Pengikut

Monday, March 12, 2012

Jodoh itu rahsia Allah~

Assalamualaikum warahmatullah..

Jodoh itu rahsia Allah.

Ini bukan blog gosip, tapi, hari ni nak sebut sikit nama artis sebagai contoh.

Ingat lagi majlis persandingan Erra dan Yusri di Taman Tasik Permaisuri dulu? Lihatlah sekarang. Masing-masing sudah bahagia dengan pasangan masing-masing.

Ingat lagi kisah Nabil raja lawak dan Irma Hasmie. Nah, sekarang masing-masing juga bahagia dengan hidup masing-masing.

Tengok pulak bekas jaguh bina badan negara, Dato' Malik Noor. Mengakhiri zaman bujangnya pada usia 50 tahun.

Terlintas idea ni sebab tengok berita TV3 tentang Dato' Malik Noor tadi. Tak siapa tahu rahsia dan ketentuanNya.

Berdoa dan terus berdoalah. Usaha tu takkan sia-sia, insyaAllah.

Bak kata pepatah basikal, " jodoh tu datang lambat, sebab dia naik basikal. Tapi, dia akan sampai jugak nanti." 

p/s: Aku ni fikir untuk orang lain sangat ke? Atau orang lain cuma alasan untuk aku memalas-malaskan diri dan terus duduk diam je.

Kenapa ramai orang takut nak lalu rumah aku?

Assalamualaikum warahmatullah.

Iklan jap.

Boleh tak nak upah orang tolong print dan hantarkan resume? I'm stuck at home, cannot go anywhere, especially this week. Too many kids to be taken care of. Sigh*


Mak selalu cakap, kawan-kawan mak takut nak lalu rumah aku kalau malam.

Makcik aku pun ada yang tak suka lalu rumah aku kalau malam.

Kawan abang aku pun, pernah ceritakan pengalaman lalu rumah aku waktu malam.

Ada apa sebenarnya?

Takut sebenarnya nak fikir. Tapi, alhamdulillah dah 24 tahun aku hidup kat rumah ni tak ada apa-apa masalah.

Mungkin kawasan rumah aku sunyi sangat. Cuma ada 4 buah rumah. Mujur rumah aku, rumah pakcik aku dan rumah sewa kecik yang abang aku duduk ni dekat-dekat. Sebelah-sebelah je.

Kisah-kisah seram? Dah malam, tak berani nak cerita. Fufufu..

Percaya ke? 

p/s: Tak tau nak beza, tahyul atau tidak semua ni? Aku ni belajar sains, tapi, aku pernah je saksikan kes-kes mistik depan mata. Ala-ala kes yang perlu dirujuk kepada pakar perubatan Islam tu. Sebab tu, aku buat keputusan untuk ignore je.

Oh, macam tu rupanya nak jadi hantu...~

Assalamualaikum warahmatullah..

Sedang aku seronok melayan blog tiba-tiba,

"Oh, macam tu rupanya nak jadi hantu..
Ingat..ingat.. Amsyar ingat..

Macam tu rupanya..Oh..
Tapi, macam mana Amsyar nak jadi hantu?
Amsyar mana ada alat macam tu.."

Wahaha. Anak sepupu aku (abang kepada budak yang mak aku jaga) umur 7 tahun cakap macam ni.

Nak tau dia tengok cerita apa? Cerita Danny Phantom. Boleh pulak dia fikir nak jadi hantu macam Danny Phantom?? Aku nak gelakkan tapi, budak2 lain tengah tidur, Kang pecah gelak aku, terbangun semua.

Patutla, masa kecik budak2 sibuk nak jadi superhero. Terpengaruh rupanya. Aku pun sama je suka nak jadi Ultraman nak jadi Power Rangers, dan paling takleh blah nak jadi Sailormoon. Wahaha...

Gangguan bekalan air 36 jam di Lembah Klang~

Assalamualaikum warahmatullah


Menonton MHI di TV3 pagi tadi. Sengaja aku ingin mewar-warkan tentang gangguan bekalan air yang bakal dialami penduduk Lembah Klang pada:

14 - 15 Mac 2012.

Antara kawasan yang terlibat:

1.Hulu Selangor
2. Petaling
3.Kuala Lumpur
4. Klang/Shah Alam
5. Kuala Langat

SYABAS mengingatkan supaya mereka yang berada di kawasan yang dimaklumkan terlibat untuk menyediakan bekalan air secukupnya. Dan sekiranya bekalan air habis sebelum tempoh bekalan air dikembalikan, orang ramai boleh menghubungi talian bebsa tol SYABAS :

1-800-88-5252

Gunakan air sebaiknya!