Pengikut

Friday, February 17, 2012

One is already hard, but two? Oh, Allah..

Assalamualaikum warahmatullah..

Suddenly, I need to search two jobs for two people. 


And the other one cannot go too far? Please don't make me laugh. This is no time to choose anymore. This is an emergency!


You have kid!


p/s: I don't know what to do. Feel like breaking into tears.

Prinsip-prinsip Rukun Negara~

Assalamualaikum warahmatullah

Korang tau Rukun Negara? Mesti hafal dah kan sebab sekolah dulu hari-hari kena ikrar.

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan

Tak pasti susunan betul tak, yang pasti semua ni adalah rukun negara kita Malaysia (untuk warganegara la).

Kalau dalam rukun Solat, tertinggal kira tak sah. Kalau Rukun Iman, Rukun Islam, wajib kita buat untuk membuktikan kesilaman dan keimanan, kalau tak tak sah la Islam kita kan?

Tapi, rukun-rukun agama ni berat sangat nak ikut kan? Suka-suka hati je. Bab agama ni tak boleh masuk dalam hal macam ni lah. Bab agama ni bukan boleh buat gini gitu bla bla bla.

Tapi perasan tak rukun negara tu kandungan dia apa?

Kepercayaan kepada Tuhan
- kepada Atheist anda sudah tak sah jadi warganegara

Kesetiaan kepada Raja dan Negara
- ada ke yang tak setia? yang suka kutuk-kutuk negara sendiri sila keluar dari negara ini

Keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang
-sila patuhi perlembagaan dan undang-undang, kalau tak anda bukan lah sah taraf warga

Kesopanan dan kesusilaan
- ni paling best. Kalau buat perangai tak senonoh sikit pun, tak layak ye jadi warganegara.
Pakai tak senonoh? Cakap kurang ajar? Bla bla bla..Sila get out of this country.

Dah lama ada idea ni tapi tergerak nak tulis lepas baca blog Abu Huzaifah.

p/s: Susahnya hidup berkeluarga. Nak-nak duduk dengan mak mertua. aku yang tengok pun rasa tak tenang jiwa. Hahaha.

Jom Serang FB artis ni!

Assalamualaikum warahmatullah.

Jom Serang!

Kita kan suka serang-serang artis kan? Buat silap sikit kita sebarkan satu dunia. Maka, aku ada satu idea lebih bernas.

Jom kita sama-sama serang FB @ Twitter, or apa saja page dia, kita tulis macam ni,

'Wahai Cik Artis yang cantik dan budiman, jom tutup aurat jom. Saya ajak je. Sebab kita kan saudara.'

Bagus tak idea aku? Daripada sebarkan video @ gambar entah apa-apa kat blog ni. Buat berat belah kiri je.

p/s: Kawan aku dah nak kerja ke Brunei. Kawan Prof aku pulak cuma nak midwife je. Maka, aku tak tau la nak ke mana. Duduk rumah lagi la nampak gayanya. :)

Beribadat siang malam, pahala free2 pergi kat orang~

Assalamualaikum warahmatullah..

Sihat hari ni?

Pagi ni, bila aku menonton Tanyalah Ustaz, aku terfikir panjang.

Ustaz tu sebut tentang akibat kalau mengumpat. Pahala orang yang mengumpat akan pergi ke orang yang diumpat, dan dosa orang yang diumpat datang ke kita pulak masa kat akhirat nanti. (Diriwayatkan oleh
: Abu Ummah Al-Bahili.)

Aku terfikir, ye, aku pasti aku pernah bercerita tentang keburukan orang. Aku pasti sangat. Astaghfirullah. Aku bukannya rajin buat amal ibadah siang malam, pantang waktu senggang. Masih lagi ada masa berblogging dan blogwalking. Bukan main takut esok tak boleh online, setiap hari blogwalk sungguh-sungguh.

Tak fikir, kalau esok tak ada lagi untuk aku? Dah cukup ke amal nak bawak? Dah mintak maaf kat semua orang?

Selalu aku cakap macam ni, 'bukan nak kata la tapi, memang betul.."

Mengumpat tu..

'menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya,' (hadit riwayat Muslim)

Ha, benda betul kalau orang tu rasa marah bila kita sebut, tu la namanya mengumpat. Duk canang keburukan orang?

Sabda Rasulullah, “Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaiban. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Hadis riwayat Abu Daud).

Gosip artis? Korang rasa macam mana? Ha'a, kadang-kadang aku pun suka tengok rancangan Melada tu. Memang hangat dan pedas.

'Diorang jadi artis kena la faham, biasa la gosip ni.'

Wah! Sekarang dosa pun dah jadi benda biasa. Tajam? Aduh menusuk kalbu aku la. Ha'a. Lidah memang lebih tajam dari pedang.

'Menghindarlah kalian dari fitnah-fitnah kekacauan, kerana ada masanya lidah itu lebih tajam dari pedang' (Hadith riwayat Ibn Majah) 

Hmm. Kelmarin aku baru je bercerita tentang dia. Bukan ke kalau kita bukak aib orang, aib kita akan dibuka jugak?

“Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Ya Allah, janganlah kau buka aib aku selepas kau tutup aibku. Sungguh aku ada banyak dosa. Malunya..


Kalau esok tak ada lagi, maafkan aku, kalau esok ada lagi pun, maafkan aku ye.

Rujukan :

Dunia Tersembunyi 
Snake Charmer 

p/s: Tazkirah Jumaat yang perlu dihayati sepanjang hayat, hingga jasad ke liang lahad. 

(Alamak, font semakin mengecik, tak tau nak buat camne..)