Pengikut

Wednesday, March 7, 2012

Sambung esok je lah~

Assalamualaikum warahmatullah.

Jam kat laptop: 11: 56 pm.

Dah tak larat nak blogwalking. Mengantuk. InsyaAllah mengunjungi kalian lagi esok. Jika diberi kelapangan dan peluang.

Semoga Allah merahmati kita semua. Amiin. Maaf kalau salah silap.

p/s: Hujan dah berhenti. Malam yang dingin.

Line slow hari ni~

Assalamualaikum warahmatullah

Line slow. Maka, aku tak dapat nak blogwalking sangat tadi.

Melayan karenah anak buah. Semakin okay, tapi masih muntah dan cirit-birit. Kurus je. Bila la nak tambah berat, asyik sakit je. Nak masuk dua tahun berat cuma 11kg.

Keputusan STPM adik aku sekadar okay je. Alhamdulillah, masih lulus. Mungkin dia menangis kat sana. Aku tak nak cakap apa-apa. Cukuplah dia sendiri tahu sejauh mana usaha dia, dan dia dapat menurut apa yang dia usahakan. Walaupun aku teringin nak adik-adik aku menjejakkan kaki  ke menara gading, tapi aku jugak tak mahu letak beban yang terlalu berat melebihi kemampuan mereka. Aku faham perasaan memikul harapan orang. Ia sangat berat.

Aku cuma harap, mereka belajar dari pengalaman dan berusaha lagi untuk berjaya. Nak berjaya bukan sekadar dengan cara masuk U. InsyaAllah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, kan?

Adik aku pun tengah menuntut ilmu kemahiran bakery. Mana tau, suatu hari dia akan jadi usahawan yang berjaya. Aku doakan. Selalu. Aku harap dia tahu, kegagalan bukan tanda berakhirnya kehidupan, tapi, ia satu permulaan untuk kita lebih berusaha dan mengejar cita-cita. Aku sendiri pernah gagal.

p/s: sambil tunggu anak buah tidur sementara mak ayah dia makan, sambil blogwalk. Tapi, line macam masih belum bagus je. Hujan.

Segmen : 7 Perkara yang akan Saya Buat Sebelum Mati

Assalamualaikum warahmatullah..

 

Tagged by Yayansmum.

1. Selesaikan semua hutang.

2. Bayar fidyah untuk arwah abah.

3. Support adik-adik belajar sampai berjaya.

4. Tunaikan haji dengan emak dan upah haji untuk abah.

5. Menjadi wanita yang lebih baik kepada Allah, keluarga, kawan-kawan dan masyarakat.

6. Tulis wasiat - meninggalkan sesuatu untuk orang yang ditinggal.

7. Memohon maaf dan berterima kasih ada semua orang.

Sebenarnya, aku tak mampu nak tuliskan semua perkara yang aku nak buat sebelum mati. Sebab aku ada terlalu banyak impian. Terlalu banyak harapan. Cukuplah aku tulis secara kasar apa yang aku harapkan.

Maaf ye, Yayan's Mum. Saya memang sedikit in the closet. Not much to say about my personal self.

p/s: Kalau sesiapa nak join segmen ni, boleh je. Cuma, saya tak gemar nak tag orang sangat.