Pengikut

Thursday, February 9, 2012

Picnic depan rumah~

Assalamualaikum warahmatullah..

Penat. Buat kerja merepek hari ni. Anak buah asyik merengek je ajak keluar. Maka, mak aku pun suruh la kitorang bawak dia keluar. Panas 'njetet'! (Panas sangat).

Aku pun sambil-sambil snap gambar. Maklumlah ada kamera. Poyo kan? Kamera abang aku la.

Sambil duduk-duduk bawah pokok, sepupu aku (sebaya adik aku) datang. Diorang petik buah kelapa. Pergh.. Di kala panas minum air kelapa muda, segar dari ladang. Marvellous!

Sedikit gambar untuk tatapan. Sikit je.

Anak nenek~
Sofa tu dah diangkut letak bawah pokok.

Rakan sebaya
Tiga orang budak ni sebaya. Ada seorang lagi sepupu yang sebaya- dia budak bandar (bandar Kuala Selangor). Haha. Dua orang kat atas, tarikh lahir sama 14 Februari.

Roselle~

Roselle adik aku. Bersungguh-sungguh dia tanam. Tapi, hari ni bunga tu dah jadi ni...

Delicious? No comment~
Penat. Masa ni la aku rasa sangat seronok duduk kampung. Cantiknya kampung aku. Opps. Subhanallah.




Hijau. Go green!

p/s: Hari yang bahagia. Hilang terus semua kekusutan dalam kepala. I love my family, yo.

Mak bapak aku tak pernah ajar aku!

Assalamualaikum warahmatullah..

Pernah berdepan situasi macam ni? 

Kalau apa-apa silap, kita salahkan mak bapak. Perangai aku teruk, aku cakap mak bapak tak ajar. Pelajaran aku buruk, aku cakap mak bapak aku tak kisak hal aku. Tak pernah ambik tau.

Ye la. Memang la persekitaran memainkan peranan penting. Tapi, takkan semua benda kita nak salahkan mak bapak?

Kenal tak Ikramah? Siapa la pulak mamat ni kan? Ye, dia seorang lelaki. Bukan lelaki biasa. Dia anak Abu Jahal.  Kenal Abu Jahal? Lelaki yang menentang hebat perjuangan Nabi s.a.w, walaupun dialah anak saudara yang paling dia bangga-banggakan kelahirannya.

Sepanjang Abu Jahal hidup menentang Nabi s.a.w, Ikramah pun turut sama menjadi penentang kuat perjuangan Islam. Lepas Abu Jahal terbunuh di medan perang, bertambah-tambah benci Ikramah pada Nabi s.a.w.

Setiap hari, Ikramah cuma fikir cara nak mengalahkan Islam. Macam-macam cara dia buat. Walaupun ramai kawan-kawan dia dah terima Islam, dek benci dan dendam atas kematian Abu Jahal, dia terus menentang.

Sampailah Allah berikan dia hidayah. Alhamdulillah. Tapi, masa tu dia jadi orang buruan sebab dia adalah penentang Rasululllah yang paling kental. Semua orang siap ejek dia,

“Anak Abu Jahal..Anak Abu Jahal..”

Ye, dia anak Abu Jahal yang jelas tidak mungkin diampunkan Allah. Dia anak Abu Jahal, musuh umat Islam.

Tapi, Allah dah berikan hidayahNya. Ikramah berubah 180 darjah. Dia sangat cintakan Islam. Sangat. Dia siap berusaha keras nak buktikan, walaupun dia anak Abu Jahal, dia tak macam bapanya.

Apa aku merepek ni? Nak cerita pasal Ikramah semata-mata ke?

Tak. Bukan macam tu. Bayangkanlah Ikramah ni, anak Abu Jahal. Abu Jahal. Tapi, dia boleh berubah jadi sahabat Nabi s.a.w yang syahid masa menentang golongan murtad selepas Nabi s.a.w wafat. Dia boleh jadi pahlawan Islam terbilang. Dia berani mati demi Islam.

Kita ni? Nak kata lahir dalam zaman kegelapan yang tak tau apa itu Islam, sah-sah la tak. Sekolah kat mana pun, rasanya selagi masih kat Malaysia ada mata pelajaran agama. Jelas dah ada pendedahan tentang Islam.

Tak payah nak salahkan mak bapak je, ok? Buka hati, buka minda. Hidayah tu milik Allah. Tapi, kalau petunjuk yang ada kita tolak tepi, kita duk sibuk cari kesalahan orang lain, atau letakkan kesalahan kita kat orang lain, sampai mati la kita macam ni.

Memang lah payah. Kalau orang lain sanggup mati demi Islam, kita yang tak payah nak mati ni, sekadar tanggung sikit susah tak boleh ke nak perjuangkan akidah dan pegangan kita? Dunia dah maju. Tak payah nak jumud sangat cakap mak bapak tak ajar.

Ilmu dan guru merata-rata ada.

Dunia dah maju.  Islam sepatutnya boleh  berkembang lebih pesat, kan?

Rujukan: Ikramah:Penentang jadi pembela- siri pahlawan Islam, Abdul Latip Talib, 2010

Spontaneous Thursday~

Assalamualaikum warahmatullah..

"Because I'm a girl and I'm a woman too." - Two songs' title.


p/s: So what?

Tu bukan lurus, tu bendul!

Assalamualaikum warahmatullah.

Aku sedang menaip laju-laju ni. Maklumlah, anak buah tengah pergi jalan-jalan. Tak ada orang nak kacau.

Kisah berlaku kelmarin.

Abang aku bawak mak beli mesin basuh baru. Mesin baru kat rumah ni dah berapa banyak dah rosak. Dari yang baru sampai ke second hand, semua sama je.

Aku tengah melayan anak buah aku bila diorang balik.

"Dah beli ke? Automatik ke semi?"

Bukan mesin basuh aku - credit: google.


"Tengok lah sendiri kat tepi rumah." Mesin basuh letak luar rumah, senang nak sidai baju.

"Aik, bila sampai? Tak perasan pun. Harga berapa?"

"Seribu enam ratus." Jawab abang aku selamba.

Aku tercengang. Biar betul abang aku ni? "Ha? Biar betul?"

"18kg ma.."

Aku terus bangun dan ikut abang aku tengok mesin basuh tu. Memang pelik. Takkan mesin basuh macam ni seribu enam ratus? RM1600?

"Beli kat mana?" Tanya pakcik aku yang kebetulan datang.

"Ala, kedai biasa tu."

"Takkan macam ni RM1600?" Aku tanya mintak kepastian.

Pakcik aku pandang aku dengan pelik. "Seratus enam puluh la...."

"Adoi...takkan ko tak faham kot, " kata abang aku pulak.

Ok, aku malu! Aduih. Mana la aku tau abang aku nak tipu. Muka serius gila.

"Memang la. cP ni kan lurus, jujur. Mana la tau kena tipu..." Huhu. Panas je muka.

"Tu bukan lurus...tu..." Abang aku tak payah habiskan ayat dia. Aku sendiri sambung.

Tu bendul....

Ok, fine!

p/s: selalu cakap adik aku bendul, aku pun sama je. Agak-agak la mesin basuh second hand RM1600. Kalau mak aku mesti cakap, belajar tinggi-tinggi..... sight.!

"Segmen Review Blog Kami"

Assalamualaikum warahmatullah


Pagi-pagi buta join segmen. Sementara anak buah makan, ambik peluang online di pagi-pagi yang sibuk.

Syarat dia senang sangat. Jom lah kita join!

p/s: Nampaknya, entry doodle paling hangat mendapat kunjungan. :)