Pengikut

Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday yang aku lupakan..=_=''


Aku lupa dah pasal wordless Wednesday la.. Aku ni. Kalut.

Ni la budak yang buat aku pening kepala hari2. Penat aku jaga budak ni. Mentang2 dah tau jalan, tak reti nak berhenti. Lepas tu, semua benda nak di"kemas". Pantang rumah bersih. huhu.

Almost A Nurse~

Alhamdulillah..

Tadi aku berat hati nak bukak FB. Sebab apa? Aku debar je nak bukak. Sebab aku tau result LJM (Lembaga Jururawat Malaysia) keluar hari ni. Aku ni memang jenis suka nak lari dan bukan berdepan dengan sesuatu masalah. Aku hampir-hampir tak nak ambik tau result dulu. Takut.

Tapi, dengan debaran tu aku on jugak FB. Alhmadulillah. Kami satu kelas lulus. Wah.. Boleh dikatakan aku dah boleh jadi nurse la ni. Cuma belum dapat lesen dan degree secara rasmi je.

Jumaat ni, insyaAllah dengan kawan aku (tumpang abang aku- dia pergi KL untuk appointment tangan dia @ PUSRAWI) pergi PPUKM. Ramai jugak yang plan pergi Jumaat ni. So, jumpa la dengan budak-budak ni. Hehe. Seronok pulak rasa. Maklumlah terperuk je dalam rumah ni. Bosan aku. Aku ajak abang aku makan kat luar pun tak nak. Huhu. Bosan jugak duduk kat rumah saja ni.

InsyaAllah, lepas ambik  result aku nak jugak cari kerja. Dah tak boleh dibendung dah tahap kebosanan aku. Disebabkan duduk dalam rumah aku ni je, aku tak ada banyak idea nak menulis. Sempit je kepala aku ni.

Next, aku perlu berusaha keras nak dapatkan kerja kat hospital. Susah sikit dengan kebanjiran graduan nurse sekarang ni. Doakan aku ye? Amiin..

Adios.!!