Pengikut

Wednesday, February 8, 2012

The Real Wordless Wednesday~

Assalamualaikum warahmatullah..



p/s: Ok la, ada beberapa words. Bunga ni kakak ipar aku yang tanam. Sekuntum je. Very precious huh? Being the only one.

Ok, aku la yang salah..

Assalamualaikum warahmatullah

Bunyi tajuk cam merajuk je aku. Huhu. Sedikit sentap tadi.

Sedang aku khusyuk mereka-reka dan menggodek-godek paint.net, aku dikejutkan dengan pemberitahuan bateri laptop aku tinggal 8%. Kejap lagi nak padam la. Aku pun,

"Ten, cepat-cepat!" Aku tolak-tolak kaki adik aku yang tengah makan bihun tomyam abang aku bawak balik.

"Cepat ambik charger. Nak padam dah ni!"

Adik aku pun berlari-lari naik bilik dan mencari.

"Wei, cepatlah! Nak habis dah ..." belum sempat aku habiskan ayat, laptop aku terpadam.

"Lambatlah!" Aku bengang. Siap aku cakap sengal lagi. Aduh! Terpengaruh aku dengan ayat budak-budak sekarang.

Adik aku pun lagi la bengang dan marah. Dia cari dan tak jumpa charger aku. Seingat aku, aku letak kat atas tadi. Aku pun naik ke bilik dan cari.

"Ke mana lak perginya? Tadi bukan kakak letak sini je ke? Takkan kakak sorokkan plak?"

"Mana la Achik tau. Takkan Achik yang sorokkan plak?" Dia pun angkat-angkat tilam dia.

Aku selongkar katil aku (ok, sepah kot). Aku membebel-bebel bersama adik aku. Tiba-tiba,

"Ko cari apa? Charger ke?" Abang aku tanya dari bawah.

"Ha'a" Aku jawab dengan nada resah.

"Habis yang kat bawah ni ape?"

Aik? Siapa bawak ke bawah? Aku pun bergegas turun dan tengok ia terletak atas iron board. Aku ambik. Aku ke yang letak sini? Kenapa aku tak ingat langsung aku bawak.

"Bukan ko ke yang bawak tadi? Bizam nampak ko bawak tadi."

"Ha'a. Achik rasa kakak yang bawak. Sebab kakak cakap bateri dia dah nak habis."

Warrghhh!! Aku malu! Aku ambik sambil menafikan. Memang aku tak ingat apa-apa tau tak?

"Kesian Achik, tak pasal-pasal kena."

"Nasib baik kakak cuma cakap sengal je...bla bla bla..." Ayat nak cover. Sedangkan dalam hati, Ya Allah. Apa pasal la mulut aku laju sangat cakap sengal? Selama ni aku marah betul adik aku cakap macam tu. Haish. Laptop punya pasal je pun.

p/s: Tu la, mak aku cakap aku singa betina. T_T Sob sob sob..


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. dengan katanya; Berilah nasihat kepada saya, Baginda berkata: jangan kamu marah, lalu diulangi beberapa kali, baginda menjawab; jangan kamu marah”, 
Hadis riwayat al-Bukhari.

Not so Wordless Wednesday~

Assalamualaikum warahmatullah..


p/s: Anak buah aku ni, memeningkan kepala la weih.. Geram je. Nasib baik la kesian.

edited at 11:34am - yeah, gambar terbaru hantar kat petronas CNY photo contest approved! Seronok!