Pengikut

Monday, June 20, 2011

Bila Budak Lena~

Assalamualaikum

Hehe. Lega tengok budak2 ni tidur. Senang hati sikit. Kalau tidak tak mungkin aku boleh online kat bawah ni. Cuma kena tengok2 si Isq ni la. Dia susah nak lena tidur. Kejap2 terbangun. kalau tak rajin tepuk2 dia, 5minit je la dia tidur. Sambil peluk bantal busuk dengan pacifier dia, gerak sana sini. Ni, dia dah tidur lebih dari 1/2 jam. Kira aku dah berjaya la dalam menidurkan budak kecik ni. Bangga kejap.

Selama ni, kalau ada kenduri kahwin, aku tengok kawan2 aku selalu pakai inai, walaupun cuma dua jari. Aku pulak, aku takkan pakai sebab peraturan kata tak boleh pakai inai dalam wad selain dari diri sendiri yang menikah ataupun bertunang. Maka, dengan skemanya aku tak pakai.

Semalam, adik aku bawak la inai dalam tiub satu, maka, aku pun apa lagi; menconteng arang di muka la. Tak lah, aku menconteng2 kuku aku konon2 nak buat corak yang cantik la, tapi buruk jadinya. Dah macam2 samseng jalanan je rupa jari aku ni. Bila lah nak hilang, rasa menyesal dah.

Disebabkan kebosanan yang berganda2, selain menghabiskan masa dengan budak kecik, baca buku2 yang aku beli, menonton drama dan meng"online"kan diri, aku telah pun mengasah bakat menggunting rambut aku. Aku paling suka menajamkan skil memotong rambut. Sampai mak aku marah, sikit2 potong rambut. Nanti, aku nak cuba pujuk adik aku jadi bahan experimen pulak lah. nak try repair rambut dia- dia pun potong sendiri jugak, ok je aku tengok.

Oh ye. Petang ni nak pergi bank. Masukkan duit tabung aku. Seronoknya lah. Aku paling suka menabung sebab akhirnya nanti aku akan ada duit yang banyak dan boleh bawak duit tu ke bank. Kali ini aku cuma dapat kumpul RM111.40. Korang menabung tak? Kalau menabung, janganla tukar duit kat kedai, nanti kejap je habis. Apa kata masukkan kat bank jugak. Aku masukkan ke Tabung Haji, sebab aku takkan keluarkan duit dari situ. Kira selamatlah duit tu dari dibelanjakan nanti.

Hari ini, ada pasar sebenarnya. Kalau lah dapat pergi ke pekan naik basikal atau jalan kaki, atau ada public transport kan senang. Dah terbiasa kat KL, tak payah risau tentang transport, kat rumah ni dah "patah kaki" aku.

Ok lah. Itu saja. Bila la aku nak cari kerja sambilan ni? Aku pun tak pasti. Result pun tak keluar2 lagi. Entah bila nak keluar ni. Nak mohon kerja pun susah.

Ok lah. adios amigos..

Hari-hari Seorang Penganggur 3


19 Jun 2011

Sekali lagi, di kala pagi aku suruh adik perempuan aku buat kerja2 rumah lebih sikit. Haha. Aku Cuma basuh dan sidai baju je. Lain2 dia yang buat. Tapi, bilik kitorang tetap aku jugak yang kemas. Nak harap dia, berjanggut la.

Lepas selesai tolong mak aku masak (konon la – aku masak sayur “masak air” @”jangan bening” je pun), aku pun makan dan meneruskan perjalanan. Tak ada lah. Aku temankan mak aku pergi melawat Ain- isteri sepupu aku- kat hospital. Sampai kat sana semua ahli keluarga pakcik aku pun ada kecuali seorang. Diorang bukan ramai, adik beradik 3orang je, semua lelaki.

Berbotol2 air @normal saline dah masuk kat badan Ain tu. Hari ni pun belum boleh discharge keluar. Lepas tu, mak aku ingatkan kat Addy- sepupu aku- tentang pengurusan janin dia. Masing2 tak perasan kot. Cumanya, tak tahu umur dia berapa bulan. Entah kenapa doctor tak cakap apa2 bila ditanya. Confuse aku, kat mana letaknya “patient’s rights”?

Dengarnya, janin yang sebenar yang dah keluar masa kat rumah. Yang tinggal dekat hospital tu, aku tengok la, macam placenta @ uri je. Entahla. Tapi, dah senyap je, diorang dah uruskan la kot.

Balik semalam singgah kedai beli barang sikit termasuk kain untuk buat langsir. Aku mintak mak aku buat langsir baru yang comei sikit dan singkat sikit. Langsir yang ada ni berjela sangat, semak ras bilik aku. Bila balik, adik aku tengok kain tu, dia cakap, kerasnya kak..?? Weih, ko ni, mana la kakak tau apa2 pasal jenis kain.

Malam, aku masuk tidur awal. Bagus jugak abang aku pergi pasar malam balik dalam pukul 9.30pm adik aku kejutkan aku. Aku tak solat Isyak lagi masa tu. Disebabkan aku dah join mereka2 makan rojak, terpaksa la aku tidur lewat sikit lepas tu, kolesterol la.

Sejak beberapa ketika masa nak exam Lembaga Jururawat hari tu, aku jaid sedikit “health conscious”. Semua pakat duduk ngutuk aku je bila aku sebut tentang2 benda2 kesihatan. Adui la. Oleh kerana sebab aku tak besar mana tak bermakna risiko ada kolesterol tinggi dalam darah @ hypercholesterolemia. Konon2 aku risau la ni.

Ok lah. Nak kena meninggalkan tapak dah. Budak kecik dah bangun tidur @ 20Jun2011.

Adios!!