Pengikut

Saturday, March 31, 2012

Apa perangai ni?

Assamualaikum warahmatullah..

Tadi aku peegi beli makanan. Sampai kat kedai tu orang tu datang nak tau order,dia tak cakap apa apa pun. Aku buat isyarat nak buku menu. Yela, aku pertamakali pergi kedai tu. Dia pun kasi menu dan pergi masu, dapur.

Ada beberapa meja tengah tunggu nak buat order termasuk aku. Aku tunggu. Nak panggil macam tak sabar pulak. Lepas tu, pekerja laki datang ambik order kat meja lain yang tunggu dan tak datang meja aku. Tiba tiba aku terus ras malas.

Aku cakap dengan adik aku, jom la pergi kedai lain. Lambat sangat. Kami ke kedai mamak je akhirnya. Aku pun terkejut dengan tindakan aku. Sejak nila pulak aku begitu pentingkan perkhidmatan ni? Selama ni, aku tunggu je kalau lambat pun. Lagipun, aku kerja dalam bidang perkhidmatan jugak, aku tak berani buat kat orang macam tu. Tapi...akhirnya...uhuk..

Bukan apa, aku tak selesa nak duduk kat kedai tu lama lama. Segan pelik je rasa. Maka, aku ambil keputusan beli kat mamak, pilih dan ambil lauk sendiri, tak payah tunggu order.

Teruk ke perangai macam ni, ek? Tak reti nak sabar, ye?