Pengikut

Saturday, February 25, 2012

[Nukilan] Aku bukan Cinderella! ( I )

Assalamualaikum warahmatullah


Aku bukan Cinderella

                     Dia merenung ke luar jendela. Sawah yang terbentang luas benar-benar buat dia rasa kecil. Semakin kecil. Ya Allah, ini baru sebahagian kecil dari nikmat dan kurniaMu, bisik hatinya. Pak Ali sudah lama keluar ke sawah. Mak Yah ikut sekali hari ini. Nampaknya, tugas memasak berpindah kepada dia.

Haitnya meronta-ronta ingin lari dari kampung ini. Dia juga ingin ke bandar, ke kota besar dan mencari kepuasan hidup. Seringkali dia lihat di kaca televisyen, anak-anak kampung keluar ke bandar dan berjaya. Dia mahu seperti mereka, mengejar impian dan cita-cita. Dia sudah muak duduk di kampung. Dunianya terasa makin sempit sejak dia menamatkan persekolahan. Kalau dia dapat keputusan cemerlang dalam SPM, dia mahu keluar dan menyambung pelajaran ke bandar. Itu tekadnya. Saban malam dia berdoa, agar keputusan SPM yang keluar nanti menjawab segala permintaan dan impiannya. Impiannya sejak 10 tahun lalu.

“Indah, apa kau buat menung kat tingkap tu?” Tanya Chantek, adiknya. Penyapu di tangan di angkat, memberitahu Chantek dia sedang menyapu. Chantek menggelengkan kepala. Ada saja kakaknya menungkan. Penat membasuh baju, peluh kelihatan menitik di wajahnya yang putih. Indah menyambung menyapu rumah papan yang menjadi tempat dia dan adiknya berteduh. Tempat mereka menumpang kasih. 

Sejak mama dan babah hilang, Indah dan Chantek tinggal dengan atok dan neneknya. Mereka punya seorang abang. Tetapi, abangnya sudah lama bekerja dan meninggalkan kampung. Jarang sekali dia balik. Hanya tiap bulan, duit akan masuk ke akaun Indah dan Chantek. Namun, Indah bersyukur, sekurang-kurangnya abangnya masih ingat akan mereka dan tanggungjawabnya. Indah malu bergantung sepenuhnya dengan Pak Ali dan Mak Yah. Mereka sudah tua untuk diberi tanggungjawab menjaga cucu.

“Wei, dah la menung tu. Bila nak siap kemas rumah ni? Tak payah nak berangan jadi Cinderella la cik Indah sayang. Tak ada putera raja nak datang kat rumah kita ni ambik kau buat bini,” ejek Chantek.

“Sibuk la,” balas Indah sambil mencebikkan bibirnya. Mujur Chantek ada bersama dia. Kalau tidak, dia boleh jadi gila.

Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari. Indah dan Chantek sibuk menyiapkan hidangan makan tengah hari. Sekejap lagi, atok dan neneknya akan balik dari sawah. Kalau makanan belum siap terhidang, alamatnya mereka akan mendapat ceramah percuma dari nenek dan atok akan cuma ketawa.
Hidangan hari ini, ikan tilapia masak tau chu. Chantek pulak beria-ia mengidamkan masak lemak nangka. Dia yang beria, dia lah masak. Indah sudahkan masakan dengan menabur sedikit serbuk perasa. Sesetengah orang tidak gunakan serbuk perasa kerana tidak baik untuk kesihatan, tapi, Mak Yah tak  sedap makan kalau tak ada serbuk perasa. Pak Ali? Dia makan saja tanpa banyak cerita. Indah pun letak sekadar untuk syarat. Dia tak mahu atok dan neneknya sakit pula.

Pak Ali berjalan diiringi Mak Yah. Sesekali mereka mengelap keringat. Wajah mereka saban hari semakin dimamah usia. Dalam usia begini, mungkin orang lain akan duduk bersenang lenang di rumah. Tapi, tidak begitu untuk mereka. Mereka bekerja bukan untuk wang semata-mata, tetapi untuk menjaga kesihatan. Kalau diikutkan sawah mereka diuruskan oleh anak meraka, Idris dan Ismail.

“Assalamualaikum,” jerit Pak Ali.

“Waalaikumsalam. Atok ni, jerit macam la rumah ni besar sangat,” ujar Chantek sekadar menyakat.

“Yela, rumah atok ni buruk, kecik. Tak macam rumah mama dengan babah kamu.”

Chantek menarik tangan Pak Ali. Mak Yah cuma menggeleng. Chantek membawa atok kesayangannya duduk di meja makan, menghulur air basuhan tangan. Nasi sudah sedia terhidang. Mak Yah ikut duduk.

“Kotor-kotor macam ni kau suruh atok dengan nenek terus makan?” Tanya Indah. “Atok dengan nenek ni ikut la sangat kepala si budak perasan cantik ni. Kot ye pun, tukar la baju dulu ke, basuh tangan kat sinki guna sabun.”

“Wei, Indah. Atok dengan nenek dah lapar la. Kau tak habis-habis dengan jaga kebersihan kau yang terlebih teliti tu,” balas Chantek tak mahu kalah.

“Dah, dah. Nenek pergi tukar baju. Nenek pun dah berpeluh-peluh macam ni. Kenapa la korang hidangkan makanan cepat sangat. Kot ye pun bagi la atok dengan nenek mandi dulu, bersihkan badan. Bagi minum air dulu ke,” ujar Mak Yah pula.

Pak Ali bangun dan menunjukkan gaya tangan yang membuatkan Indah dan Chantek ketawa terbahak-bahak. Keletah Pak Ali cukup menghiburkan dua beradik yang hatinya penuh lara.

                        *                                     *                                           *

“Nenek, Chantek rasa la kan,” Chantek memulakan bicara. “Indah tu dah angau la. Hari-hari dia berangan, menung kat tepi tingkap. Tengoklah lukisan-lukisan dia tu, semua lukisan puteri raja ada kepak. Konon-konon puteri raja dari kayangan la tu. Berangan nak jadi Cinderella.”

“Chantek!” Jerit indah dari bilik.

Kedengaran ketawa berderai lagi. Tak habis-habis si Chantek menyakat kakaknya. Indah meneruskan tulisannya.

Aku impikan sayap
Sayap yang mampu membawa aku terbang
Aku mahu terbang ke negeri kayangan
Aku mahu hinggap di taman larangan
Aku.. (terhenti)

Dia meletakkan penselnya dan meletakkan kepala atas meja. Air matanya tiba-tiba mengalir. Kenangan mama dan babah menggamit segenap ruang hatinya. Ke mana mama dengan babah pergi? Walaupun masa itu dia cuma berumur lapan tahun, dia masih ingat dengan jelas peristiwa yang berlaku.

bersambung....

p/s: Masih mencari kekuatan. Mohon rezeki penuh keberkatan.

Inilah hidup~

Assalamualaikum warahmatullah

Aku ingin kongsikan dua cerita.

Cerita 1:

Adik aku telefon tadi. Katanya dia keseorangan. Kawan-kawan semua keluar. Dia takut dan tak berani ke mana-mana. Duduk dalam bilik dan telefon pun cakap perlahan je.

Dia kata, semalam makan sandwich je. Sardin pun dah habis. Hari ni, entah makan apa.

Aku cakap dengan mak, suruh dia belajar keluar. Kenal tempat, belajar naik train. Katanya, semalam dah keluar. Duit mungkin dah sikit. Zakat belum lagi berikan elaun yang dijanjikan. Mungkin masih dalam proses sebab kumpulan pelajar tajaan zakat bakal masuk.

Inilah dugaan nak belajar. Walaupun aku tak lah alami perkara yang sama, aku turut pernah alami kesusahan masa belajar. Aku pernah seminggu makan maggi dan berseorangan dalam bilik. Bilik air kat luar, takut tak payah cerita lah.

Sekurang-kurangnya adik aku, bilik air dalam bilik jugak. Sabar je lah. Aku kesian sebenarnya, tapi, aku belum mampu nak tolong. Kalau aku dah kerja dekat-dekat sana nanti, hari minggu kau turun la rumah kakak, ye? Kau duduk lah puas-puas.

Cerita 2:

Mak aku cerita tentang anak jiran. Sebaya adik aku kat atas. Dia memang budak pandai, dan cita-citanya nak jadi juruterbang. Walaupun dah masuk matrik sekejap, tapi dia keluar sebab dia memang sangat-sangat nak jadi pilot.

Dia dah belajar sekejap, tapi, terpaksa keluar sebab tak ada tajaan. Dapat separuh mak aku kata. Mungkin dah tak mampu nak tanggung, maka, dia terpaksa berhenti suku jalan.

Namun, dia tak berputus asa. Sekarang ni, dia bekerja dengan Score A, nak cari duit untuk dia belajar nanti. Dia memang sangat rajin. Bila balik kampung dia akan tolong mak ayah menyawit, kerja kebun. Aku tahu, dia anak yang baik dan bercita-cita tinggi.

Dengarnya, dia masih nak cuba cari lagi biasiswa. Aku doakan dia dapat mencapai cita-citanya.

Aku beruntung dapat biasiswa. Alhamdulillah.


Bukan senang nak senang, dan ada ketika dalam hidup kita kena belajar menerima perubahan dan berubah demi menyesuaikan diri dengan keadaan. Semoga dengan kesusahan yang dialami sekarang, kita akan senang kemudian.

Tapi, jangan lupa. Jangan mudah kita nak cari rezeki kat dunia hingga mengundang bala di akhirat nanti.

p/s: Aku masih berkira-kira dan mempertimbang. Aku masih mengharap supaya mendapat rezeki yang diredhai. Klik la churp-churp kalau sudi. Terima kasih.

A confirmation that took part of my soul~

Assalamualaikum warahmatullah

Baru berjaya buka akaun FB dan aku menerima mesej balas dari kenalan rapat sahabat tadi,

"ye, Indah dah takde. takkan nak main-main pasal kematian?"


Maybe he's mad with my question and that I didn't believe the news. How can I believe? I just couldn't imagine her.....passed away?


My head is throbbing in pain now. The tears feel like falling and my heart ripped apart. I know as a believer I should accept this, but this is no simple matter. She was a very special friend. She still is.


We never met each other, but we linked somehow.


I guess Allah loves her more. Allah took away all her pain and let her rest with her momma.

Ya Allah,

sungguh Kau telah membawa dia kembali ke sisiMu,
lenakan dia dalam pembaringan
amankan dia dalam jagaanMu
letakkan dia bersama para solihin
seindah namanya..

Amiin...

p/s: ye, aku emosional. She's one in a million, okay?

Pening kepala aku~

Assalamualaikum warahmatullah

Sejak dapat perkhabaran pagi tadi, kepala aku pening. Banyak yang aku ingat dan fikirkan. Entah kenapa, aku masih mahu kepastian.

p/s: Ya Allah..tunjukkan aku sesuatu..

Innalillahi wa innailahi roji'un. Seseorang, sila khabarkan pada aku~

Assalamualaikum warahmatullah

Pagi ni aku dikejutkan dengan berita seorang kawan lama telah meninggal dunia.

Aku perlukan maklumat dari ahli keluarga.

Aku bukan cuba menafi, tapi ini terlalu tiba-tiba. Kami masih belum bertegur setelah bergaduh lama.

Ya Allah, sekiranya berita ini benar Kau tempatkanlah dia dikalangan orang beriman, dan aku maafkan segala kecil hati aku pada dia. Aku juga mohon semoga dia telah memaafkan aku.

Amiin.

p/s: Masih mencari-cari cara hubungi keluarga dia.


Updated: Status seorang yang rapat dengan dia-

"Al Fatihah buat Indah yang telah kembali menghadap Illahi." (modified status)

Ya Allah..

Dear,

walaupun kita masing-masing ego, tapi saya selalu ingat kamu. Saya akan rindukan suara kamu yang comel bila kamu telefon saya. Ingat suara kamu bila kamu ketawa. Ingat masa-masa kita habiskan bersama dalam YM.

Saya takkan lupa, kamu kata, kamu suka YM dengan saya sebab kamu sentiasa ketawa sorang-sorang bila YM dengan saya.

Banyak. Banyak sangat cerita kita dan kesedihan kamu yang saya tau. Tentang kesihatan kamu, tentang keluarga kamu, tentang arwah mama kamu.

Emosi saya yang memuncak masa tu membuat kita jadi dingin. Kita musnahkan semua saat gembira tu sekelip mata. Saya terlalu merasa rendah bila berkawan dengan kamu. Dan kamu sangat kecewa.

Dan sekarang Allah telah menjemput kamu.

Biarlah ini jadi pengajaran buat saya untuk lebih menghargai mereka yang saya ada.

Saya selalu ingat kamu, Indah (tak sangka pemilihan nama Indah dalam cerpen saya adalah di saat kamu pergi).

Saya sayang kamu. Harap kamu tau.

Semoga Allah letakkan kamu di kalangan orang-orang yang beriman.

Amiin.

Lebih kurang macam ni la gaya dia dalam gambar ucapan hari raya tahun lepas~



You'll always be in my heart and my prayer, dear~