Sebab aku lain~

Assalamualaikum warahmatullah

Aku bukan nak kata apa, tapi, terus terang, bidang kerja aku lain. Tak macam orang ambik business dan yang ada kaitan dengan office. Kalau aku kerja bertahun-tahun dalam bidang admin, ia langsung tak membantu aku dalam bidang aku.

Kalau aku ada pengalaman beribu pun, ia tak membantu aku untuk sell qualification aku untuk market. Sebab ia memang lain.

Kalau aku kerja bidang lain pun, cuma untuk duit. Tak ada kaitan dengan pengalaman. Trust me. It's totally way too different.

p/s: Ramai orang tak faham. Aku bukan sibuk memilih, aku cuma mahu capai impian aku. Aku sanggup kerja apa saja (yang halal) nak dapat duit, tapi, aku tetap nak kembali dalam bidang aku. Dalam masa yang sama, prinsip aku, aku kena jaga. Susah ke kalau aku kata aku tak nak kerja pakai anak tudung je? Please, don't say, aku tak boleh memilih. (Luahan hati for someone je). I'm sad you know, when the people I should respect saying things like that? Is my religion number two?

Eh, tetiba p/s pun jadi panjang lebar. Haha.

Call Operator vs Personal Nurse vs Pantai~

Assalamualaikum warahmatullah.

Hari ni, aku sekali lagi mengharungi drama bersiri si pencari kerja. Seperti yang aku dah beritahu, aku menumpang rumah kawan aku dan pagi ini, kami buat rumah dia macam rumah sendiri- ok, tak lah.

Bila pagi tadi, aku bukak email ada satu mesej panggil interview dari wellness centre. Aku dengan terujanya reply la nak pergi harini. Aku pun tak jadi tidur (di siang hari) excited punya pasal.

Dalam jam 10 kitorang keluar. Aku menuju ke wellness tu. Masa tu jugak adik aku cakap nak cari kasut, sebab kaki dia dah sakit. Kulit kaki dia menggelupas teruk dan sandal dia menyakitkan. Aku pun pandang sandal aku - okay, tak sesuai nak interview.

Aku pun buat keputusan bawak adik aku ke Times Square untuk beli kasut yang selesa. Aku bawak adik aku jalan cepat-cepat ke hulu ke hilir mencari kasut. Times Square dah lain! Duk belek-belek kasut dengan kadar segera, aku dan adik aku jumpa kasut dengan potongan harga 50% yang membawa pada harga RM25 dan ia sangat smart. Adik aku pun beli. Aku memang dah cakap, nak pinjam untuk interview kejap.

Maka, lepas beli je, aku menapak kat tepi pagar tu tukar kasut. Memang aku rasa drama. Kemudian, aku naik KL Monorail setelah sekian lama.

Bila sampai sana................... okay, aku rasa ada masalah miscomunication, maka, aku balik je lah. Aku tunggu  dari pukul 12pm sampai 1 pm. So, aku balik ke Times Square untuk tumpang solat Zohor.

Sebelum teruskan ke tempat teksi tu, aku bawak adik aku round Times Square sekejap. Bukan selalu datang, kan? Tapi sepantas kilat je la. Pukul 3pm aku meneruskan perjalanan.

Hujung nun stesen tu. Bila sampai, ambik teksi, pakcik-pakcik teksi cakap, ramainya orang pergi situ? Aku cakaplah ada interview. Dia gelak je. Tempat kecik macam tu pun nak pakai ramai orang ke? Aku senyum je lah.

Malas nak panjang cerita, aku dengan adik aku dapat kerja call operator. Gaji : aku= RM1000, adik aku: RM900. Selepas sebulan dia boleh bagi duduk hostel. Aku dah seronok, walaupun aku memang fikir, cukup ke dengan duit sebanyak tu kat KL ni? Aku perlu fikir duit transport untuk sebulan sebelum dapat hostel tu. Aku nak duduk mana sebulan?

Sebaik aku melangkah keluar daripada pejabat teksi tu, kawan aku telefon. Dia menawarkan aku kerja jadi personal nurse. Tapi, kat Kuantan. Terus terang aku rasa teruja. Aku sangat bersyukur. Tuhan membuka jalan untuk aku. Alhamdulillah. Cumanya, aku masih perlu bercakap dengan client tersebut dan dapatkan maklumat lagi.

Aku mintak kawan aku berikan aku masa.

Malam ni, kawan aku tiba-tiba mesej aku. Wan dah dapat kerja kat salah sebuah cawangan Pantai Hospital dan dengarnya dia nak ambik orang lagi. Aku dah hantar resume ke sana 16 Jan lalu. Adakah aku perlu hantar lagi bersama-sama transkrip kali ni?

Aku sangat menginginkan kerja sebagai jururawat kat sebuah hospital yang memenuhi prinsip aku, dan kawan aku kata kat Pantai tu adalah tempat yang memenuhi prinsip tu. Aku nak jugak. Nak sangat.

Tapi, aku khuatir kalau aku lepaskan peluang personal nurse tu, aku tak dapat pulak yang kat Pantai tu, adakah aku mengiakan peribahasa,

"yang dikejar tak dapat, kedendong keciciran"

Aku buntu. Pintu dah semakin terbuka, cuma aku tak tahu pintu mana yang terbaik buat aku.

Ya Allah, beri aku petunjuk Mu.

p/s: Pilihan di tangan anda - eh, aku lah.