Pengikut

Monday, February 13, 2012

Bukan aku tak nak..tapi..

Assalamualaikum warahmatullah

Bila dah malam baru blogging, sangat banyak entry perlu dibaca. Tapi, rasanya mulai esok tak dapat online selalu. Busy jaga anak buah la kot.

Aku baru selesai baca entry mereka yang aku follow- entry terpilih je la. Maaf. Ni pun dah banyak. Lepas tu, aku baca pulak entry mereka yang komen entry aku.

Aku fikir nak jalan-jalan kat blog mereka yang ping entry kat FB pulak, tapi mata aku dah mengantuk perut dah lapar.

"Iwak kutok, iwak leley, 
Moto ne ngantok, weteng ngey ngeley."

Lupa pulak nak translate (kalau translate tak jadi pantun dah):
Ikan haruan, ikan keli,
Matanya mengantuk, perutnya lapar

Satu-satunya pantun jawa yang aku tau. Arwah abah ajar la ni. Hehe.

Aku memang nak blogwalk, tapi tak larat dah mata. Kepala pun dah pusing. Kena makan dulu nih.

---Nak kena blogwalk kat blog yang ping kat FB, nak blogwalk kat segmen en. Ben.

p/s: Mata dah berair. Abang bakar sampah tepi rumah untuk halau nyamuk. Biasala duk kampung. Buat bediang tepi rumah je la. (Ni kira pembakaran terbuka ke? Ooops X_X)

Ben Ashaari: Jom Baca Blog Aku~

Assalamualaikum warahmatullah.

Hari ni, nak join segmen blogger famous Ben Ashaari.

(dah berapa kali letak header asyik hang je laptop. Boleh ke mintak pengecualian? dari petang tadi nih.)

Aku selalu tertinggal segmen beliau, malah tak yakin nak join segmen beliau. Haha.

Beliau mintak peserta beritahu kenapa kena baca blog yang dimiliki. Meh nak gitau.

Blog aku:

1. InsyaAllah, sedaya upaya aku cuba bebaskan dari gosip-gosip hangat. Tapi, kalau isu semasa mungkin aku akan sentuh sikit.

2. Blog aku ada doodle yang walaupun tak comel sangat, tapi, boleh la. Bila aku ada idea dan rajin, aku akan buat entry doodle.

3. Pengunjung setia berpeluang nak dapat doodle menarik dari aku. Tak mesti mintak dapat. InsyaAllah, ada idea dan kelapangan aku buat. Ni contoh entry aku buat doodle kat orang.

1. Cik Iffa
2. Miss M
3. Cik Eza
4. Cik Sibuk

4. Datang je la baca. Blog aku ringan je tau. Tak payah tunggu loading lama. Untuk yang minat berkarya, boleh baca karya aku jugak. :) Karya aku.

5. Gambar-gambar pun ada je. Walaupun tak seberseni photographer professional, tak rugi kot tengok. haha.

Ok, dah lebih panjang lebar. Selamat membaca!

p/s: Bak kata aku, kisah aku, hal aku, mungkin pengajaran untuk kamu dan kamu. :)

Dah 19ratus kali aku bukak tutup web page. Asyik hang je. Letak gambar header en. Ben je hang. So, aku nak post dulu, kemudian baru letak header, tak pe kan? Huhu.

Jaga diri baik-baik~

Assalamualaikum warahmatullah.

Alhamdulillah. Dah selesai urusan menghantar adik aku belajar kursus bakeri.

Hati aku agak keberatan nak tinggalkan dia tadi. Aku risau. Tempat tu agak terpencil walaupun di kawasan yang ramai orang. Sebab tempat tu dulu bekas asrama yang ditinggalkan sebab banyak dah pindah ke lokasi lain. Maka, cuma tinggal akademi yang dia pergi je kat situ. Lagipun, transport yang ada cuma bas kecik yang dibawa oleh seorang uncle.

Aku harap adik aku dapat bergaul dengan semua orang dengan baik.

Dia nangis tadi. Hahah. Memang lah aku gelak, tapi, aku risau sebenarnya. Ini pertama kali sepanjang hidupnya dalam 20tahun keluar dari rumah untuk berdikari. Tempat tu sunyi pulak tu. Kalau aku dulu tercampak tengah bandar. Transport bersepah. Jalan kaki pun sampai Mall.

Sebab aku kakak kot. Risau lebih sikit.

Tadi, dia dah telefon. Dapat baju chef tu. Saiz L?! Mak aih. Adik aku tu kecik cenonet je. Dia kata tu dah saiz paling kecik. Adeh. Nasib la, ko kecik sangat.

Aku cuma nasihatkan dia, jaga diri elok-elok. Tengok-tengok orang yang kenal. 6 bulan tu jap je, tapi kalau kat tempat camtu, mungkin dia akan bosan. Pengajar kat situ pun nasihatkan kalau hujung minggu balik rumah. Bagus jugak pengajar tu orang Sabak Bernam. Kalau nak balik Tanjong Karang, dia kata boleh tumpang. Lega aku.

Ok lah. Buat masa ni , tu aje kot. Risau sikit.

p/s: Aku dah kena buat tugas dua orang la ni. Ok, nak uruskan anak buah. Tak ada panggil-panggil adik aku dah. Muahaha.