Pengikut

Saturday, March 3, 2012

Perompak terlampau!

Assalamualaikum warahmatullah..

Entry ni aku tulis untuk mengingatkan supaya berhati hati. Baca kes benar di bawah untuk mengetahui kaedah tipu muslihat mereka.


Kes 1:

Pemuda: Assalamualaikum. Wak, saya ni nak mintak sayur sikit.
Wak: Waalaikumsalam. Alah, wak ni dah tua. Pergi la ke belakang tu cabut sendiri.

(Wak ke dapur ambil pisau)

Pemuda: (Diam-diam masuk ke rumah.)
Wak: La.. Kau diam-diam dah naik rumah rupanya.
Pemuda: Saya nak buang air la wak. Tak tahan ni.
Wak: Ye lah. Wak ambikkan pisau ni, nanti kau ambik la sayur sendiri ye?
Pemuda: (Hilang dari pandangan dan keluar beberepa minit kemudian.) Tak jadi la wak. Saya tak boleh la buang air kecil kat rumah orang.

Pemuda balik. Wak masuk rumah, tengok semua bersepah. Rumahnya baru saja dirompak!


Kes 2:

Tengah hari Jumaat.

Lori mencari besi buruk berhenti depan rumah. Tuan rumah dipanggil tapi tak dilayan.

*Lelaki 1= India

Wak: Tak pe lah. Tak payah. Aku tak nak jual besi.(Terus duduk dalam bilik air.)
Lelaki 1: (Masuk ke rumah tanpa diundang). Saya ambik besi dengan zink kat luar tu ye. Wak lelaki mana?
Wak: Pergi sembahyang Jumaat la. (tipu, dia sebenarnya sudah lama kehilangan suami)

Lelaki 1: Wak, ada ular kat bawah zink ni.
Wak: (Keluar dari bilik air) Mana?
Lelaki 1: Oh, saya dah bunuh dah. Jom ke depan jalan timbang berapa banyak besi dapat.
Wak:(Ikutkan saja)
Lelaki 1: 5kg. Nah RM1.
Wak: (Takut dan terima dengan pasrah)

Seorang lelaki Melayu sedang bergayut dalam telefon. Tiba-tiba seorang kawannya keluar dari rumah wanita tua tersebut.

Wak: La..kau dah masuk rumah aku rupanya.

Mereka cepat-cepat pergi. Wak masuk rumah. Habis semua periuk belanga yang besar dan duit diambil. Beberapa hari selepas itu, baru dia tersedar, rumah atas juga dah dimasuki dan barang kemas, habis!

Sebelum pulang mereka ada berkata: Nanti Jumaat saya datang lagi. (!!!!)

Laporan polis tak dibuat serta merta. Si anak cuma pujuk ibu dengan bawak jalan-jalan ke pasar malam. Duit tak boleh dapat lagi kalau report pun katanya. (Ya Allah. Fikir demi sendiri je ke? Keselamatan? Kemudian hari?)

Kes 3:

Lelaki muda (India): (Turun dari lori) Besi buruk ada? (Dah nampak la tu zink banyak, basikal tepi rumah.)
Makcik: Takde. Takde!
Lelaki muda: Itu ada sana. Saya ambik.
Makcik: Takde. Tak nak jual. Tak jual. (Bercakap hanya melalui tingkap. Pintu terkunci)
Lelaki muda: Nanti malam2 saya datang bawa lori saya ambik semua! (Ugut!)
Makcik: Datangla kalau berani! Saya report polis! Datanglah. Saya report tau la. Saya telefon polis terus! (Kembali ugut)

Makcik berdebar-debar bila malam tiba. Alhamdulillah, mereka tak datang.


*************************************

Memang melampau! Merompak dengan menjadikan wanita tua sebagai sasaran. Wak di kes 2 dah kena berkali2. Ada kes lain lagi yang jadi. Ni la buat aku tak nak tinggalkan mak kat rumah sendiri bila siang. Tapi, mak pulak risaukan aku anak perempuan dia.

Berhati-hati bila kat rumah. Jangan percaya kat orang yang tak kenal. Tengok-tengokkan ibu kat rumah. Jangan ambil ringan kes macam ni. Takut!

Malam-malam ada jaga kampung- orang-orang muda, tapi, dia sekarang bertindak siang!

Liyana Izzati~

Assalamualaikum warahmatullah

 Liyana Izzati,

Nah ni doodle. Haha. Lama dah mintak tak buatkan pun, ye? Sebenarnya memang dah ada dalam planner. Cuma nak membuatnya belum ada idea.


So, doodle ni cuma tiru gambar dekat blog tu je. Cuma saya tukar warna hijau baju tu. Ok, kan? Baju tu kotak-kotak tau. Kena tengok betul-betul. Kalau tak nampak tu....jeng jeng..

Tak banyak yang aku boleh cakap pasal Liyana Izzati melainkan aku rasa dia ni cool je orangnya. Kakak sulung daripada 5 adik beradik perempuan. Adik dia, Ardini Izzati juga seorang blogger (Dia kata, kakak dia ternak singa kat rumah).

Kalau kamu semua berpeluang, dapatlah tengok gelagat dua beradik ni saling berbalas entry. Menarik kot, sebab adik-beradik kalau ada peluang kenakan satu sama lain memang best.

updated (remove link supaya senang Liyana Izzati nak ambik)

p/s: Nak kena cepat-cepat out. Kerja rumah tak siap lagi.

Tak jadi ke?

Assalamualaikum warahmatullah.

Tumpang tanya, tak jadi macam ni ke blog saya?

Alamak. Baru nak seronok.



Background cuma ada garisan biru. Latar belakang putih. Tak jadi macam ni ke?