Pengikut

Monday, August 15, 2011

Gangguan di tempat kerja~

Assalamualaikum..

Ini bukan kes rakan sekerja menganggu atau gangguan makhluk yang tak kelihatan di mata kasar. Ini kes sebenar. Apabila sebuah kedai dipenuhi pekerja berkategori gadis-gadis maka gangguan itu menjadi perkara yang sukar untuk dielakkan.

Ada gurauan dan teguran yang boleh diterima, namun ada juga sesetangah tindakan yang boleh dikategorikan sebagai gangguan.

Kat tempat kerja aku sekarang, aku dan budak-budak lain turut mengalami gangguan tersebut.

Kes 1:

Ini merupakan kes yang berlarutan. Kitorang pun dah patah akal nak selesaikan. Pelaku gangguan merupakan seorang yang aku syaki menghidap penyakit mental kronik @ schizoprenia. Aku cuma dengar-dengar cerita daripada orang lain tentang dia.

Setiap hari dia akan mengganggu pekerja kat kedai aku. Pada awalnya, cuma seorang, kemudian orang seterusnya dan sekarang aku pun jadi mangsa. Sebelum ni, aku tak ambil kisah apa yang dia buat. Cuma, pada suatu hari dia semakin berani menghampiri budak-budak kat kaunter maka aku cuba tunjuk berani. Mulanya, memang dia dengar cakap dan akan pergi, tapi, sekarang, dia dha tak makan saman. Aku marah ke, jegil mata ke, dia semakin suka.

Cukuplah aku katakan gangguan dia adalah sedikit boleh dikategorikan gangguan seksual tahap 2. Bukan hanya pandang, malah perbuatan dari jauh. Oh, kawan aku seorang dah kena usap kepala. Aku buntu, apa tindakan yang patut diambil seterusnya?

Kes 2:

Ini kes baru. Seorang lelaki yang boleh dikategorikan pakcik oleh kami semua telah menyebabkan kami merasa pelik dan takut. Salah seorang pekerja ditegur dan kata-katanya sedikit berunsur gangguan seksual juga. Yang pasti, ia amat menakutkan. Dua orang - dia pandang atas bawah lepas tu keluarkan kata-kata yang buatkan kami confuse.

Aku cuma perhati dia dan cuba cover budak-budak ni je. Alhamdulillah jugak, aku dia tak pandang pelik macam tu. Aku juga hampir-hampir nak curi ambik gambar dia untuk simpanan, tapi aku takut dia perasan. Lagipun, kedai tu ada CCTV- kalau apa-apa boleh ada rekod.

Kes 3:

Kes ni, aku tak pasti sebab aku tak berada di tempat kejadian. Budak sorang tu - mereka aku panggil budak sebab semua jauh lebih muda dan aku rasa aku lah orang yang perlu jaga diorang- sorang-sorang kat kedai. Kemudian dia didatangi oleh lelaki yang telah sedia maklum juga mungkin mengalami sedikit kecelaruan mental bertanya pelbagai macam soalan. Akhirnya, lelaki tersebut beredar setelah dimaklumkan (tipu helah) bos ada kat belakang. Alhmadulillah.

Kes 4:

Kes usik-usik dan kacau-kacau lelaki miang atau cuba nak main-main dengan budak-budak ni. Kes mintak nombor telefon. Tiada sebarang kecederaan emosi yang berat.

p/s:

Hari-hari aku risau jugak sebenarnya. Janganlah ada apa-apa kejadian tak diingini berlaku.

Aku seorang yang pelik~

Setiap orang ada ciri dan identiti sendiri. Itulah yang aku percaya.

Tapi, aku jugak tak lepas dari mulut panas mengkritik panmapilan sesetengah orang yang pada aku sarat. Entahlah. Bila ada orang kata aku pelik, aku terasa sungguh rupanya.

Ye, aku tak pandai pakai baju fesyen-fesyen segala. Ye, aku tak reti pakai selendang, tudung ala-ala Ariani dan yang seangkatan. Ye, aku tak reti pakai high heel macam kebanyakan gadis dan wanita kat luar sana. Ye, aku pakai sandal ala-ala lelaki (sebenarnya ada je design perempuan punya- ramai je orang pakai) dengan baju kurung. Pelik? Aku tau ramai je orang pakai- tapi mereka kata aku spesis pelik.

Aku pakai stoking dengan sandal- pelik jugak ke?

Biarlah. Aku cuma pakai apa yang aku rasa selesa. Bukan aku tak jaga penampilan, bukan aku sengaja tak nak ikut fesyen, bukan aku terlalu berkelelakian. Aku cuma memakai mengikur prinsip-prinsip yang aku percaya. Tak sempurna, tapi sebaik mungkin- aku cuba.

Kalau aku betul tak jaga kepentingan rupa, tidak lah aku sibuk-sibuk mencari tudung empat segi sedangkan tudung sarung je tu sekarang bersepah. Ye, aku rasa aku tak sesuai pakai tudung macam tu. Aku tak selesa. Aku nampak tua? Dan pada aku kain dia terlalu lembut- aku suka kain yang keras sikit. See? Aku punya nilaian aku sendiri.

Tegurlah kalau aku tak menutup aurat, tegurlah kalau aku berbaju singkat, tegurlah kalau aku bergaya sampai tak ingat akhirat. Tapi, jangan kata aku pelik semata-mata aku tak berfesyen macam orang lain. Entah lah. (suka sangat aku tulis entah ni)

Cemburu~

Assalamualaikum.

Ye, aku semakin cemburu. Bila bukak FB ada cerita-cerita kawan-kawan aku yang dah mula kerja. Seronoknya. Tapi, ini jalan yang aku pilih sendiri. Semoga pilihan ni pilihan yang betul.

Aku masih jugak cemburu bila tengok orang pakai uniform staff nurse atau yang seakan-akan. Hari-hari jiwa kau meronta-ronta.

Dengan kerja macam ni, yang cuti tak tentu hala, cuti raya dua hari je katanya (Jijah kawen??). Entah lah. Aku nak berhenti tak sampai hati. Lagipun, selagi belum dapat kerja, mana aku nak cekau duit? RM400 yang mak offer tu?

Aku jugak berkira-kira nak berhenti lepas "kakak" siap pindah rumah. Sekurang-kurangnya tak lah dia lintang pukang. Lepas tu pun aku akan sibuk.

Tiap kali pun aku fikir nak cakap dengan "kakak" tapi aku tak berani. Nak mintak cuti lagi pun aku dah seram. Sedangkan aku rasa aku patutnya ada kelebihan sebab dia nak aku stay- pekerja lain dah nak berhenti- sorang lagi sampai pukul 6 je. Ugutan- aku boleh je guna cara halus. Tapi, entahlah. Aku tak reti la.

Aku perlu cuti lagi. Rumah tak kemas untuk raya, kasut belum ada- untuk raya + konvo sekali harung, tudung belum ada- merah mana nak cari? (Adik aku la ni buat tema)

Ya Allah, permudahkan urusanku. Biarlah aku jadi lebih tabah dari pengalaman-pengalaman ni.