assalamualaikum..
heheh. ape la aku nak citer hari ni..jeng2..
korang pernah tak terlanggor dinding ke, tersepak batu ke, terlanggor pintu ke, terlanggor orang ke pastu jadi citer hindustan eh, terambik hanset jatuh, eh terpandang, eh, terjatuh cinte... tuutttttttttt.... siaran tergendala.
tu bukan benda yang aku nak citer. aku nak citer soal, ape yang korang cakap bila peristiwa kat atas jadi kat korang??? - tolak citer hindustan tu ye..
well.. aku la, kalau terlanggor je, aduh @ aduii.... @ aduh, sakitnye, @ kurang asam tul *&&%&&*$# (=_='')! kalau tersilap, mak! terkejut, opocot!!
ish2.. korang tau tak??
"Tiada seorang muslim yang ditimpa kesakitan, melainkan Allah akan menggugurkan segala kesalahannya, sebagaimana dedaunan pepohon yang berguguran" - HR Bukhari
Caacanng!! Tengok tu. Allah nak kasi chance kurangkan dosa tu. Tapi ape yang kite buat? Mulut ni laju je, nak memaki lah, mengutuk lah. Ish2..
Terkena sikit, Aduh!! Aku la ni. Maklumlah keturunan melatah. Mulut laju je. (Alhamdulillah so far tak de la mencarut .. mintak jauh le..)
Ada satu lagi (ada banyak lagi sebenarnya..aku share satu lagi je la)
"Tiada suatu yang menimpa seorang mukmin pada jasadnya yang menyebabkan ia sakit, kecuali Allah SWT telah menghapus darinya segala kesalahannya"- HR AhmadSo?? What to do?? Pasni, kalau la terlanggor ke, tersadung ke, tak yah mulut tu laju je. Fikir sat pastu boleh la cakap - cadangan aku la- Astaghfirullah.
Sebab masa tu, cam tersedar la ada la dosa yang Allah nak kasi chance hapuskan ni. So, kite istighfar tanda bertaubat. Dah la dapat hapus dosa, dapat pahala sebab istighfar. Kalau berkeluh kesah- kosong je la.
Dah la nak bertaubat tu, nak teringat silap2 tu entah berapa kali je sehari pun, dah dikasi chance kalau lepas gitu je, rugi woo..
Al-Hafizh dalam kitab Al-Fath:
" Sesungguhnya suatu musibah itu jika disertai dengan kesabaran, maka akan memperoleh penghapusan dosa dan peningkatan darjat.
Apabila tidak disertai kesabaran, hanya memperoleh keluhan berupa perkataan atau perbuatannya sahaja."
So? JANGAN LEPASKAN PELUANG!!
p/s: Teringin je nak sampaikan benda2 ni kat patient kan? Tapi, nak cakap benda2 biasa pun tak mampu lagi. Patut adakan ceramah2 atau slot2 khas untuk pesakit kat hospital ni. Untuk cakap benda2 gini. Pengisian rohani.
Kata nursing tu kan holistik.. Patut benda2 ni duk ada kan? Hmm..
Adios. ~
References: Sakit Sebagai Penebus Dosa: Susunan Khairul Ghazali