Pengikut

Thursday, June 23, 2011

Tak Dapat Tengok Result Online?

Assalamualaikum

Risaunya aku. Tak dapat tengok result. Orang lain dah dapat tengok, kenapa aku tak boleh tengok? Ada kata sebab dia dah masukkan hutang konvo RM110, tapi aku cek hutang pelajar tak ada hutang pulak. Lagi satu, nak kena ambil transkrip kat pejabat akademik jugak nih. Macam-macam la. Nak hantar borang lapor diri kat JPA lagi. Kalau lah PPUKM tu tepi rumah je senang la.

 Banyak complain la pulak aku akhir-akhir ni. Ish2. tak baik, tak baik. Budak kecik dah bangun, Awish pun dah sampai. Go to go.

Adios amigos~

Memang wordless- tapi panjang ceritanya.

Assalamualaikum

Hari ni, Isq makan banyak. Tak macam selalu. Awish pun sama. Cumanya, aku lah yang penat. Si Isq mana nak tau duduk diam. Kejap2 aku kena ke sana ke sini. Suap Isq, suap Awish. Ke hulu ke hilir. Tapi, disebabkan Isq tu susah nak makan, aku rela. Walaupun terpaksa ke sana ke sini, dah la tambah beberapa kali. Wah2..

Selain tu, tengah hari, dapat berita abang aku accident. Patah tangan. Mak dah risau dah. Masuk Hospital Pusrawi. Bila telefon abang aku no 4, dia kata tak tau jalan. Aduh. Tapi, akhirnya kitorang pergi jugak. disebabkan mak aku ajak aku pergi jugak (setiausaha rumah ni, biasalah) aku pun pergi la. Tak sangka baru beberapa hari cuti dah kena turun KL lagi. 2 jam perjalanan dalam kereta- aku memang tidur la. Bila sampai, hah. Tangan Bg Yun dah berbalut. Pergelangan tangan kena operation, buat apa entah. Splint je rasanya. Bagi tak gerak- tak masukkan apa2 besi ke bagai sebab yang tu pun dah kena RM5 ribu. o_O mak aih..

Kat bahu belum lagi. Dislocate + ligament tear - esok baru bincang. Pening aku dengar isu berapa syarikat boleh cover, nak claim insurance macam mana. Tak faham. Yang pasti semua pakai duit. Dah la nak dekat nak kenduri. Dah patah2 ni mau 2-3bulan jugak tanam anggur. Maka, aku ajak la Bg Yun join club aku tanam anggur sama-sama. Ngeh2. See U at home la.

Ok lah. Adios Amigos for Wordless Wednesday~