Pengikut

Saturday, April 23, 2011

Diam atau Luahkan je?


Assalamualaikum

Korang mesti pernah rasa geram kat seseorang kan? Kalau tak pernah aku tabik spring la kat korang.

Orang selalu kata, sabar.. dan orang ada jugak kata, Sabar pun ada hadnya..

Aku dah pernah buat entry pasal sabar dah rasanya, kat sini. Tapi kali ni aku nak cerita lain sikit.

Kalau orang suka tegur korang tanpa memikirkan pandangan korang, yang penting die dah tegur, tak kira la cara baik ke, cara kasar ke, cara yang membuat korang rasa geram ke.. Adakah korang akan diam dan dengar je atau korang akan jawab balik?

Aku? Aku selalunya, iye kan aje. Ok. Baik. Ye la. dan seangkatan dengannya.

Tapi, kadang2 geram jugak. Tak boleh tahan. Rasa nak je grrr... Tapi, sebab aku ni kalau dah meletop bahaya, aku cuba elak untuk meletop.

Kadang2, duduk saja2 dengan geng2 lain, oopss.. Tanpa sengaja masing2 melepas geram masing2. Bahasa senangnya "mengumpat". (kalau kot arab Ghibah- tanx to en. google)

Aku konpius lah. Kenapa orang lebih senang kata kat belakang- konon just nak meluah perasaan pasal si polan- berbanding cakap terus terang je?. Aku pun tak faham diri aku ni.

Banyak je rasa nak tulis lagi. Nanti jadi mengumpat di khalayak ramai pulak. Penyebaran fitnah dan umpatan dalam dunia blog pulak nanti. Tak mau makan daging sedara sendiri (QS- al-hujurat :12).Na'uzubillah..

Rasulullah S.A.W menjelaskan mengenai Mengumpat seperti sabdanya yang bermaksud
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan
sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)

p/s: ....=_='' Aku tak sebut nama sesiapa kan? Maafkan aku kalau ada yang terasa hati. Ni kira proses refleksi diri je ni.


lagipun...Rasulullah bersabda lagi..

"Dan
sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya
sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya
dan Ibnu Hibbad)

dan lagi...

Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum
beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan
jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang
mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)


mintak jauh la.. adakah aku sedang membuka aib sendiri? bukan.. ini adalah hakikat. kadang2 kita tak sedar kita tengah mengumpat pun.

kita sangka nak luah perasaan je, rupanya kita tengah tambah saham dalam buku catatan kat belah kiri.

Ghibah yang dibenarkan hanyalah:

Pertama: Mahu mengadu kepada qadhi, polis, imam, ketua kampung dsbnya kerana teraniaya. Ketika mengadu tidak boleh tidak kita terpaksa membuka kezaliman yang telah dilakukan terhadap kita. Dengan membuka keburukan orang berkenaan, barulah pengadilan dapat dilaksanakan.

Kedua: Mahu mencegah kemunkaran dan kemaksiatan yang berlaku. Keburukan pelaku maksiat itu boleh diceritakan kepada seseorang yang dapat diharapkan boleh menghindarkan kemungkaran itu. Seperti saudara melihat sebahagian anak-anak muda di kawasan saudara membawa perempuan ajnabi balik ke rumahnya (berkhalwat). Saudara hendaklah mencari seseorang yang boleh diharapkan dapat menghalang perkara berkenaan. Saudara dibenarkan menceritakan perihal anak-anak muda itu kepadanya.

Ketiga: Meminta fatwa dari alim-ulamak. Contohnya dalam masalah rumahtangga, jika si suami melakukan sesuatu yang tidak baik kepada isterinya (contoh: tidak beri nafkah), dia boleh mengadu hal kepada ulamak/mufti meminta fatwa. “Suami saya tidak memberi saya nafkah selama sekian lama. Apa hukumnya dia melakukan demikian. Apakah yang harus saya lakukan?”

Keempat: Memberi peringatan (agar berhati-hati) dan nasihat kepada kaum muslimin tentang kejahatan seseorang. Bahkan jika dapat memberi mudarat kepada seseorang, wajib kita jelaskan keburukkannya. Contoh, apabila seseorang datang kepada saudara meminta nasihat tentang perkahwinan anak perempuannya. Apakah wajar dikahwinkan dengan si fulan? Sedangkan saudara tahu bahawa si fulan itu adalah seorang yang buruk akhlaknya dan bejat agamanya. Jika memadai dengan kata ‘JANGAN’, hendaklah saudara mengatakan begitu sahaja. Jika dirasakan tidak cukup, wajiblah saudara membuka aibnya.

Kelima: Mencela orang yang secara terang-terangan melakukan kefasikkan, bid’ah dan kezaliman. Contoh, seorang yang secara terang-terangan meminum arak, atau berjudi, atau melaksanakan projek-projek batil. Yang dibenarkan hanyalah menyebutkan kemaksiatan yang dilakukan secara terang-terangan itu sahaja. Dan diharamkan menyebutkan aib-aib lain.

Keenam: Untuk mengenalkan seseorang. Jika seseorang itu memang dikenali dengan julukkan si tempang, si buta dan sebagainya, boleh saudara menyebutkan jolokkan itu dengan niat mengenalkan. Haram jika dengan niat mencemuh. Walaubagaimanapun selagi boleh mengelakkan menyebut julukkan itu, elakkan..


sumber: lepakkgroups

So, kesimpulannya..

Kalau korang rasa korang tak boleh tahan dan geram dengan orang yang buat korang geram, terus terang je lah. Daripada free2 dapat dosa duk ngata kat belakang. (dengar tu cP~?) huhu..

Kalau tidak, bertahan je la. Sabar banyak2. Simpan diam2 tak berulat nya... InsyaAllah ganjaran orang yang sabar dan menahan diri lagi banyak kot daripada kelegaan sementara lepas korang mengumpat. InsyaAllah.

"Ya Allah, kurniakan kami sifat2 sabar dan tunjukkan kami jalan yang benar.." Amiin..

Ok. Adios amigos..!!