Pengikut

Saturday, March 10, 2012

Rentetan kisah anak tinggalkan ibu di hotel bajet~

Assalamualaikum warahmatullah.

Aku tak beli surat khabar. Terbaca kat blog Lady Winsor. 

Si anak dah beri feedback kat akhbar. Mungkin masih ada yang tak puas hati, tapi, cukuplah.

Kesusahan si anak tak siapa tau. Fikiran buntunya tak siapa tau.

Sama-sama kita ambil iktibar.

p/s: kadang, bila fikiran buntu kita boleh buat keputusan yang salah. Mungkin, ia akan buat kita menyesal seumur hidup, tapi mungkin itu jalan untuk kita berada di landasan yang betul.

The Sudden Feeling. Unbearable~

Assalamualaikum warahmatullah.

Just an entry to throw out this miserable feeling. Don't bother to read. I just want to write.

Left out. Again.

The only one. Left out.

No one waited for me on my father's funeral.
No one.

Left out. Again.

Enter together, but, I was left out. Stupidity.
Stay behind.

Left out. Like forever.

The only one left, not being employed.

People are stepping farther and farther away. Reaching their dream. While I'm still here.

Dreaming in a daylight.

The only one, left out. Always and forever?

I don't care if you people think I'm awful. Write through my feeling like it mater. 

I don't care anymore.  

p/s: Trying the best to hide this awful, full of sorrow and sadness face. I know my face change. I could feel it. But I hope no one notice. Hate being left out like I'm a total loser. 

Oh, God. Forgive me when I'm whine. I just...huh..

Jangan terkejut kalau Orang Asing jadi Petani kat Malaysia~

Assalamualaikum warahmatullah.

Pagi tadi sambil bersarapan pagi mak bercerita.

Mak ke rumah atok semalam. Ambil baja. Masa nak balik, atok pesan.

"Hati-hati jalan sekarang. Orang asing (*angl*d*sh) dah mula ada kat kampung ni. Ambik upah buang padi angin. Malam-malam jangan keluar."

Serius! Ini sangat serius, okay.

Kalau sebelum ni mereka penuh kat tapak pembinaan, aku tak terasa sangat. Tapi, pertanian pun diorang jugak??

Mula-mula ambik upah, lepas ni sewa pulak. Tak lama lagi, habis tanah petani jadi milik mereka. Sikit demi sedikit. Ambik upah je dah dapat sehari RM50. Kita memang tak boleh salahkan warga asing tu cari rezeki.

Apakah memang salah kita? Anak-anak muda mula keluar ke bandar mencari rezeki kat bandar, dan kerja pertanian kat kampung habis ditinggalkan untuk warga asing. Memang dah tak ada ke generasi pelapis yang sudi nak mewarisi tanah pertanian ni?

Hmm. Abang-abang aku sendiri berapa kerat je yang nak kerjakan kebun. Mujur ada jugak.

Bukan sikit anak muda kat kampung ni. Kalau setakat ambik upah sekali-sekala kat kebun atau sawah, dapat jugak duit tambahan di samping kerja utama, kan?

Mak aku cakap, kalau mak aku larat lah, mak aku tak kisah je ambik upah menyawit, menebas atau meracun semua tu. Uhuk!

Atau kita ni sengaja nak memajmukkan lagi Malaysia?

Aku? Err..Kerja kebun? Tak larat kot. Kebun sendiri pun dah berapa lama tak masuk. (Sejak peristiwa pacat bermaharajalela masa kebun dibajak. Bukan salah aku. Hee..Sekarang dah tak de pacat dah. Baru berani masuk :)  )

p/s: sejak bila aku sibuk dengan hal negara dan bangsa, aku pun tak tau. Dah tua besar rupanya.