Pengikut

Sunday, May 1, 2011

Chegu Zubir - Promote Blog Saya~

Click sini untuk ke sana-Chegu Zubir punya blog la..

Assalamualaikum

Setelah kian lama aku menjenguk2 segmen di atas, pada tarikh tutup jugak lah aku sibuk nak join. Biasa nih. Segan nak join. Penyegan la konon.

Kenapa nak Chegu Zubir promote blog saya? Kenapa? Sebab die best....(sila noted. ini ayat iklan petronas kenapa saya suka rumah saya) Semua orang pun suka bila blog dikunjungi ramai atas pelbagai alasan. Tapi, aku nak orang tengok sebab.. entah.. sebab macam best je la kot. Mungkin sebab adalah perkara biasa manusia nak acknowledgement dari orang lain. Begitu jugak aku. Itu saja bebelan dari saya, terima kasih..

Promote je lah entry ni (tukar pulak..eheh..) tak ada entry best pun.

p/s: Jom2, sape ada baca ni join promote ni.

Dapat Top Up Rm5

alhamdulillah.

setelah lama menanti : Aku menang saguhati dalam Contest Aku dan Dia oleh adik Najiha Fuzi

Hadiah saguhati tu adalah Top Up rm5. (serba salah nak ambik duit budak sekolah).

Buat masa ni, die suruh drop info aku kat mesej facebook die, tapi aku tak dapat nak masuk langsung facebook die. Kawalan privacy yang amat ketat. Mesej pun tak boleh. Ahaha.

Kalau die tak respon pun, tak apelah. Dapat menang pun dah seronok yang amat. !! Yeay..

Ni la akibatnya kalau...

Alhamdulillah...

Kenyang perut suka hati. :) Sebelum tu aku nak ucapkan selamat bercuti untuk yang bercuti dan selamat bekerja buat yang bekerja.

Hari ni adalah hari cuti umum untuk ramai orang. Ye, aku tau ia adalah menggembirakan untuk kalian semua yang dapat bercuti. Tapi, aku sedikit terkilan. Sebab semua pekerja nak cuti dan akibatnya...

Cafe MakYong (McY) tutup hari ni. Maka warga KTDI terpaksa beramai2 mencari alternatif lain untuk makan. Bila aku dan kawan aku ke cafe kat hospital pun, tutup. T_T

Akhirnya dengan t-shirt dan track bottom kami pun jalan ke KFC stadium bola sepak Cheras tu.

(Encek google)

Nasib baik la bawak duit lebih sikit. Cukup la nak makan set lunch yang baru tu. Sedang aku enak menikmati hidangan aku pun terlihat:


1) Doktor, HO PPUKM pun makan kat KFC harini
2) Medic students pun ada yang datang beli KFC harini
3)Junior aku pun datang beli KFC harini
4) Makcik PEMILIK CAFE kecemasan pun beli KFC hari ni.

Inilah akibatnya kalau cafe tutup. Bila aku dengan kawan aku dalam perjalanan balik, aku dah tak mampu nak tangkis fikiran aku ni. Aku nampak orang jalan kaki, pakai sempoi2 ke arah luar bangunan PPUKM ni maka otak aku ligat mengatakan:

"Nak gi KFC la tu.."

Tamatlah saja cerita aku di tengah hari. Bersyukurlah dapat jugak makan. Alhamdulillah.

Wah, berita hangat ni!

(encek google)

assalamualaikum

“Kamu tidak akan masuk surga hingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman hingga kamu saling mencintai (karena Allah). Apakah kamu maujika aku tunjukkanpada satu perkara jika kamu kerjakan perkara itu maka kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu!” (HR. Muslim) - (hikmatun.wordpress 2007).

Korang hari2 online mesti rajin jalan2 blogging jenguk cari berita sana sini, baca story sana sini kan? Perasan tak kita ni?

Tak bosan bila baca kisah2 hot artis walaupun isu yang sama, artis bukak baju, artis dan video 18sx, menteri itu kena saman, menteri ni kena tangkap dan seangkatan dengannya.

Tapi, kalau bukak blog tazkirah berkenaan isu zina, dalam hati tu, haish, boring la benda macam ni. Isu zina lagi? Isu aurat lagi? Tak ada isu lain ke?

Sedar tak kita, 

"dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sungguh dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya di hari kiamat dalam keadaan buta. 
Dia berkata, "Ya Tuhanku, mengapa engkau kumpulkan aku dalam keadaan buta, sedangkan dulu aku dapat melihat?
Dia (Allah) berfirman, "demikianlah, dahulu telah datang ayat2 Kami, dan kamu mengabaikannya, jadi begitu (pula) pada hari ini kamu diabaikan"- Taha: 124-126 (QS)

Tak bosan bila baca biodata artis, hafal segala benda tentang artis, berita terbaru semua pop up dalam minda, sebut je semua tahu.

tapi, bila baca kisah Nabi, bila baca kisah pejuang Islam, bila baca kisah sahabat r.a, bila baca kisah wanita Islam... alah, ni dah belajar masa sekolah dulu. Boring la cerita ni. Tapi, kalau di tanya bukan boleh jawab pun. Perang Badar bila? Bila Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu?

Sedar tak kita,

“Tidak beriman seorang daripada kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain-lain." (Bukhari & Muslim)

“Tidak beriman seorang hamba sebelum aku (Rasulullah) lebih dicintainya daripada isterinya, hartanya dan seluruh umat manusia.” (Bukhari & Muslim) 


(halaqah.net 2011)


“Nabi itu lebih utama bagi orang mukmin daripada diri mereka sendiri. Dan Istri-istri Nabi adalah ibu mereka.” (QS. al-Ahzab: 6)

Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kalian mencaci para sahabat, janganlah kalian mencaci sahabatku! Demi Dzat Yang Menguasaiku, andaikata salah satu diantara kalian menafkahkan emas sebesar gunung Uhud, maka (pahala nafkah itu) tidak akan menyamai (pahala) satu mud atau setengahnya dari (nafkah) mereka.” (HR Muslim).(sholawatnariyah)

Tak bosan bila caci mencaci sesama saudara, tak mahu dikata hipokrit katanya, guna bahasa kasar tu sebab dah tak boleh tahan sabar dah (ke dah terbiasa?)

Tapi, bila berpesan2 dalam perkara kebaikan, cukup sampai sini je. Tak payah lah nak forward2 benda ni, nanti orang kata aku bajet baik pulak.

Sedar tak kita,

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim”(al hujerat: 11) (attazkirah.wordpress)

dan

“Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi (putraeka.org)

p/s: aku guna kita bermakna aku mengingatkan diri aku jugak dan sampai sini aje bebelan aku di pagi hari. Air coklat madu ku pun dah hampir habis. (Berapa ramai yang baca sampai habis ni? Dah la panjang, boring pulak =_=")

DIY : WHEN IS MY BIRTHDAY ?

Assalamualaikum.


Good morning! :)

Bangun pagi  ni alhamdulillah. Good mood. Syukur masih lagi diberi peluang untuk bernafas.

Aku telah dijemput oleh cik dhiya untuk join DIY die. Sebenarnya, aku tak tau DIY tu ape? hehe. Sebab tu aku diam je tengok orang lain join.

Syarat die, kena beritahu tarikh lahir. Aku tak pernah berniat nak beritahu tarikh lahir aku, tapi tak ape kot. DAH TAHU TARIKH LAHIR NI, KENA BAGI HADIAH. Jangan risau, kalau nak kasi hadiah mintak je alamat. Dengan segera aku bagi. Untuk hadiah sahaja tau.

Bebel je. Mana tarikh lahirnya? Ok, aku dilahirkan pada .... 4 hari sebelum 14 Februari, 2 tahun sebelum 19990. Boleh dapat tak?

10 Februari 1988 <-- ye aku budak tahun 80-an. Dah makcik2 dah.

Pendapat aku tentang blog cik dhiya ni, mmmm.. kemas. walaupun cuma putih, tapi masih ok je mata tengok. Dan aku pun suka kalau tak ada gadget2 berat2 ni. Senang loading sebab aku kan guna wifi kolej je. Kalau yang fancy2 sangat tu, agak lambat nak loading.

So, keep up the good work! Suka jugak tagline die, "pelik itu unique".

Nak tag siapa ek?

Wanita Timur

Ok done. Thanx to cik penganjur sebab jemput saya. Koya je nak berjemput2 gini. huhu..

Segan Kot~

Assalamualaikum

Ape la aku buat celik mata di kala malam ni. Study nye idak. Well, tadi aku baru siap buat correction research write up. Ni sengaja nak buat jugak entry.

Berkali2 aku jenguk blog2 tersebut. Segmen yang dianjurkan memang sesuai untuk aku yang baru berjinak2 nak mengembangkan sayap dalam dunia blogging.

Tapi, tengokla blog aku ni. Berterabur. Aku pun tengok tak kemas. Berserabut. Macam mana aku nak jemput orang datang ramai2? Kalau la senior2 blogger jenguk dan mereview blog aku, mesti berjela2 kelemahan aku. Segan aku.

Kalau diorang suruh betul ape yang patut pun, entah2 aku tak reti nak buat. Bahasa blog pun aku tak faham lagi. Maka, aku buat keputusan buat sementara ni (exam pun) aku sekadar jadi blogger kelas bawahan je lah. Slow2 cari pengunjung.

Segan la kalau link aku banyak kat blog senior2 ramai orang jenguk dalam hati diorang kecewa je sebab blog aku ni.. aishh.. aku tak tau nak susun cam mane.. Sofa nak letak mana, meja nak letak mana, almari nak letak mana.. Aku pun dah bingung. Jadi, sebelum aku mengong mereng baik aku tido.

Oyasuminasai..! end~