Pengikut

Tuesday, February 28, 2012

Kalau macam ni, sampai bila pun kita tak makan nasihat~

Assalamualaikum warahmatullah..

Haritu aku ada menonton sebuah video bertajuk "Sila jaga tepi kain saya". Video Youtube yang di upload ke FB.

Ia buat aku berfikir. Aku pernah menerima nasihat dari orang yang aku rasa, eleh, pandai la cakap. Bajet dia baik sangat lah. Erk. Ye, dalam hati aku ada fikir macam tu. x_X

Tiba-tiba aku terfikir, kalau aku asyik fikir hal negatif dan keburukan orang, sampai bila aku nak terima nasihat dan makan nasihat tu dan hadamkannya. Asyik-asyik aku makan dan luah balik.

Ada jugak di kalangan kita yang tak suka ustaz ni lah, sebab dia main gitar, tak suka ustaz ni lah, sebab dia berlagak macam model la bagai. Aku tak suka ustazah ni sebab dia demand mintak bayaran tinggi. Aku kecik hati dengan orang ni, sebab dia cakap aku macam ni, sama je macam bla bla bla..

tapi kan, kalau kita asyik fikir macam tu, sampai bila kita nak terima nasihat orang?

Contoh la kan, contoh je:

Akak pelacur (tak payah fikir jumpa kat mana):  
Adik, adik jangan tinggal solat tau. Solat tu tiang agama.

Adik:
Eleh, pandai la kau cakap. Kau pandang diri kau tu sikit.

So? Adakah kita akan merosakkan diri macam akak tersebut? Kita terima nasihat baik yang dia bagi, tapi, kita jangan lah sibuk nak tiru macam dia. 

Lagipun, ada ke manusia yang sempurna. Kalau pun orang yang bagi kita nasihat tu perangai entah apa, selagi nasihat tu ke arah kebaikan (tau fikir kan?) terima je lah.

Sebagai balasan, kita boleh nasihat kat orang tu balik, 

Wahai si polan bin si polan, aku terima nikahnya nasihat kau, tapi, aku rasa kau pun patut buat begini dan begitu.

Walah! Kan bagus kalau sama-sama saling nasihat-menasihati. Kan? Kan? 

Insaf lah cp, ok? You are far from good. Banyak lagi kena ubah nak jadi orang yang baik nih. Ganbatte!

Khas buat kaki online :) Muslim (termasuk Aku) ~

Assalamualaikum warahmatullah..

Hari-hari saya suka online..




Suka online? Blogging sepanjang hari? Suka baca blog saya? Ehem..







Online, online jugak..





Marilah..



Solat tiang agama. Blog ramai pengunjung, komen beribu, duit berjuta pun..kalau tak berkat tak guna..kan? Ingat tu cp? Uhuk.

Selamat beramal..

p/s: idea banyak, tapi nak online tengah hari, laptop dah boleh buat goreng telur suhunya. Bhaha..

(Entry merepek) Somewhere I belong~

Assalamualaikum warahmatullah


Rantai masa lalu yang merantai masih mengikat, walau tambatnya telah lama patah.

Walau rantai itu lepas aku bebas, tapi, aku tahu, kesannya akan terus parah.

Keyakinan aku, di mana kamu?

Aku sendiri tak tahu apa yang di fikiran.

 Menipu diri. Saban hari.

Denial.


Selfish.


Weirdo.