Pengikut

Sunday, February 12, 2012

Kenangan Terindah (edisi gambar)~

Assalamualaikum warahmatullah..

Air kelapa segar dari ladang

Air sirap je

Bihun - takkan tak kenal

Ok, presentation tak cukup bagus.

Sotong goreng tepung

Telur dadar yang tak comel - menu WAJIB abang aku

Timun je nampak cantik sikit

Tomyam
Makan sampai kenyang. Hahah. Makan ramai-ramai memang best.

Lepas tu sambung pulak kisah-kisah lama. Pergh..

Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”
 
(al-Bukhari)


p/s: Dalam suka ada duka, dalam bahagia ada kecewa. What ever! Ha'a. Mood tak bagus walaupun hari ni dah rasa best. Banyak ketawa banyak nangisnya, orang kata. Tak la menangis pun, dalam hati je. Hehe.

Kenangan Terindah~

Assalamualaikum warahmatullah.

Alhamdulillah. Hari ni, mood aku jadi lebih baik. Kenapa? Ingat tak rahsia yang aku katakan beberapa hari lalu? Hari ni dah terbongkar! Walaupun aku dah tau. Kui kui kui.

Hari ni ada sikit makan-makan. Aku ikutkan aje. Tolong. Diorang sibuk la cakap konon-konon sebab adik aku dah nak pergi esok. Buat makan-makan sikit. Ala, aku tau korang nak sambut hari jadi aku. Heheh.

Lepas makan keluar lah kek hari lahir aku dan adik aku. Kongsi. Jimat.

Aku tak mampu buat muka terkejut sebab aku memang dah agak. Maklumlah, tiap hari lahir memang buat. Heheh.


Kena jugak secalit kek kat pipi. Cait. Abang aku ni balas dendam la ni.

Lepas makan, duduk borak-borak. Abang aku pulak cerita pasal gambar dulu-dulu. Akhirnya, abang aku pergi rumah pakcik aku ambik album gambar lama dan kitorang pun belek-belek.

Ok, memang lucu tengok gambar lama. Gambar aku tak banyak, sebab kebanyakannya gambar lawatan sekolah. Abang aku selalu ikut pakcik aku, tu yang banyak. Aku mabuk, tak dapat ikut.

Lepas tengok album, cerita pulak kisah-kisah lama. Ketawa lagi. Adui, aku yang mengantuk tak jadi tidur. Sedar-sedar dah Asar. Aisyeh.

p/s: Akan sambung kemudian. Sebab belum rajin nak tulis, gambar pun belum sort out.

Ketandusan Idea~

Assalamualaikum warahmatullah.

Ye, aku dah ketandusan idea beberapa hari ni. Belum ada apa-apa yang menarik berlaku yang boleh aku kongsikan. yang ada cuma sedikit negativiti yang membalut perasaan aku. Jiwang!

Ada je beberapa idea sebenarnya. Tapi, aku tengah takde mood nak menulis dan memerah idea untuk mengolah ayat. What so ever.

Nah, aku sajikan dengan gambar yang aku lukis pagi tadi selepas Subuh (Ha'a, macam tak ada kerja lain).



Insan Terpilih~ :Saat yang tidak terluah.

Petang itu, Nina dan Aqil berjanji menghantar aku pulang. Tapi, mereka perlu menyelesaikan beberapa perkara. Aku cuma mampu senyum dan mengangguk.

Hari kian malam. Aku resah menunggu Nina dan Aqil. Mereka masih di luar rumah membasuh periuk belanga. Maklumlah, pasangan pengantin baru. Sesekali aku menjenguk dari luar tingkap bilik. Bilik pengantin mereka. Malam tadi, di sinilah aku dan Nina menghabiskan masa, berbual dan bercerita kisah-kisah lama.

"Aku akan rindukan kau, Nina," kataku. Nina pegang erat tanganku. Dialah sahabat terbaik yang pernah aku miliki. Tuhan menhantar dia kepadaku saat aku amat memerlukan seorang teman. Mustahil aku rosakkan persahabatan ini, jauh sekali kebahagiaan Nina.

Lamunanku terhenti sebaik melihat kelibat Nina dan Aqil. Mereka masuk ke bilik. Aku? Aku duduk di tepi pintu bilik, bersandar di tepi dinding. Saat itu, hati ku luruh. Namun, aku cuba tidak menghiraukan perasaan itu. Banyak mata sedang memerhati. Ahli keluarga Nina berbual di satu sudut. Entah apa mereka bualkan. Aku pura-pura tak ambil endah.

Lamanya! Getus hatiku. Aku perlu pulang ke rumah. Hari semakin malam. Mereka lupa tentang aku? Mahu saja aku menangis di situ, saat dan ketika itu. Aku tahankan lagi. Ya Allah. Apa yang aku lakukan? Aku patut pulang saja tadi ketika hari masih siang.

Aku pura-pura masuk ke bilik air. Aku menarik nafas panjang. Agak lama aku mengurung diri di situ. Telefon bimbitku sudah hampir kehabisan bateri. Ingin saja aku menghatar mesej kepada Nina. Tapi, segannya aku. Aku keluar dan bersandar semula di tepi dinding.

Satu jam berlalu. Peluh membasahi aku. Aku kepenatan seharian membantu Nina, dan kini aku terbiar sendirian bersandar di tepi dinding bilik pengantin. Sadis dan memualkan!

"Wei, kenapa tak balas mesej aku?" Tanya Aqil yang tiba-tiba keluar dari bilik.

"Lama ke tunggu? Aku sakit perut. Masuk angin. Seharian aku tak makan," ujar Nina.

Aku bangun dan masuk ke bilik. Aku ambil beg pakaian dan keluar. Aku pandang mereka, dingin.

"Hantar aku balik. Kalau tak, aku ambik teksi je. Kalau ada, " aku tak mampu lagi meneruskan kata-kata.

Malam itu, dalam kereta, Nina dan Aqil rancak berbual. Aku diam. Tinggal beberapa meter saja lagi dari rumah, hatiku mula sebak. Aku tak mampu lagi menahan air mata. Ia mengalir. Aku panggil Nina.

"Awak, berhenti kat sini. Saya nak cakap dengan Lara," ujar Nina kepada suaminya. Ye, suaminya. Lelaki itu kini suaminya.

Aqil berhenti dan keluar dari kereta. Sebelum Nina melepaskan tangannya, dia dakap aku erat dan meminta maaf. Aku tak mampu berkata apa-apa lagi. Kami menangis. Telefon aku habis bateri, aku rasa sangat sunyi, Nina. Tapi, aku segan nak ketuk pintu bilik kau. Aku lapar. Kata-kata itu tak terluah.

"Ya Allah, lindungi sahabatku. Sayangi dia dan jagalah dia. Tabahkan hatinya. Bimbinglah dia dalam hidupnya," ujar Nina sambil memelukku. Hati aku semakin sayu.

Setengah jam kemudian, mereka menghantar aku pulang. Aku biarkan Nina pergi dengan senyuman di wajahku. Senyuman terbaik yang aku mampu ukirkan saat itu.

p/s: Konon-konon cerita ni adalah moment yang tak tercerita dalam cerita sebelum ni. :)