Assalamualaikum warahmatullah.
Tadi keluar ke sebuah Mall. Keluar makan tengah hari. Abang bawak kereta dan parking kat tempat parking Mall tu. Seringgit tanpa kira masa. Parking, banyak kosong.
sumber : enchek google |
Tapi, aku tengok banyak lagi kereta berderet kat luar tu. Penuh dan menyesakkan. Kenapa? Takkan hanya kerana seringgit?
Kalau parking kat dalam, kan ke senang kot nanti-nanti hujan. Tak lah penuh lobi Mall tu berderet-deret kereta nak menjemput orang.
Nak balik tadi, abang aku cakap, "saman parking"
Aku berpaling. Sebuah kereta yang lebih besar kena saman. Parking depan Mall tu je. Aku tanya abang aku, saman parking berapa? RM200, kata abang aku. (Tak sempat ambil gambar pak polisi tu tengah tulis saman)
sumber : makcik google |
Hanya kerana tak nak bayar seringgit.
Bila kereta bergerak lagi, aku tengok lagi, kereta berderet parking tepi jalan. Jalan sibuk. Nanti, bila jalan sesak, salahkan orang lain dan bising.
Aku tak pernah bawak kereta, mungkin aku tak faham. Tapi, abang aku banyak bercerita pendapat dia bila aku naik kereta dengan dia, dan dia seorang pemandu juga.
p/s: Tak tau lagi bila akan berlesen. Hee.