Pengikut

Friday, February 8, 2013

Halal lah...~

Assalamualaikum warahmatullah..

Mencari yang halal itu fardhu..


Kadang-kadang aku terfikir, kenapa kita makan? Untuk apa kita makan?

Zaman sekarang ni, macam-macam makanan ada. Macam-macam jenis kedai makan ada. Kita boleh dapat makanan dari satu dunia.

Dengan pelbagai iklan dan publisiti yang ada, kita pun asyik teringin nak makan itu ini. Kita pun pergi makan kat kedai tu, kita makan kat kedai ni.

Selain tu jugak, kita dah makin ramai kawan-kawan bukan Islam. Bukan nak kata tak boleh kawan, boleh.

Tapi, bila kawan kita bagi makanan kat kita, dia kata, halal lah..


Persoalannya:

Berapa ramai yang betul-betul periksa kedai makan terkenal yang dia masuk tu halal? Tak ada jual arak, tak ada jual babi maka halal?

Berapa ramai yang periksa tanda halal kat makanan yang kawan kita bagi?

Berapa ramai yang periksa kat kedai mana kawan kita beli makanan?


Kenapa aku tiba-tiba tanya? Sebab aku dah periksa beberapa kedai yang terkenal dan ramai orang makan, aku tak jumpa nama kedai tu dalam senarai kedai halal JAKIM.

Sekarang ni, kita ada telefon yang smart, bila-bila masa boleh layari internet. Apa kata sebelum melangkah masuk ke sesebuah kedai makan, atau sebelum membeli sebarang produk, kita periksa dulu ada tak dalam direktori halal JAKIM.

Sebab mencari yang halal tu fardhu. Apa kita guna, apa kita makan jadi darah daging.

Susah nak tegur orang lain bab halal haram ni. Mereka kata, "halal lah. Ingat aku tak tau ke halal haram?"

Hmm.. Renung-renungkan.. :)

Laman direktori halal jakim.

p/s: Kembali kepada perkara asas.