Pengikut

Monday, January 9, 2012

Bukan bererti aku lupa~

Assalamualaikum warahmatullah.

Sudah lebih kurang 6 bulan aku menamatkan pengajian. Aku sudah jauh dari teman-teman sekuliah, sudah lama menyepi dari teman laman sosial. Aku yang menganggur dan jauh, selalu menyepi. Ini bukan kali pertama, tapi sudah acapkali aku begini.

Tidak punya khabar berita, bukan bererti aku tidak mengingati kamu, tidak bertegur sapa bukan bererti aku lupa atau jemu. Kamu masih terpahat dalam sanubari. Cuma aku yang masih belum tahu caranya. Meluahkan kata-kata memang tak mudah. Aku tak tahu berbual kosong bertanya khabar berita, aku tak tahu bertegur sapa sekadar menyedap hati. Aku sahabat yang sering diam.

"Salam."
"Sihat?"
"Tengah buat apa?"
"Camne sekarang?"

Sampai situ je aku tahu. Aku akan terdiam selepas ayat itu. Akalku tak mampu menyusun ayat-ayat bergurau senda, bercerita panjang lebar bila kita sedang berbicara. Tapi, itu tak bermakna aku melupakan kau atau mereka. Aku sentiasa ingat.

Malah, bila telah sekian lama aku menyepi, aku teringin sekali berbual lagi. Cuma, aku malu. Apakah aku masih di hati kamu? Atau aku sudah menjadi sejarah lalu?

Persahabatan dan persaudaraan itu sepatutnya dikekalkan dan dijalinbaikkan, tapi, aku masih belum mampu. Maafkan aku. Ingatlah aku sentiasa ingat kamu.

p/s: hidup dalam bulatan.

No comments: