Pengikut

Sunday, February 26, 2012

Cik ke Puan?

Assalamualaikum warahmatullah

Masa aku dalam bas nak balik kampung selepas interview haritu, aku mendengar radio yang dipasang pemandu bas. Radio berbahasa Cina- kantonis.

Isu yang dibincangkan adalah tentang panggilan Miss dan Mrs untuk wanita sedangkan lelaki tetap dipanggil Mr tanpa mengira status perkahwinan. DJ wanita radio tersebut cuba membangkitkan isu ketidakadilan dan diskriminasi terhadap panggilan tersebut.

Kenapa perlu ada perbezaan? Lebih-lebih lagi kaum Cina, perempuan yang telah berkahwin dipanggil mengikut nama keluarga suami.



Beberapa pemanggil memberi pendapat.

Pendapat 1: (lelaki)

Kat Malaysia ni memang banyak sangat panggilan. Bukan setakat Miss, Mrs, Mr malah juga Tan Sri, Dato', dan sebagainya. Memang orang Malaysia suka dengan pangkat dan panggilan macam ni. Tak macam kat negara luar, tetap Mr, Mrs, Miss (keluar dari topik tapi ada isi).

Pendapat 2: (lelaki)

Memang susah nak panggil. Kenapa nak kena ada beza untuk wanita? Kalau salah panggil marah pulak. Contoh:

A: Boleh saya tau nama cik?
B: Puan.
A: Oh, puan.

C: Boleh saya tau nama puan?
D: Cik.
C: Maaf, cik.

Pendapat 3: (wanita)

Tak kisahlah ada beza. Lagipun pelik kalau dah kahwin tapi masih panggil cik.

Pendapat 4: (wanita)

Biasa je. Tak ada apa-apa rasa tak puas hati. Kalau dah kahwin panggil saja lah puan. Kadang-kadang kita rasa lebih seronok kerana dah bergelar puan.

Kemudian, DJ lelaki tambah lagi, mak dia sendiri minta kawan-kawan panggil dia Miss dan guna nama keluarga sendiri, tak gunakan nama keluarga suami.

Mungkin sebab panggilan ini dah jadi perkara biasa, maka, apabila gelaran seperti ini digunakan, kita rasa biasa je. Dari dulu memang orang guna macam tu, mestilah tak rasa pelik dah kan?

Apa pula pendapat korang? Ada rasa diskriminasi ke (perempuan)? Menyusahkan ke?

 p/s:

1. Esok Isnin. Adakah aku akan mendapat panggilan buat medical check up? Atau adakah akan ada lagi panggilan interview? Berdebar.

2. Aku asyik terbayang dan teringat suara Indah. Masih rindu pada arwah. Al Fatihah.

Kiz Garden~

Assalamualaikum warahmatullah.

Alhamdulillah, seperti yang aku rancang aku berjaya menyiapkan satu lagi doodle untuk pengunjung blog aku. Macam mana terpilih? Rahsia.

Kali ini aku menghadapi kesukaran sebab aku tak reti sangat tentang fesyen. Maka, ini adalah hasilnya.

 
Disebabkan  mereka berdua ni bergaya orangnya, aku tiru dan cedok idea daripada header. Aku tak pandai nak reka fesyen yang sesuai. 

Harap diorang suka la. Suka la ye? Heheh.

p/s: Who's next? Rahsia. Hehe. Klik-klik la churp-churp yang ada. Terima kasih.