Pengikut

Monday, March 19, 2012

Maklum balas [ Tak larat dah.. @_@]

Assalamualaikum warahmatullah.

Terharu pulak masih ada yag sudi berkunjung walaupun lama dah tak blogwalk. Lama la sangat.

Qada' tidur. zzzZZZZ

Tak payah percaya kalau aku cakap tak nak tidur. Nak sambung la jap lagi ni. Haha. Siap dah kerja. Tapi, memang amatur punya hasil lah. Harap makcik aku terima je. Segan kot sebab dah dapat duit.

Petang ni, dia datang la ambik laptop ni. Kalau dia nak edit-edit boleh aku buat nanti je lah. Tanya pendapat dia dulu.

Makcik cakap, ada kawan dia buat kerja ambik upah buat assignment semua ni, dapat gaji ribu-ribu jugak. Tapi, aku rasa tak seronok sebenarnya. Macam tak jujur je. Ni pun sebab makcik aku yang mintak. Nak tau jugak apa hukumnya. Huhu. Was-was la pulak. Errr...

@Yana Libra- Kalau setakat cikgu ganti, boleh la. Nak jadi guru sandaran, macam tak minat. Memang tak minat langsung lah senang kata kalau jadi cikgu ni.

Tak tidur~

Assalamualaikum warahmatullah.

Jam pukul 4.54am.

Mata dah mengantuk. Kepala dah pusing. Baru siap kerja makcik aku. Kena la buat bersungguh-sungguh mengikut kehendak dia. Dah dapat pendahuluan. Rasa macam biul je.

Masa student dulu pun, aku tak la segigih ni nak buat assignment. Duit punya pasal la ni.

Kalau aku tidur, takut tak bangkit Subuh je. Semalam pun pukul 4 baru tidur. Memang liat la nak bukak mata pagi tadi.

Lapar. Menggeletar. Padan muka, siapa suruh tak makan nasi. Rasa nak makan je sekarang, tapi, nanti mak terjaga terkejut pulak dengar aku bising-bising kat dapur.

Nak landing-landing dengan harapan tak terlelap.

Maaflah ye. Aku tak blogwalk la beberapa ketika. Esok pulang laptop dah. Uhuk. Sedih jugak la.

Entry Ringkas Padat - Bukan Tips Blogging~

Assalamualaikum warahmatullah.

Saja nak cerita pendek.

1. Malam tidur pukul 4pagi siapkan kerja buku cerita kanak-kanak makcik.

2. Pokok kelapa sawit tumbang belakang rumah. Mujur tak kena dapur.Alhamdulillah.

3. Buat laksa. Tolong je. Kak ipar yang buat - sebaya. Tadi tengok dia, "patutlah dia dah kahwin dan bukan aku" Hee..

4. Mak buat ketuk ubi. Banyak dah makanan. Aku tak makan nasik langsung? Wah wah.

5. Makcik datang mintak aku siapkan kerja sebelum esok petang. o_O dah tanya pendapat tentang hasil yang dia nak. Boleh dia suruh aku ambik KPLI? Jiwa aku tak boleh terima. Kesian kat anak murid. Serius aku tak boleh mengajar.

6. Adik aku balik tiba-tiba (abang aku la bawak). Lucu bila dia turunkan buku BM ting. 6 dia kat makcik.

7. Kecoh. Bercerita dengan abang, adik, sepupu.

8. Hmm. Mak dah sakit badan urut orang sampai 3orang semalam. Tapi, tadi mak urut orang jugak lagi. Bukan aku nak suruh mak tolak rezeki, tapi..badan mak yang tak tahan.

9. Ada suami orang yang mak urut mintak nak urut jugak!!!???? What??!! No way! Mak aku cakap tak pandai urut laki. Atok aku kan lelaki. Pergi la mintak urut dengan atok. Mak aku bukan tukang urut. Dia tolong je sikit-sikit. Tak reti nak tolak.

10. Berharap kerja cepat, dapat kasi duit kat mak, tak payah mak urut orang dah. Aku bayar berapa diorang kasi kalau mak stop. Siapa la yang sebarkan kat orang kampung mak aku ni pandai urut? Korang takkan datang mintak urut kan? Aku tak kasi.

Esok pulang laptop. Ok, adios. Jumpa lagi, insyaAllah. Hehe.