Pengikut

Tuesday, September 27, 2011

Pekerja runsing, anak bingung~

Assalamualaikum.

Hari ni hari Selasa kan? Entah kenapa kepala aku pening betul hari ni. Pagi-pagi lagi mak dah tanya cuti bila. Maklumlah dah nak kenduri- majlis perkahwinan abang aku yang ke-4.

Hujung minggu ni dah kena iring pengantin ke Pahang. Minggu depan dah kenduri kat rumah sini. Mak dah suruh cuti awal sikit nak kemas-kemas rumah. Aku dah malu mintak cuti kat "kakak". Asyik cuti je dah bulan ni.

Walaupun aku dah beritahu "kakak" awal-awal, entah kenapa sebagai pekerja aku rasa susah hati dan tak senang. Tapi, aku kena mintak cuti jugak. Tadi, masa mesej mintak cuti kepala aku dah berdenyut-denyut je fikir. "Kakak" marah ke? Tak apa ke aku mintak cuti banyak-banyak macam ni? "Kakak" siap tanya aku kerja sampai bila. Dia tak sabar nak aku berhenti ke, atau nak bersedia ambik pekerja baru je?

Kalau aku tak mintak cuti, pengsan la mak nak mengemas sorang-sorang. Mana ada orang lain dah. Adik aku sah-sah la sekolah. Yang lain kerja.

Ni lagi satu hal. Mentang-mentang status aku pekerja sementara, boleh aje suruh aku mintak cuti entah bila-bila. Orang lain tu, ada siap kerja dengan pakcik sendiri, abang aku nak ke Pahang pun tak dapat cuti. Aku ni kerja dengan entah siapa-siapa, bos tu tak ada kaitan pun disuruh mintak cuti. Hati aku ni serba salah la jugak.

Ditelan mati anak, diluah mati bapak. Pening kepala aku. Nak berhenti tak ada sesiapa pun nak kasi duit, tak berhenti rasa bersalah duk cuti saja. Cepatla saat kesibukan ni berlalu.

Aku dah kerja betul nanti, takkan nak aku cuti sesuka hati lagi? Cepatlah dapat kerja. Runsing dan tak tenang dah jiwa aku ni. Sakit otak.

Hati Emak~

Assalamualaikum

Pagi ni memang dingin. Hujan lebat malam tadi disusuli blackout. Entah pukul berapa bekalan elektrik kembali pulih.

Akhir-akhir ini, aku tengok semakin banyak kes-kes penganiayaan, terhadap orang tua bahkan kanak-kanak. Ada ibu bapa yang dibuang begitu je. Itu kan orang yang membesarkan kita.

Memang semakin meniti usia, mereka ni akan kita rasakan semakin berubah perangainya. Mereka semakin sensitif. Tapi, apa salahnya? Selama ni, nangis manja kita mereka layan dan tempuh sampai kita dewasa. Sihat. Kenapa karenah mereka kita tak mampu nak hadapi?

Mereka mendambakan kasih sayang kita, sama macam anak-anak perlukan kasih sayang ibu bapa. Mana manusia tak perlukan kasih sayang?

Sepanjang pengamatan aku, mereka tidaklah cuba menyusahkan anak-anak. Marah, berkecil hati macam mana pun, anak tetap didahulukan. Tapi, kenapa anak-anak tak boleh mendahulukan ibu bapa? Aku pun tertanya, berapa kali aku menentang permintaan mak?

Hati ibu yang semakin tua, memang jelas semakin rapuh. Mereka semakin keletihan menghadapi pancaroba dunia. Hati mereka itu juga semakin tua. Kasihanilah mereka. Mereka cuma mengharap yang terbaik buat anak-anak mereka. Mereka mahu anak mereka "hidup". Benar-benar hidup. Bukan sekadar bangun pagi bernafas dan kemudian malam tidur setelah perut kenyang terisi.