Pengikut

Friday, July 29, 2011

Bau durian satu rumah~

Assalamualaikum, selamat malam..

Mentang-mentang nak dekat puasa makan durian tak hengat. Ahli rumah aku la. Pening kepala aku dah la bau durian.  Bukak peti ais lagi la semerbak harum. Nasib la diorang ingat kat aku belikan aku rambutan.

Penat aku hari ni. Angkat stok raya. Tahu aje la kalau nak raya, macam-macam barang. Balang kuih punya la banyak tadi. tapi, aku lagi suka kalau buat kerja dari duduk sesaja. Walaupun penat dan kaki sangat la ketar- lapar walaupun baru lepas makan- tapi aku rasa seronok. Aku dah belajar cara nak enjoy kerja kot.

Walaupun cuma kerja kedai, aku rasa banyak benda aku belajar untuk kerjaya aku kemudian hari, insyaAllah. Cuma sesekali aku rasa nak rehat- cuti tak banyak kerja macam ni.

Khamis minggu depan aku mintak cuti untuk persediaan raya- awal kan? Sebab nak dekat raya tak boleh cuti- entah dapat entah tak. Pekerja tambahan tak dapat lagi. Budak-budak lain dah nak masuk U bulan 9, dengar nak cuti sebelum raya.

Gaji pun tak dapat lagi, tapi dah banyak pulak nak guna duit. Abang aku nak kawen lepas raya, aku nak konvo, kawan aku nak kawen. sorang lagi dah pregnant- aritu dia kawen tak sempat beli hadiah, kak angkat aku pun ok, laki dia dah tuntut hadiah untuk baby dalam perut, ah, hari lahir mak 5/8- fuhh...

Harap banyak la rezeki aku nak sediakan hadiah. Duit, come to momma..

p/s: ibu jari kaki kiri aku kebas dah dua malam. Nak kena mintak mak picit ni.. hehe.

Cerita Dia~

Sesekali dia akan bercakap-cakap dengan dirinya sendiri. Mengira-ngira sesuatu, meluahkan rasa hatinya. Dia mungkin nampak aneh pada pandangan orang lain, tapi ada sesuatu tentang dirinya yang mengundang rasa ingin tahu. Siapa dia sebenarnya?

" Ramai orang dah banyak tolong kitorang. Rasa nak balas je jasa diorang." Siapa? Apa jasanya?

" Nak puasa pertama kat rumah. Yela, kalau tak nak buka puasa dengan siapa?" Dia tinggal dengan neneknya.

Sesuatu mengatakan dia perlukan seseorang untuk berbicara. Sewaktu rehat, kelihatan dia menyenaraikan barang-barang yang perlu dibeli untuk bulan puasa. Perancangan membeli barang dibuat setelah dia memohon cuti sebelum sibuk untuk bulan puasa.

Banyaknya!

"Dulu kat S*** M*** ada jual beras yang paling murah tu. Sekarang dah bankrup tak de dah la." Dia susah hati memikirkan beras paling murah untuk dibeli.

"Anak sulung ke?" Soalan itu meluncur ke luar dari mulut yang gatal ingin bertanya- penuh rasa ingin tahu.

"Adik beradik berapa orang?"

Dia anak sulung dari empat adik beradik. Masing-masing dijaga oleh keluarga berlainan. Dia dijaga neneknya, manakala yang lain masing-masing dijaga oleh ayah, pakcik dan makcik.

"Ayah kahwin dengan orang ******** (sebuah negara lain). Dulu lahir kat Johor, tapi membesar kat sini."

Ibu dan ayahnya berpisah sejak dia berumur tujuh tahun. Ibunya telah kembali ke negara asalnya dan mempunyai keluarga sendiri- dia tidak langsung lagi pernah berhubung dengan ibunya. Di risau memikirkan kad pengenalan adiknya yang bermasalah- status warganegara dalam surat beranak adalah negara ibunya. Dia telah ke pejabat pendaftaran di sini, Klang malah ke Pejabat Kedutaan di Putrajaya, tapi masih belum selesai- akibat kesilapan semasa mula mendaftar sijil kelahiran.

"Risau kita. Nanti PMR susah, takut tak boleh ambik. Dah la budak pandai."

Untuk keluarga yang sering menerima bantuan orang lain, hanya pelajaran penyelamat yang dilihat mampu digunakan untuk mengeluarkan diri dari belenggu kehidupan yang sebegitu.

"Dulu ada dapat tawaran kat **** tapi ayah tak kasi pergi sebab tak mampu. Ayah tak kasi pinjam PTPTN- banyak sangat nak bayar. Ayah mintak tolong kawan dia masukkan tingkatan 6. Tengokla tahun depan."

Ah, dia cuma 18 tahun. Aku tak tahu betapa banyak lagi perkara yang perlu dia fikirkan. Bila dia melihat kawan-kawan sebayanya masing-masing sibuk menyebut-nyebut kemasukan mereka ke Uni bulan 9 ni. Dia juga tiba-tiba mengatakan dia mahu berhenti- mahu sambung belajar bulan 9 ni- dia minta catering- tapi ayahnya lebih suka dia masuk tingkatan 6.

Hampir saja aku jadi orang yang memandang aneh pada dia. Mungkin dapat bercerita perihal keluarganya pada seorang asing seperti aku saja sudah cukup untuk melapangkan sedikit kekusutannya- aku bersyukur aku mampu bertanya.

Semoga Allah mudahkan segala urusan dan dilapang dan luaskan rezekinya. Dia mahu balas budi semua orang, dia mahu adik-adiknya berjaya, dia juga mahu berjaya.

Siapalah aku yang dah hidup 23tahun ni kalau nak dibandingkan dengan dia yang dah tahu mana beras mahal, mana beras murah. Sibuk nak cari sayur untuk dimasak. Bangun pagi pergi kerja pun mak masakkan, dia semua kena buat sendiri. Kalau lewat abang-abang aku, mak aku boleh jugak hantar. Dia kalau lewat ayah dia dah pergi kerja- cuti saja la jawabnya.

Kenapalah aku hampir saja memandang sinis dia? Mungkin dah pandang pelik - syukur aku ada belajar psychology sikit dulu.

Manusia...