Pengikut

Thursday, November 24, 2011

Penat je aku tunggu~

Assalamualaikum

Ingat tak aku pernah cerita tentang gaji aku tak dapat-dapat lagi? Buat penat je aku risau fikir macam-macam. Punya la aku tunggu dan tunggu mesej dari bos aku. Nak marah pun ada, segan pulak tu nak mesej banyak kali.

Maka, malam kelmarin aku pergi keluar ke kedai dengan abang aku. Aku ajak singgah ke kedai- sebab kakak ipar aku cakap pergi je la tanya kat kedai. Bukan apa, aku memang segan dah la. Asyik tanya duit je. Ok, kembali ke cerita asal.

Aku masuk ke kedai jumpa Kak Ayu, borak-borak dengan dia. Lama jugak aku ambil masa untuk tanya bos aku. Akhirnya, aku beranikan diri tanya.

"Uncle, gaji saya boleh dapat bila ek?"
"Apa?"
"Gaji. Boleh dapat bila?"
"Kakak tak ada hantar kat you meh?"
"Ha? Takde."

Bos aku pun mencari-cari dalam cash machine. Aku terfikir, dah ada ke gaji? Kakak lupa nak mesej aku kot. Lepas tu, bos aku menuju ke kereta. Aku tunggu lagi.

Tak lama kemudian, dia serahkan pada aku gaji aku. Alhamdulillah. Rupa-rupanya, kakak lupa nak mesej aku da.. Aiya. Kakak..

Kak Ayu pun ada cakap, kakak datang kedai cakap kat Kak Ayu dia lupa nak kira gaji aku. Dia kata aku marah. Hahaha. Aku mesej dah paling berhati-hati dah tu. Aku tak nak orang salah faham. Adui la.

Kali 18 rupanya. :) Aku ingat nak masukkan bank terus, tapi malam tu machine cash deposit Bank Islam rosak. Terpaksa aku bawak balik. Esoknya, nak masukkan pun terlupa bawak. Akhirnya? Aku dah berbelanja guna duit tu beli sandal malam tadi RM18. Terjebak sebab ikut abang dengan adik aku beli sandal.

p/s: sandal kanak-kanak saiz 5.

Harimau masih kenyang telan garuda- hidangan unta tak mampu ditelan.

Assalamulaikum.

Bahang bola semakin berlarutan nampaknya. Sana sini orang cerita tentang pasukan bola sepak Malaysia bawah 23. Baru sahaja mereka dihadiahkan wang kemenangan RM30 000 sempena kemenangan mereka menggondol emas untuk Sukan Sea, malam tadi mereka telah mengecewakan rakyat Malaysia setelah tewas dengan Syria dalam pusingan kelayakan ke Olimpik.

Mungkin mereka masih kepenatan dengan perlawanan yang berlangsung hanya selang sehari. Mungkin. Atau mungkin juga kerana beberapa pemain yang menjadi nadi pasukan tidak dapat beraksi. Barangkali juga kerana tekanan yang dirasakan adalah kurang berbanding apabila bermain di tempat lawan. Tidak ketinggalan juga kemungkinan disebabkan melihat penonton Malaysia yang tidak memenuhi stadium dengan jualan tiket yang rendah berbanding yang dijangka. Kurang sokongan?

Pelbagai persepsi boleh timbul.

Keputusan Mas 0- Syr 2 .

p/s: sempat tonton separuh masa kedua kat rumah sepupu- tak ada Astro.