Assalamualaikum.
Akhirnya, aku keluar jugak dari rumah. Semalam, aku dan adik aku berjaya meloloskan diri dari ikatan lutsinar yang ada kat rumah ni dan jalan-jalan dari pukul 9am sampai 5pm ke Kuala Selangor.
Mula-mula aku dengan adik aku lepak dulu kat tempat kerja sepupu aku. Dia pinjam
broadband dan
laptop, line full. Seronok aku tengok. Bila sepupu aku (yang ajak main
bowling) mesej kata diorang dah sampai, sepupu aku ni hantar la aku ke tempat yang dituju. Yang pasti tempat tu masih tutup. Awal pagi dah tercongok kat situ, mestilah masih tutup.
Sepupu lelaki, Fadz dan Am pergi ajak makan sarapan pagi dulu. Tapi, aku dan sepupu-sepupu perempuan semua dah makan. Maka, aku ajak la adik aku jalan-jalan ke Tesco dulu. Geram je aku tengok
T-shirt RM10 semua. Tapi, aku tak berani nak berbelanja. Belum main lagi karang dah habis duit. Aku beli sedikit makanan kat
bakery King's. Aku beli lebih la nak kasi budak-budak ni makan. Ececeh. Dalam pukul 10am aku gerak ke 1Plaza tu. Awal sekali. Kitorang adalah pelanggan kedua sebab ada satu kumpulan dari sekolah mana entah dah jadi pelanggan pertama (kitorang masuk dulu la sebenarnya).
Kitorang main 2
game setiap seorang. Murah. Harga pelajar satu
game cuma RM3.50 dan harga dewasa RM4.50, kasut pulak RM2. Ok lah bagi aku. Aku hebat ke main? Aku rasa aku cuma menang gaya, sebab aku pernah belajar main kan masa ko-kurikulum kat Uni dulu. Budak yang main untuk pertama kali dan tak guna apa-apa skil duk asyik dapat
strike dan
spare aje. Aduh la.
Adik aku? Dia dah la kidal, dan lubang jari kat bola
bowling tu memang la terlalu besar- jari aku pun macam nak lucut aje dari situ. Dia main memang campak la senang kata bukan leret pun. Nasib la. Sekali dia dapat
strike jugak. Lucu je. Bila dan kena melompat-lompat, mentang-mentang la kecik sangat. Orang tengok pun cam budak sekolah rendah. Main punya main, akhirnya tamat setelah dua jam. Satu
lane main 6 orang, syok jugak main lama sikit.
Lepas tu, Fadz dan Am nak main lagi, aku pulak bawak budak-budak lain jalan-jalan turun naik 1Plaza tu. Kecik je rupanya. Tak banyak benda pun. Cuma ada
cafe, bowling, wayang dan snuker. Lain-lain benda biasa-biasa je.
Lepas tu, budak-budak ni ajak karaoke? Hah? Aku cuma bayar je lah. Aku rasa bertanggungjawab pulak nak tengok-tengokkan budak-budak tu. Aku duduk dalam bilik tu tengok la diorang bersuka-suka. Aku jugak pastikan adik aku telefon mak beritahu kitorang balik lambat-pukul 5pm sebab tumpang sepupu habis kerja, dan suruh budak-budak tu beritahu mak diorang -cam makcik kan aku?
Lepas satu jam, si Am ajak makan kat rumah dia, tapi aku menolak. Diorang pun balik makan-makcik aku dah disuruh masak siap-siap. Haha. Segan aje aku nak gi makan kat sana. Susah nak pergi, diorang naik motor, rasa tak selesa aku nak bonceng. Biarlah diorang yang pergi. Mak ayah diorang pun tau siapa bawak siapa.
Aku pun ajak adik aku makan kat
Tesco Food Court. Selepas kenyang, kitorang menuju ke surau. Jalan tetap jalan, yang wajib jangan lupa. Dah sudah kitorang
round pulak satu Tesco, lama jugak. Sedar-sedar dah pukul 4pm. Aku dah beritahu sepupu nak ke tempat kerja dia dalam pukul 4pm,
so, kitorang pun berjalan ke tempat kerja dia. Tempat kerja dia tu studio muzik yang baru nak beroperasi, maka, dia kerja cuma seorang diri dan main
internet je la memanjang.
Melihatkan
line internet yang laju, aku ambik alih
laptop aku dan menonton
movie secara
online. Cerita Ghastly kat DramaCrazy tapi tak sempat habis pakcik aku dan makcik aku ambik kitorang balik. Sebelum sampai rumah pakcik aku belanja makan Cendol Durian Borhan, cuma aku makan cendol pulut sebab aku tak makan durian. :) Dalam pukul 6pm kitorang sampai rumah tengok mak aku tengah melayan Is kat halaman rumah. Mungkin baru lepas cabut rumput.
Seronok aku dapat berjalan. Aku terasa sedikit hidup. Kalau tak aku cuma duduk dalam rumah dan plaing-paling pun keluar sidai baju atau cabut rumput. Puas!
p/s:
update AVG Free dari semalam tak selesai-selesai. Nak sambung tengok cerita
line asyik bermasalah. Haha.