Pengikut

Saturday, August 6, 2011

Masa berlalu~

Assalamualaikum..

1. Mak dah tengok rupa jalan TAR.

Alhamdulillh. Khamis hari tu kitorang bawak mak jalan-jalan. Akhirnya mak tengok rupa jalan TAR. Tapi, mak tak beli apa-apa. Awal-awal puasa ni harga susah nak runding. Sikit je potongan dapat. Aku, adik-adik aku dengan Is dah dapat baju raya. Balik tu, sampai rumah nak dekat 1 pagi. Penat dan mengantuk. Itu baru pergi setengah hari. Malam tu pulak Bizam dengan Kak Na beli kek sambut birthday mak- 5 Ogos. :)

2. Gaji pertama.

Semalam aku dapat gaji pertama. Sehari RM16 kast situ. Katanya bila aku dah lebih pandai boleh naik gaji. Alhamdulillah. Aku boleh kasi duit kat mak- hadiah untuk bayar baju raya- upah orang buat sebab mak tak beli apa-apa kat Jalan TAR kelmarin. Cumanya, lepas tau aku dapat gaji mak suruh aku berhenti pulak. Aku diam aje. Tak tau nak cakap apa. No comment.

3. Kawan kedua dapat kerja nurse.

Seorang kawan aku dah dapat kerja kat Penang. Congratulations. Jelesnya aku.