Pengikut

Monday, May 2, 2011

Kuarantin~

Assalamualaikum.

Musim2 nak exam ni, study week, semua orang mengurung diri dalam bilik je. Boring betul la. Jenguk je tengok tengah study, jenguk je tengah study. Aiyo. Aku dah la jenis tak boleh duduk diam saja2 dalam bilik mengadap notes sepanjang masa. Mengadap notes, laptop, komik?, meja ... Bosan3x..

Oleh sebab tu la, petang tadi aku pun buat keputusan nak mengeluarkan diri aku dari bilik yang tak empat segi ni. Dalam jam 5pm, aku duduk kat tingkap. Menghadap langit. Macam mendung je. Hujan ke tak ni? Monolog sendiri la. (Aku monolog bersuara. Kalau orang ingat aku gila, lantaklah.) Sekejap2 bunyi guruh. Aish. Aku dah tak boleh nak tahan duduk dalam bilik nih.

Jadi, aku ingat nak pinjam payung kawan aku, sediakan payung sebelum hujan. Aku nak pergi kedai runcit kat belakang tu sebenarnya. Cari bekalan makanan, maklumlah kuarantin. Kena la ada stok. Tapi, kawan aku tidur la pulak. Aku pun menung lagi tengok langit melalui jendela dua daun ni.

Nak pergi ke tak nak, nak pergi ke tak nak. Grrr.. Tak boleh2x. Kena pergi jugak. Lantas aku pun bersiap2 dan pergi je. Hujan ke tak ke, lantaklah. (Payung aku rosak.)Lega aku dapat keluar dari bilik ni.

Sampai je kat kedai, aku apa lagi tengok atas bawah kedai. Melilau cari makanan yang best. JAJAN!! Suka3x. Ok, aku beli semua jajan berunsur cokelat, sebab aku suka. Tapi, aku beli roti sekali. Dah boring la makan biskut kering. Aku pun dah naik kering dah.

Yessa!! Stok makanan dah ada. Maka, aku berjalan balik dengan gembira. Lalala.. Aku boleh tahan diri dari beli baju yang aku suka, tapi kalau jajan... aish. Agak keberatan di situ. Nyum2..

Ok lah. Tak ada benda nak cerita pun. Tidur2. Dah malam. Tidur lambat nanti tumbuh jerawat (jangan percaya). zzZZ

sumber: Encek Google

Bila Air Mata Berbicara~

Sumber: Encek Google
Assalamualaikum..

....dan mata pun terbuka. Lantaran bunyi alarm dari telefon bimbit dengan kalimah Lailahaillallah.
Alhamdulillah. Masih punya umur yang panjang. Bingkas bangkit. Kekasih telah lama menanti.
Usai Subuh yang singkat, duduk atas sejadah usang, peninggalan arwah. Itu saja yang tinggal.

Tatkala bibir melafaz taubat, istighfar yang panjang.

Air mata: Kau benar menyesal?

Aku: Ya. Aku menyesal.

Air mata: Apa yang kau kesalkan?

Aku: Banyak. Begitu banyak yang patut aku kesalkan. Kealpaan. Kesombongan. Kelekaan. Ah, begitu banyak untuk aku senaraikan satu persatu.

Air mata: Maka, mengapa tidak kau titiskan aku? Sudah lama kau tidak menangis, bukan?

Aku: Ya. (Perlahan. Dada menahan sebak.)

Air mata: Kau tak mahu menangis?

Aku: Bukan. Bukan aku tak mahu.

Air mata: Jadi? Apa kau tunggu lagi? Aku sudah lama tersimpan. Aku sudah lama menanti. Mengapa tiada setitis pun yang keluar? Atau kau pura kesal?

Aku: Tidak! Aku bukan berpura2. Sungguh, aku manusia yang banyak dosa. Aku tahu.

Air mata: Nah. Buktikan.

Aku: ....... (Termenung) Aku... aku tak mampu. Kesedihan itu tidak menyelubungiku. Ia sudah hilang.

Air mata: Oh, alangkah ruginya. Kau tahu bukan, andai setitis aku mengalir di pipi itu mahupun basah hanya sehelai bulu mata mu dosa mu terhapus. (1)

Aku: (Terus tertunduk malu. Apakah yang menghantui aku? Tangisan. Aku sudah tak mampu.)

Air mata: (terus menyambung bicara..) Apakah kau sudah sombong?? Kau sudah senang. Kau tidak lagi dibelenggu kesempitan. Kau kacang lupakan kulit??

Aku: Tidak!! Bukan!! (Meronta, menafi)

Air mata: Biarkanlah aku mengalir.

"Tangisilah dosamu sepanjang masa dengan bersungguh-sungguh, sesungguhnya tangisan meringankan kesedihan.
 Jangan engkau lupa dosamu dalam kitab dan besarnya, sesungguhnya dosa-dosa meliputi manusia"(2)

Air mata: Ah! Aku kecewa. Aku tahu kau telah lupa. Kau merasa nikmat dan bahagia?? Kau merasa sombong!! Kau sangka kau tidak berdosa!! Hati kau keras!! Ego!!

"Sesiapa yang takutkan Allah s.w.t maka perbanyakkanlah air mata dalam khalwat.
Semoga ianya setelah ingatan dan tangisan, air mata ditukarkan dengan kebaikan."(3)

Air mata: Sudahlah. Kau menangis cuma bila kau kecewa. Kau menangis cuma bila kau buntu.Kau menangis cuma bila kau merasa tak punya apa-apa. Kau lupa Sang Pencipta!!

Aku: bukan...(perlahan. Bibir terkunci. Hati sayu. Mahu lari.) Mengapakah ia tak mahu mengalir? Itu aku tak punya jawapan. Aku tak tahu!

Air mata: Ah, aku benar-benar kecewa. Jangan kau beri alasan. Manusia memang begitu.

"Aku mahukan air mataku sebagai lautan yang menumpahkan air, dari mataku atas apa yang telah luput dari zamanku.
Sebagai penyesalan daripadaku bagi kelemahan atas ketakutan, yang tidak diperolehi kesedihan melainkan belenggu ketakutan.
Demi Allah sekiranya sah tetapnya kesedihan, tidaklah aku mendapati melainkan tidur dalam kesedihan.
Alangkah baiknya mataku pada seluruh anggota, menangis atasku dengan mata yang tidak mengantuk." (4)

Matahari mula menampakkan muka. Hari sudah terang. Aku bangkit meninggalkan sejadah usang, tanpa air mata. Kesal.

Rujukan:
1 : Hadith

i) Rasulullah bersabda: “Tidak akan masuk ke dalam api neraka seseorang yang menangis karena takut kepada Allah hingga air susu ibu (yang sudah diminum oleh anaknya) kembali ke tempat asalnya”
( HR.At-Tirmidzi )
ii)Rasulullah bersabda : “Barangsiapa yang mengingat Allah kemudian dia menangis sehingga air matanya mengalir jatuh ke bumi niscaya dia tidak akan diazab pada hari kiamat kelak”
(HR. Al-Hakim dan dia berkata sanadnya shahih)

Kisah Hamba Allah dan Bulu Mata di Akhirat (hairilabubakar.blogspot)

2-4(sumber sajak): Ibnu al Jauzi 2006. Taman Nasihat Kebun Pendengar. Jasmin Enterprise. 1: 168-172