Pengikut

Sunday, February 5, 2012

The Sudden Feeling~

Assalamualaikum warahmatullah.


Asalnya aku nak tulis benda lain tadi. tapi, bila aku baca blog kawan aku, tiba-tiba aku rasa lain macam. Semacam semangat aku ditarik.

Kawan aku ni, rezeki dia cepat je sampai, hingga buat dia susah hati jugak. Dia dah kerja kat Glen Hosp, tapi, dah dapat tawaran kerja kat Brunei pulak.

Terus-terang aku cakap, aku sedikit cemburu. Senangnya dia dapat kerja. Dah kerja, siap dah nak tukar tempat dah.

Aku pun tak nak rasa macam ni. Tak baik kan? Seolah-olah mengeluh atas nasib diri. Bukan aku nak. Aku pun nak jadi orang yang bersemangat dan bersabar. Mestilah aku nak jadi orang yang bagus.

Cumanya, sesekali aku rasa down jugak. Aku tercari-cari kat mana silap aku. Aku merenung balik apa yang aku buat selama ni. Ujian agaknya.

Aku tak pandai buat keputusan. Aku tak berani nak betul-betul keluar dari rumah dan berdikari sendiri. Aku masih merasakan hakikat aku seorang perempuan, aku perlu lebih berhati-hati. Aku pun, kurang percaya kat orang. Berjalan kat ramai orang pun aku rasa seram.

Fobia mungkin. Kenapa aku kata fobia, cukuplah aku je yang tau.

p/s: Dia cakap kalau nak nangis datang lah rumah. Mestilah aku teringin sangat. Jauh la kak. Lagipun, susah lah duduk rumah orang dah bersuami.

[Luahan] Sang Pendosa

Assalamualaikum warahmatullah...

Satu lagi sajak lama.

Sang Pendosa~

Dan mimpi semalam menjengah lagi,
Saat lena dalam lelah,
Ketenangan dihiruk pikukkan oleh dosa semalam.

Dan mimpi semalam menjeruk rasa hati,
Saat kaki berjalan teguh,
Kekuatan dipatahkan oleh dosa nan silam.

Dan mimpi semalam mengikat kaki,
merantai hati, memporak perandakan jiwa.

Terduduk di atas sejadah usang,
Dengan linangan air mata tak punya harga,
Mimpi yang berulang, sesalan yang panjang,
Damaikah nanti?

 p/s: Missing the days..

My Childhood Friend's Wedding~

Assalamualaikum warahmatullah.

Hari ni, aku cuma sempat membalas beberapa kunjungan. Terima kasih, aku terharu ada orang datang.

Jap lagi nak keluar. Pergi walimah kawan. Kalau ada yang ingat, aku pernah cerita tentang seorang kawan yang menjadi tempat aku meniru kerja sekolah Bahasa Arab masa tingkatan 3. Hehe.

"Barakalallahu lakum"

Aku kenal dia sejak darjah satu walaupun lain kelas. Bila darjah empat kami sama-sama langkau kelas. Nasib baik ada dia.

Hari ni, dia mungkin dah sah jadi isteri seseorang. Dia pun dulu kecik-kecik je macam aku. Tapi, dia lebih popular sebab dia lagi pandai. Dia baik. Sangat. Lembut je orangnya, memang tak macam aku langsung.

Ni la satu-satunya perkahwinan kawan satu sekolah yang aku pergi kot. Aku dah lama lost contact dengan diorang. Baru-baru ni je jumpa balik. Maklumlah, aku cuma tau duk dalam rumah je. Dulu-dulu mana ada hanset nak tukar-tukar nombor.

Eh, dah melalut. Nak kena pergi bersiap. Tumpang kawan.

p/s: Ada orang patah hati hari ni. Opps. Lucu. Alamak, tak tau nak "becek". Tak ada hadiah sebab tak de duit. :P

*becek = ngeley = salam kasi duit bila pergi kenduri

Maulud Nabi / Maulidur Rasul~

Assalamualaikum warahmatullah.

Cuti hari ni. Apa erti?

Khutbah pertama baginda s.a.w-

"Sesungguhnya seorang pemandu tidak akan mendustakan keluarganya. Demi Allah, sekiranya saya dapat mendustai semua manusia pun, saya tidak akan mendustai kalian. Sekiranya saya dapat menipu semua manusia, saya tidak akan menipu kalian.

Demi Allah yang tiada tuhan selain Dia, saya adalah Rasul Allah yang diutus kepada kamu sekalian secara khusus dan kepada manusia secara umum. Demi Allah, kalian pasti akan mati sebagaimana kalian tidur, dan kalian pasti akan dibangkitkan sebagaimana kalian bangun dari tidur.

Kalian pasti akan dihisab berdasarkan amal kalian. Kalian pasti akan diberi balasan kebaikan dengan kebaikan, keburukan dengan keburukan pula. Sesungguhnya, di sana ada syurga yang abadi atau neraka yang abadi pula."

Jamarah Khutbah Al-Arab Sirah Al-Halabiyah, Al-Kamil Ibnu Katsir, Sirah Al-Khadhry

p/s: Menyusur pesanan melangkau zaman. Kita punya peranan.

rujukan: Rohidzir Rais 2011, Khutbah Rasulullah : Wasiat Agung Buat Manusia Tercinta, PTS.