Assalamualaikum
Aku dilahirkan dengan satu kelebihan. Hidung aku tersangatlah sensitif. Kalau aku dekat dapur, aku boleh bau orang hisap rokok kat depan rumah. Aku boleh bau asap motor@kereta kat depan. Aku jugak tak tahan segala macam bau wangi@ busuk dan seangkatan dengannya.
Maka, aku adalah seorang yang tak tahan bau kereta mahupun aircond, dan dan segala berkaitan. Tapi, tadi....
Abang aku suruh aku belajar bawak kereta. *Sepupu aku la ni pakat dengan Bg Yun. Ceh. Sebab aku takut Bg Yun marah aku pun pergi je lah. * note: sepupu aku merangkap saudara sesusu.
Malu pun ada, takut pun ada. Aku rasa macam entah apa-apa lah aku bawak kerata. Sampai mak aku lalu kat tepi naik motor bawak Is jalan-jalan pun aku tak perasan. Huh. Penat jugak bawak kereta sambil menahan debaran.
Dah la jalan macam ular. Sepupu aku dengan abang aku tak kutuk langsung. Asyik cakap okay lah ni. Saja la tu, sebab tau aku "nervous" sangat. Esok kena belajar lagi?? Adoi. Kalau dah ada abang aku yang sulung, aku takut jugak lah nak menolak. =_=''
Isu perhimpunan kat KL tu, bukan aku tak ambik tau. Aku ambik tau, tapi, tak berani nak komen apa-apa. Semoga semuanya baik-baik aje.
Adios..
p/s: kempunan lagi nak makan McD..ceh.
Pengikut
Saturday, July 9, 2011
Penderaan Psychology~
Assalamualaikum
Selepas semalam penat satu hari jalan sampai la ke waktu melelapkan mata, hari ini mak aku telah memberikan aku tekanan yang sangat hebat. Aku dipaksa rewang. Aku pernah rewang tanpa mak aku sekali je rasanya. Kali ni, aku kena pergi dengan adik aku -sebab dia je yang tau bawak motor.
Rumah pengantin tu rumah kawan aku- abang dia yang kahwin. Walaubagaimana pun aku rasa memang selain jiran aku yang dekat tak ada sesiapa pun kenal aku. Adik aku pulak macam dah biasa je rewang . Tambahan pulak dengan badannya yang tak macam 19tahun tapi lebih macam darjah 5 tu, dia bebas nak ke sana ke sini. Mulut pun ringan je.
Aku mula-mula sampai duduk sama-sama walaupun tak bersama dengan perewang lain. Semua orang makan nasik untuk sarapan, tapi aku tak reti kot nak makan sangat kat rumah orang, so, aku makan kuih je. Lepas tu, aku tolong kemas meja sikit. Lepas tu, aku ikut Kak Sal-jiran dekat- masuk rumah bahagian isi kuih. Mula-mula ada la kerja sikit buat "rojak uni"- kuih campur2 letak dalam dulang atau satu bekas yang besar untuk perewang. Tapi, lepas tu aku cuma mampu untuk rewang makan.
Tahap kebosanan aku memang membuak-buak. Kalau bahagian bungkus makanan mesti ada sikit kerja nak buat dengan tangan ni. Bosan duduk saja lepas tu makan- macam bukan datang untuk rewang je. Orang bungkus makanan kat tempat lain- maka aku duduk je la situ memenuhkan perut aku. Entah apa-apa aku makan je.
Kawan sekolah aku tu, tak ingat dah aku. Aku la yang mula senyum kat dia- tapi, dia macam tak perasan. Lepas tu aku tegur dia, baru lah dia ingat. Mariam nama dia. Aku taklupa kot sebab dia anak "Halim@Hussin Pau"- ayah dia ada kilang pau. Aku jugak nampak seorang lelaki bercermin mata pegang kamera yang macam aku kenal. Aku tanya kat Mariam- Murshid katanya. Aku macam ingat. Aku rasa betul dah dia la budak lelaki yang suka melukis masa darjah 3 dulu. Dia lukis Along- aku memang banyak kawan lelaki berbanding perempuan kot kecik-kecik dulu + aku suka melukis. Mariam pulak, aku rasa kawan rapat dia dulu Melissa dan jugak Zahira- budak2 lawa. haha.
Dalam hati aku, mesti diorang tak ingat aku dah ni. Ye, aku lah budak perempuan yang selalu berdiri barisan paling depan setiap kali perhimpunan dan sangat comot tu- ok, aku masih comot lagi. Lagipun, lepas langkau kelas -PTS- aku tak jenguk-jenguk sangat kawan-kawan aku- sebab aku bukan rapat sangat dengan sesiapa kot. Ni lah hasilnya kalau berat mulut- orang tak kenal. Aku ingat pun jadilah.
Lagipun, kadang-kadang bila kat Tanjong -panggilan untuk pekan Tanjong Karang- ada jugak budak masih kenal aku.
Ops. Melalut. Aku terasa macam kena penderaan psychology sebenarnya bila kena "present" diri sendiri kat orang ramai. Tapi, bila fikir balik, "for the sake of" kenduri kat rumah aku nanti- abang aku dah nak kahwin- aku rasa rewang ni perlu. Kalau kita tak pergi rumah orang, siapa nak pergi rumah kita kan? Entah lah. Just go with the flow..Lagipun, bukan kena buat kerja berat-berat pun. Kalau duduk diam saja pun orang tak kisah. Nampak rewang sikit pun orang dah kata kita rewang.
Masa aku becekkan (salam-kasi duit kat tuan rumah) untuk mak tadi, mak Mariam siap cakap aku rewang tadi, kasi berkat@bontrot (bungkusan makanan) kat aku. Adik aku kecik sangat kot, walaupun dia rewang orang tak kasi- dia becek untuk kak ipar aku.
Petang ni sepupu aku bertunang, tapi, mak aku je yang pergi. Aku duduk rumah jaga budak kecik (la sangat..). Penat la konon. Hehe.
Ok, adios amigos. Oh. Hidup berjiran macam ni lah. Walaupun nilai sebenar tu macam dah hilang- keikhlasan kot (pergi sebab takut apa orang cakap@ tak nak orang pulaukan kenduri rumah kita)- tapi, masih tetap saling tolong menolong. InsyaAllah, masih boleh diteruskan.

Berjalan-jalan~
Assalamualaikum
Alhamdulillah. Semalam aku dah ambik result dan jugak sijil lesen kejururawatan tak rasmi aku. Malam sebelum tu, aku sangatlah mengharap untuk makan kat luar. Aku asyik ajak abang aku makan kat luar. Tapi, bila abang aku no 2 balik, dia balik bersama makanan. Huhu. Kecewa aku. Dah la kena ejek dengan semua orang. Aku tak ada la merajuk pun. Tapi, bila diorang cakap aku merajuk aku saja "get along" dengan benda tu, main-main konon sikit kecewa@ "frust" la.
Semalam, aku keluar rumah pukul 8am pergi ambik kawan aku kat bus stand depan Hospital Besar Tanjong Karang (tak berapa nak besar pun). Disebabkan berita-berita tentang BERSIH, kitorang dah fikir mungkin jalan akan sesak dan mungkin akan ada banyak "roadblock". Tapi, alhmadulillah, jalan sangat "smooth" dan kitorang telah merasmikan Lebuhraya KL-Tanjong Karang @ LATAR.
*LATAR (Javanese)= halaman rumah (Malay) - bila aku baca jadi lucu bunyinya
Aku sampai pukul berapa entah.Aku terus ke "library" nak print beberapa borang. Tak lama lepas tu, kawan-kawan aku dari Pantai Timur sampai. Wah, satu malam naik bas sampai pagi-pagi buta terus berurusan. Hebat la budak-budak yang duduk jauh ni. Kalau aku entah dah pengsan. Itupun aku dah gigil sebab lapar. Nak menulis isi borang pun dah tak larat.
Lepas tu, kawan-kawan lain - beberapa orang datang jugak. Aku rasa agak seronok kot. Bila aku duduk kat rumah aku cuma rasa bosan. Perasaan menjadi bekas pelajar tu tak terasa sangat. Tapi, bila aku turun ke cafe nak makan tengah hari, berajalan kat lobi blok pendidikan PPUKM tu aku rasa sangat janggal. I just don't feel the belonging anymore. Macam tu lah lebih kurang. Aku dah jadi "bekas pelajar".
Masa nak lunch terserempak pulak dengan Kak Zue dan Kak Lela- diorang Ketua Jururawat yang sambung belajar masuk dengan kitorang dan dah mula sambung berkhidmat. Maka, diorang pun bawak kitorang makan kat luar. Tapi, tak semua ikut- tak muat kereta (disappointed with the fact that I can't spend a little time with all of them).
Seronok jugak jumpa balik semua orang walaupun cuma tak jumpa beberapa minggu. Mungkin sebab kami dah bersama-sama selama 4tahun dan aku tahu peluang untuk jumpa tu dah semakin sikit sebab masing-masing akan bawak haluan masing kecuali nanti kerja kat tempat sama.
Konvo nanti, insyaAllah jumpa kalau sempat. Apa pun, yang paling aku tercabar ramai jugak yang kerja dan ada "income". Ada yang kerja kat mart, jadi kerani, kerja secret recipe. Aku pulak duduk rumah je. Aku asyik cakap nak kerja tapi tak jugak kerja-kerjanya.
Tak apa lah. InsyaAllah. Minggu depan kalau tak ada aral melintang. Bukan apa, kalau aku ada pun rumah ni macam apa entah, kalau aku kerja mak aku susah jugak-walaupun dah biasa.
Kak ipar aku ada cakap nak tanyakan kerja kerani kat Showroom Proton/Perodua. Kalau dapat kerja "office hour" best jugak. Kalau tak dapat, aku kerja la kat mana-mana kedai kat Pekan Tanjong Karang tu. Ada kedai baju, kedai dobi, kedai fotostat- mana-mana la yang sudi. Cuma yang aku tak seronok sebenarnya adalah pengangkutan. Aku macam tak berapa nak kisah kalau naik basikal sebab aku suka je naik basikal- menyihatkan + pengaruh cerita Jepun dan Korea je. Tapi, kalau nak kena balik malam seram la aku. Jalan kampung aku ni sunyi.
Oh, dah melalut. Malam tadi, abang aku keluar dengan isteri dia -one and only kak ipar- aku pun ikut! Tak penat ke aku? Penat tapi aku nak keluar jugak. Lagipun, walaupun aku letih dalam kereta aku dah mintak mak aku picit-picit sikit. Hehe. Hilang dah letih kot.
Mak aku cakap aku ada "andeng-andeng" @ mole kat tapak kaki tu yang kuat jalan?? Aik, aku rasa selama ni, aku la yang duduk rumah memanjang. "Whatever" lah.
Ok. Dah berjela. Macam bosan je. Nanti ada idea nak cerita aku merepek la lagi. Asta la vista!

Subscribe to:
Posts (Atom)