Pengikut

Monday, January 9, 2012

Jangan musnahkan syurga itu~

Assalamualaikum.

Sebelum mendirikan rumah tangga, apa agaknya sesuatu pasangan tu fikir ye?

Kenapa bila selepas berumah tangga, ada yang melepaskan tanggungjawab macam tu je?

Kenapa ada je yang tak puas hati atau berat sebelah dalam melaksanakan tanggungjawab yang dicari sendiri?

Aku tak faham. Kan sendiri buat keputusan nak menggalas tanggungjawab. Kenapa masih bertolak-tolakan?

p/s: Sembang ngan kawan :)

Hati aku, aku pun tak tau~

Assalamualaikum.

Tak lama lagi, memang tak lama lagi aku akan menjejak usia 24tahun. 24 bukan angka yang kecil. Aku sendiri terkejut memikirkan umur aku. Banyak perkara berlegar-legar dalam kepala aku. Duduk termenung bermasam muka sekali sekala, sebenarnya aku memikirkan banyak benda.

Soal kerja memang nombor dua. Aku memang dah semakin kebuntuan akal mengenangkan status pengangguran aku. Perkara nombor satu apa? Perkara nombor satu, aku sedang cuba usahakan. Malah, aku berharap bila aku dapat kerja perkara nombor satu aku akan dapat capai dengan lebih tenang.

Memang aku sedar, pemikiran aku kadang kala tak seiring. Aku belum cukup dewasa. Aku masih asyik mempertahankan pegangan aku yang mungkin menyebabkan aku berada pada tahap ini. Banyak perkara yang aku tak suka, dan aku selalu larikan diri. Menafikan kehendak hati adalah bidang tugas aku.

Hakikatnya, hati aku, aku sendiri pun tak pasti. Apa sebenarnya yang aku mau? Aku terasa seperti mahu begitu tapi aku juga merasakan ia adalah sesuatu yang salah dan aku juga takut. Pengalaman dulu, orang-orang di sekitar aku. Aku terlalu memikirkan semua dan segalanya.

p/s: Terasa kehilangan sesuatu.

Anwar memang salah!

Assalmualaikum.

Perbicaraan kes Anwar Ibrahim baru sahaja tamat dan keputusan telah ditentukan. Setelah bertahun kes ini menjadi bualan dan menjadi punca perbahasan malah pergaduhan rakyat Malaysia, akhirnya, dia diputuskan sebagai tidak bersalah oleh mahkamah.

Mulai dari kes ini, parti baru ditubuhkan. Pergolakan politik di Malaysia kian menjadi-jadi. Dari musuh jadi kawan, dari kawan jadi musuh. Sehingga kadang-kadang ia terlalu menakutkan dan rakyat mengeluarkan kenyataan, "politik adalah sesuatu yang teruk".

Hakikatnya, politik tak punya salah.

Tapi, aku memang dari dulu tak puas hati. Anwar tu salah! Jangan tulis nama tu lagi! Nama arwah abah aku Anuar, bukan Anwar la. Kenapa orang selalu silap ni?

Gurauan di tengah hari yang panas. :)

p/s: Pernah dulu budak-budak lelaki ejek aku anak Anwar Ibrahim. Mestilah aku marah. Arwah abah aku ada lagi masa tu.

Enemy's enemy~

Assalamualaikum and good afternoon.

"An enemy's enemy is not your friend until he become one."

"Those who found guilty is not necessarily guilty, and the same goes to those found innocent."

- because I know certain people.

p/s: Ya Allah, please guide us the way.. Aminn..

Bukan bererti aku lupa~

Assalamualaikum warahmatullah.

Sudah lebih kurang 6 bulan aku menamatkan pengajian. Aku sudah jauh dari teman-teman sekuliah, sudah lama menyepi dari teman laman sosial. Aku yang menganggur dan jauh, selalu menyepi. Ini bukan kali pertama, tapi sudah acapkali aku begini.

Tidak punya khabar berita, bukan bererti aku tidak mengingati kamu, tidak bertegur sapa bukan bererti aku lupa atau jemu. Kamu masih terpahat dalam sanubari. Cuma aku yang masih belum tahu caranya. Meluahkan kata-kata memang tak mudah. Aku tak tahu berbual kosong bertanya khabar berita, aku tak tahu bertegur sapa sekadar menyedap hati. Aku sahabat yang sering diam.

"Salam."
"Sihat?"
"Tengah buat apa?"
"Camne sekarang?"

Sampai situ je aku tahu. Aku akan terdiam selepas ayat itu. Akalku tak mampu menyusun ayat-ayat bergurau senda, bercerita panjang lebar bila kita sedang berbicara. Tapi, itu tak bermakna aku melupakan kau atau mereka. Aku sentiasa ingat.

Malah, bila telah sekian lama aku menyepi, aku teringin sekali berbual lagi. Cuma, aku malu. Apakah aku masih di hati kamu? Atau aku sudah menjadi sejarah lalu?

Persahabatan dan persaudaraan itu sepatutnya dikekalkan dan dijalinbaikkan, tapi, aku masih belum mampu. Maafkan aku. Ingatlah aku sentiasa ingat kamu.

p/s: hidup dalam bulatan.

Manusia hidup dengan menilai~

Assalamualaikm warahmatullah dan salam sejahtera.

Akhir-akhir ni, aku tak ada perkongsian yang baik untuk dijadikan isi blog aku. Aku juga tak jumpa banyak entry blog yang menarik perhatian aku. Mungkin aku yang dah mula jemu.

Tapi, ada sesuatu yang aku putuskan. Manusia memang gemar menilai dan melontar pendapat tak kira positif mahupun negatif. Acap kali kesilapan orang akan dicanang, tak pernah basi. Kejayaan dan kemasyhuran pun jadi kebanggaan, tanpa mengira ke mana arah kejayaan tersebut.

"Aku sokong kau, aku sokong dia."

Sekali aku pandang dia, aku isytiharkan dia adalah begitu dan begini. Sekali aku baca kisahnya, aku simpulkan itu dan ini. Nukilan aku ni pun, nilaian aku pada mereka.

p/s: Mungkin aku seorang penakut. Aku asyik menulis kisah aku yang tak laku. Cerita aku, belum cukup rasa dan rencahnya.