Pengikut

Thursday, March 3, 2011

Hukum Memberi Nafkah Pada Isteri Bekerja

Keputusan Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16 bertempat di Dubai pada 9-14 April 2005 telah membuat ketetapan seperti berikut :-


1. Pemisahan tanggungan harta di antara suami isteri
Isteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Shariah, isteri mempunyai hak penuh terhadap (harta) yang diusahakan, samada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakannya sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu. Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya itu dan cara belanjakannya.

2. Nafkah perkahwinan
Seorang isteri berhak menerima nafkah yang telah ditetapkan mengikut kemampuan suami bersesuaian dengan uruf yang benar juga kebiasaan masyarakat setempat yang diterima syara'. Kewajipan memberi nafkah ini tidak gugur kecuali jika berlaku nusyuz (di pihak isteri).

3. Isteri keluar bekerja
Tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anak-anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu.
Walaubagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara' dengan syarat hendaklah dia beriltizam (menjaga) hukum-hukum agama.
Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang bekerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri 'nusyuz', tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.

4. Isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga
Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah (perbelanjaan) yang diwajibkan ke atas suami.
Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).
Kerelaan seorang isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara' demi menjayakan makna bantu membantu dan bertolak ansur di antara suami isteri.
Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan mereka termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri.

5. Kerja Sebagai Syarat
Seorang isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami redha dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan (setelah kahwin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.
Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak.
Tidak harus, pada pandangan syara' bagi seorang suami untuk menjadikan keizinannya kepada isteri untuk bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami; tidak harus juga suami mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami.

6. Perkongsian isteri dalam pemilikan harta
Apabila isteri benar-benar turut menyumbang harta dan pendapatannya bagi mendapatkan dan memilki rumah, aset tetap atau sebarang projek perniagaan, ketika itu isteri mempunyai hak perkongsian pemilikan terhadap rumah atau projek tersebut mengikut kadar harta yang disumbangkannya.

7. Penyalahgunaan hak dalam bidang pekerjaan
Sebuah perkahwinan itu mempunyai beberapa kewajiban bersama yang patut ditanggung oleh pasangan suami isteri dan ia ditentukan oleh Shariah Islam dengan jelas. Justeru hendaklah perhubungan antara suami isteri dibina adalah landasan keadilan, tolak ansur dan saling menyayangi. Sebarang tindakan yang melangkaui batasan berkenaan adalah haram pada kacamata syara'.

"Seorang suami tidak harus menyalahgunakan haknya sebagai suami untuk menghalang isteri bekerja atau memintanya meninggalkan kerjayanya sekiranya ia hanya bertujuan untuk memudaratkannya (isteri) atau diyakini tindakan itu hanya akan menyebabkan keburukan melebihi kepentingan yang diperolehi.
Demikian juga halnya ke atas isteri (tidak harus menyalahgunakan keizinan dan hak yang diberikan), iaitu jika ia berterusan dengan kerjayanya hingga menyebabkan mudarat kepada suami dan keluarga atau melebihi maslahat yang diharapkan. "



* Secara keseluruhannya Islam benar-benar menjaga kemaslahatan sejagat sehingga masalah sebegini turut diperbincangkan diperingkat global. Seharusnya perkara ini juga menjadi satu topik perbincangan penting yang disepakati oleh pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan. Perlulah disedari bahawa wanita hari ini bukan hanya bekerja untuk menjana ekonomi semata bahkan kelebihan yang dimiliki dari segi intelectual sangat diperlukan untuk membangunkan negara dan agama. Sewajarnya kaum lelaki haruslah berusaha meletakkan diri mereka lebih dominan dalam menguasai ilmu agar sumbangan wanita dalam masyarakat lebih terarah(focus) kepada membina keluarga dan mendidik anak-anak menjadi generasi ulul albab yang bakal mengembalikan kegemilangan dan ketamadunan Ummah. Wallahua'lam.

credit to: hurulain01- HQ.net

Orang Alim VS Orang Biasa2 je..



Astaghfirullah.

pertama sekali aku harap tak ade sape2 yang terasa atas ape aku nak cakap ni la. tapi, isu ni aku rasa boleh memberi kesan pada Islam secara global kalau tak dibendung awal. aku tak pasti sama ada ini disebabkan pegaruh musuh Islam, ataupun ada hal2 tertentu dalam Islam yang disalahtafsir oleh orang Islam sendiri.

Bismillah ar rahman ar rahim..

Hari tu, aku duduk2 berbual dgn kengkawan aku. duk kat bilik kudah (bukan nama sebenar) dgn aji (juga bukan nama sebenar) - better aku siap2 tulis yang sume nama dalam ni bukan nama sebenar. sape kenal nasib la. geee...

cam biasala di kala umur mengambang penuh ni, gurls suka la citer bab paling femes merentas zaman, top scrorer walau di mana jua, merentas usia- bab munakahat/nikah kawen. kuang2.

pastu, duk citer la pasal calon pasangan dan timbullah pernyataan ni!!

"aku tak nak ar kawen dgn orang yang alim2 sangat ni. diorang ni cam ada satu pemikiran yang tersendiri."

fuh!! dahsyat. tapi, dalam risau2 aku dengan pernyataan ni, aku agak setuju. memang spjg penglibatan aku dalam melayari blog2 dakwah- bukan aku baik ke ape, aku ni banyak benda nak kena belajo- aku dapati memang betul pun.

aku sendiri pernah tergugat dan tertanya2 " betul ke Islam adalah macam ni?" lepas tu, aku asyik mencari2 jawapan.

ada sekali tu, aku baca bab nikah ni la kan- hee..nasib la. aku baca je sume (cover macho)- diorang ni asyik2 duk citer pasal tggjawab pempuan je. aku dah la naluri kemachoan wujud sejak kecil, aku rasa sangat tak adil. bukan Islam tu xadil, tapi diorang asyik citer wanita/isteri punya peranan dan tggjwb je.

prmpuan kena ikut cakap suami, kena rendah mahar, bla bla and bla. dan selalu menekan hingga rasa perempuan biasa yang ada zaman sekarang ni memang teruk sangat2 aih. siap salahkan mak ayah klau letak hantaran tinggi. memang aku ak melenting ar kalau orang cakap family aku bukan2 wlu sburuk mana pun diorang. pantang aku! - oops! ter"emo". maaf.

di sini, yang aku nak cakap adalah, jangan la suka tuding jari. aku nak lelaki sedar, mak ayah kami pun lahirkan dan jaga kami macam jugak mak ayah korang jaga korang. sian la.

tolong la jgn asyik ckp, kalau laki xkasi balik umah mak kena dgr cakap, tapi cakaplah, bertoleransi gilir2 balik kg. dan ingatkan la kat lelaki, jangan wat isteri macam tu. kan selepas Allah dan Rasul adalah ibu,ibu,ibu dan ayah.

jangan la lupa, mak ayah isteri tu mak ayah kamu juga. sesekali peringat la kat diri sndiri jugak. kan orang selalu kate, ubah diri kamu, Allah akan ubah yang lain2. ni asyik nak kate isteri kena itu ini, tunjuk la teladan yang baik ye? sian la sesekali kat kami. kami pun nak jadi anak yg balas budi mak ayah jugak.

uhuh. emosi lak aku. aku tak leh la kalau bab mak ayah ni. senstif jiwa rock aku ni.

lagi satu, ni:


aku terkejut pada mulanya, ada yang kate, isteri hak total suami. O_o apekah? akhirnya fatwa kat atas melegakan hati aku yang kekeliruan. Islam tu adil. cuma kadang mungkin kita nak kan yang terbaik jadi kita terlalu mahukan kesempurnaan. mungkin aku yang salah, atau tak cukup alim, tapi sebagai aku, fatwa kat atas melegakan hati aku.

wallahua'lam.

sebenarnya banyak lagi isu yang mengejutkan sejak aku mengkaji dan join blog2 dakwah ni. yang ini adalah yang negatif aku nampak. yang positif banyak dah. aku bersyukur la dibukaknya kunci dalam ati aku ni yg ikat ke'ego'an.

subhanallah...

p/s: weuu.. ada satu isu soal jururawat, insyaAllah kalau aku rajin aku tulis lagi. ni jari aku dah penat la. aku kalau tak cukup tido memang lemah je satu badan. nak mesin urut OGAWA!!

idea aku banyak, tapi jari ku letih. aku ingat nak bincang isu sosial dan cara pemikiran sekarang yang mungkin menyebabkan aku dan kawan2 aku timbul rasa tak puas hati terhadap idealis2 Islam yang kami jumpa. aku pun nak tau, adakah aku tengah menolak hukum Allah, atau aku tak faham, atau semuanya dah jadi terlalu komplikated?

aku tak nak berdosa. moga persoalan ini terhurai..

Apa Hukumnya?

bismillah ar rahman ar rahim.

kali ni aku nak tinggalkan persoalan. benda ni duk bermain2 dalam kepala aku beberapa minggu yang lalu setelah aku baca ini.


sekarang dah ade arixtra kan? tapi, kalau lah doktor dah prescraibe kan clexane kat pt. (patient) Muslim. aku as a nurse nak yang administer ni camne? nak kasi je ke tak? takot gak aku nanti bersubahat plak atas benda haram.

atau kalau pt dah kasi consent, boleh je kasi? kalau pt xtau ada wujud arixtra mesti die setuju je kan? ke doktor kalau prescribed tu maknanye memang pt tu memerlukan dah la. xleh guna arixtra dah? atau patut ke aku tanya doktor tu?

what to do? otteokaji?

??????





VS

Sedang kepala ku ting tong...

Astaghfirullah..

fuh, sedikit biul kepala aku nih. maklumlah tetiba je sleep cycle berubah. bukan nak merungut, tapi ni la yang aku kena terima bila nak keje jadi misi. malam tadi siap diskusi ngan Lei lagi, kenapalah jadi misi? pandai Lei cakap, takdir.. yup. takdir.

tapi, ada jugak kami cakap, masa dulu mana tau keje misi macam ni. ingat jaga patient je. mana tau kena tulis report dan segala macam dokumentasi entah ke hape. dah la orang makin pandai saman menyaman. kena la wat dokumentasi. tu yang banyak situasi, kalau ada students ramai staff duduk counter melengkapkan dokumen segala macam.

lagi satu, mana nak tau jadi misi kena angkat call, kena deal dengan orang macam2. staff dari wad sana sini, dengan doktor, dengan caregiver lagi. power la sape jadi misi ni. cuma kalau yang mulut tak leh tahan tu, rasa terkilan la. wat keje cam bagus dah, tapi mak aih.. harap2 aku dijauhkan dari sikap camtu. amiin.

ape yang aku ngarot ni? ni lah kot kesan tido jap bangun dari tadi. bising sangat. bunyi segala macam. orang borak2 lah, air lah ketuk2 kebenda ntah. maklumlah, time orang tido aku keje, time orang keje aku tido.

sesape yang dah bertahan lama keje gini, kagum aku. guide me, yoroshiku onegaisimasu!!

ok lah. pe kebenda lagi aku mepek je ni?

oh, esok nak gi umah Kak Oshin (bukan nama sebenar). wedding day. dengan en wonderpet. gagaga. both are kawan baik aku. hope sume jalan lancar la. doa2kan la sama. amiin.

p/s: tak sabo nak kasi hadiah aku. entah ngam ntah x.. uuiiihh...

end~

Bila malam~

ALhamdulillah

berjaya harungi shif malam yang meletihkan. mana tak nya.. "adik...tolong tu...adik...tolong ni.." ahaha.

biasalah, student camni lah. nak mengantok pon xsempat dah.. jap2 kena ambik VS (vital signs- blood pressure, pulse rate, respiration rate, tempertature, oxygen saturation level), jap2 kena amik ECG, jap2 kena cuci BO, jap2 kena wat suction. memang macam sikit tapi 2 orang student handle 28 patient and jadi runner untuk 3 staff. jap staff ni panggil, jap staff tu. memang xduduk langsung la.

tapi, malam tadi aku enjoy wat kerja. aku borak2 and bleh plak gelak2 ngan Lei(bukan nama sebenar- chinese+non muslim).

teringat plak aku, masa kitorang tukar cadar untuk uncle yang koma tu, tengah penat2 sebab badan kami berdua pun xsama ngan uncle tu. kami yang renek, bukan uncle tu besar.uhuhu.. kami terpaksa la golek2 uncle tu, agak berat la dan sakit woo pinggang.

Lei tetiba je cakap kat aku;

"saya nak cakap.." aku pun tanya la, nak cakap ape?
"masyaAllah.." hahah. tu dia. die kate xlarat and penat so nak cakap masyaAllah.

hmm. terkejut aku la. nampak tu? non-muslim pun tau sebut benda tu. kite ni? kalau penat sikit je cakap, adoi la..alahai lah..memacam jenis lah keluhan.

kesimpulannya, malam tadi aku memang wat kerja abis2an. baru kau tau susah xsusah jadi misi. nanti ko kerja ingat ada students camni ke? hamik la ko jaga sorang2.

grr...aku ni semalam siang tido 5minit je tengah hari. ni pun baru balik tido 10minit je. tak ngantok ke wei?



entahla labu..............