Pengikut

Wednesday, February 15, 2012

Misi berjaya walaupun dah terlambat~

Assalamualaikum warahmatullah.

Aku cuma nak beritau yang aku dah tau cara nak buat latar belakang transparent. Ok, memang lambat kan? Takpe, aku kan dah cakap aku akan belajar sikit-sikit dalam doodle mendoodle ni. Hehe.



Selain itu, aku jugak baru je tau cara nak bagi gambar tak ada border. Haha. Sekali lagi aku sangat kuno kan? Lantaklah. Better late than never, kan?

Tapi, gambar-gambar lama aku jadi pelik sikit la. Lagi-lagi yang selama ni dalam kotak. Hahaha.

p/s:

So lonely inside
So busy out there
And all you wanted
was somebody who cares ...

Sakit perut? Risau Rotavirus~

Assalamualaikum warahmatullah.

Hari ni, ye, selepas adik aku pergi, anak buah aku kena diarrhea @ cirit-birit. Eh, sejak semalam.

Mak aku dah risau dah. Dia boleh kata, "jangan lah macam ni. Sekarang tengah sakit virus tu, risau nenek."

Haish. Anak buah aku bukan boleh kawal pun. Semalam je berapa kali tukar pampers. Hari ni pun, baru lima minit dah tukar pampers lagi. Bapak dia suruh kasi grip water je. Entah lah.

Ni dia tengah tidur, nak check pampers karang nagis pulak. Dia dah la kalau sakit perut camni, cepat je merah punggung. Kesian je. Ni pun dah mula merah. Nasib la ada krim gamat mak aku. Selalu letak krim gamat ni berkesan. Harap-harap tak melecetlah.

Dia pun tak demam dan tak ada tanda gejala yang lain. Mungkin makan masa hantar adik aku haritu la kot, tercemar sikit. Bagus jugak dia dah pandai ajak pergi toilet nak cuci.

"Wok..wok...," katanya. 'Cewok'- bahasa Jawa maksud dia cuci la.

Alahai.. Dah kejutkan dah cuci tiba-tiba...oops, dia buang air lagi. Jap lagi la Is. Huhu..

p/s: Kena jaga kebersihan sungguh-sungguh ni. Cuci tangan bila nak melayan si Is.

Lokasi-lokasi musuh peribadi aku~

Assalamualaikum warahmatullah

Ingat tak aku pernah cerita kisah katak masuk dalam beg? Kali ni, aku nak tambah lagi lokasi-lokasi biasa mereka bertapak yang membuatkan hidup aku sedikit sukar.


Bila dia muncul di bawah sinki, aku amat susah hati. Aku basuh tangan jarak jauh dan kadang-kadang tinggalkan je.


Kalau muncul depan pintu bilik air aku lagi la susah hati. Kalau emergency ke, nak ambik wuduk ke. Payah.

 Kalau muncul tepi almari TV dan jugak tepi tangga, lagi la tak best. Tengah sedap-sedap tengok TV dia muncul. Aduh!




Tapi, selalunya aku akan buat perkara paling selamat. Panggil adik aku.




Dan adik aku akan buat muka tak puas hati sambil tolong membuangkan si katak menggunakan penyapu dan penyodok sampah.

 Sekarang adik aku tak ada. Aku terpaksa beranikan diri menghalau katak tu. Masa ni la aku rasa aku perlukan adik aku sorang ni. Geli la nak tolak katak tu. Hahah.

Bukan aku benci, tapi memang geli.

p/s:MoodAll you wanted - Michelle Branch

Wordless Wednesday~

Assalamualaikum warahmatulllah..


Who am I?

p/s:  Hari ni last tarikh nak bayar bil. Kalau tak bayar alamatnya esok tak boleh online lah. Haish.