Pengikut

Monday, February 6, 2012

Telekung buat mama @ TV3

Asslamualaikum warahmatullah.

"Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasih, tetapi hanya Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki. 
                                                                                                                                      (Al- Qasas: 56)

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." 
                                                                                                                                         ( Al-Baqarah: 222)

p/s: Sesuatu menyentuh hati aku.

Entry yang aku rindu..~

Assalamualaikum warahmatullah.

Sebab dah tak ada idea nak tulis soal kehidupan aku, maka, aku membelek semula entry lama aku. Sedih pun ada. Kenapa blog aku dah terpesong jauh ni?

Secukup rasa sebuah cerita, dengan tagline, hidup aku, hal aku, mungkin pengajaran untuk kamu dan kamu. Aku sepatutnya menceritakan hidup aku dengan harapan hidup aku boleh jadi pengajaran untuk orang lain. Tapi, aku dah sibuk meluahkan perasaan aku je.

Antara entry yang aku rindu-

1. Tetamu tak diundang 

2. Bila sebenarnya kita patut sabar?

3. Bila dia tak lagi untukku.

4. Patut baca.

5. Bila air mata berbicara.

Aku tersedar, akhir-akhir ni aku terlalu banyak mengeluh tentang hidup aku. Aku dah semakin taksub dengan luahan perasaan yang akhirnya membawa aku jatuh lebih dalam.

Macam ni ke aku nak mengaku beriman?

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" 
(QS Al-Ankabut: 2-3).

p/s: Bangun!

Siapa aku?

Assalamualaikum warahmatullah..



Siapa aku?

Aku dah tulis panjang untuk entry ni tadi. Tapi, aku padam semula. Aku tak berani nak meluahkan apa yang aku rasa. Aku takut ada orang mampu menembusi segala pemikiran dan kekusutan dalam diri aku.

Aku masih mahu duduk dalam balang kaca yang terlindung. Aku masih mahu duduk dalam kotak hitam. Aku masih mahu berada dalam zon yang selamat.

Aku masih harap, semuanya tertutup. Kalau aku boleh berjalan dalam keadaan berselubung, aku akan rasa lebih selamat.

I just want to stay inside my own world for a little longer. Can I?

p/s: Fikir soal kerja mengusutkan, tapi, fikir tentang letak duduknya diri aku kat dunia, lebih menggerunkan.

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.”
(Surah At-Talaq ayat 2-3)

Cik Sibuk!

Assalamualaikum warahmatullah..

Dia bukan penyibuk, tapi dia memang sibuk. Dia seorang ibu yang bekerja. Kalau aku tak silap, dia juga sedang menyambung pelajaran. Mungkin sebab tu lah dia sangat sibuk.

Ini hadiah aku untuk dia. Dia pernah mintak masa aku buat doodle iffah.


Cik Sibuk yang sibuk

(Kalau maklumat saya salah maaf ye?)

Trench coat - lambang wanita bekerjaya
Sudip? (Tak tau bahasa Melayu dia la. Bahasa Jawa panggil 'solet') + kasut comel + baju tidur (oops) - lambang seorang suri rumah.
Pemerah pipi - seorang isteri (kena la comel2 kan, dah ada suami)
Buku - masih study
Riak muka - sebab dia sibuk, jadi banyak benda dia nak fikir.
Latar belakang - seolah bergerak pantas - busy la katakan.


Semoga lepas ni, Cik Sibuk dah tak sibuk sangat lagi ye?

p/s: Ramainya orang beri nasihat dan kata-kata semangat. Aku sangat-sangat berterima kasih. T_T