Assalamualaikum dan selamat berpagi Rabu..
Salam Ramadhan..
Pagi tadi mak terlewat bangun, jadi mak sedikit tergesa-gesa. Aku diam je buat macam biasa- cakap baik-baik.
Masa basuh pinggan aku tanya mak, hari Khamis macam mana? Mak suruh kitorang pergi sendiri. Aku pun pujuk la mak- penuh kelembutan.
"Sehari je mak. Mak cakap dengan orangnya ye?"
"Alah, baru sehari dah nak cuti. Korang pergi je la. Macam tak pernah pergi KL."
"Ala mak.. Sehari je. Kin dah cakap awal-awal hari tu. Orang tu yang tiba-tiba."
"Alah..."
"Hmm.."
Sedang aku nak online tiba-tiba;
"Esok pukul berapa perginya?"
"Entah. Tanya Bangyun."
"Kalau pergi lepas budak-budak balik sekolah kenapa? Buka kat sana."
"La..Cadangnya nak pergi biar cepat. Kalau malam sesak. Kan orang pernah pergi, tak boleh nak jalan."
"Tak la. Tunggu budak-budak (yang mak jaga) balik kenapa? Pukul 5. Budak-budak pun kan sekolah."
"Ponteng."
"Eleh. Adik haritu dah ponteng. Mak malas, nanti maknya kena panggil."
"Ala..Sehari je. Tu la haritu orang cakap dengan adik."
Diam...
"Kak M pun cakap, puasa ni susah nak cuti-cuti. S (suami dia) dah tak ada (kerja tempat lain)."
"Ala.. Orang dah cakap awal-awal dah."
Diam lagi..
Sebenarnya, aku ajak abang aku pergi jalan TAR sebab mak. Aku ingat lagi sebelum ni beberapa kali mak ajak pergi tapi abang aku tak sempat bawak. Abang aku sorang lagi pulak asyik cakap tak tau jalan je. Haritu mak tanya aku cuti hari apa, bila aku cakap hari Khamis, mak kata senang la bukan hujung minggu. Kalau turun KL, Jalan TAR tak sesak.
Yela, mak tiba-tiba je sebut jalan TAR- maka aku fikir mak mesti teringin nak pergi sebenarnya. Selalu pun mak asyik tanya je pasal tudung- aku pulak tak reti.
Kalau aku pergi dengan budak-budak ni je, baik tak payah. -Orang memang niat nak bawak dia.-
Mak memang macma tu. Kalau orang mintak tolong susah nak tolak. Orang mintak daun malam-malam buta, tengah demam teruk ke, hujan ke, mak carikan jugak. Orang mintak urut- walaupun mak dah cakap tak larat nak urut ramai orang- jangan sebarkan kat orang- kalau orang datang mak urut jugak. Penat macam mana sekalipun, sibuk macam mana pun, mak cari jugak masa nak urut.
Haritu mak kata tak larat nak urut orang tu 7hari-lepas bersalin- mak mintak 5 hari je, jadinya 7hari jugak. Siap ada extra- urut dua orang baby pulak tu.
Mak memang tak tolak rezeki kot. Entah lah.
"Mak...sehari je.....please...orang dah mintak cuti dah..huhu.."- dalam hati. Nangis aku camni. Rasanya harapan kabur je. Mak mesti serba salah jugak- tapi lebih berkemungkinan mak dulukan budak-budak tu.
p/s: Ada sorang makcik yang pernah menyumbang kepada aku dengan adik aku tak suka dia. Dulu mak selalu ajak kitorang keluar ke pekan, tapi selalu sangat makcik tu tiba-tiba datang ajak ke bank lah, nak ke kedai emas lah, menyebabkan kitorang tak boleh ikut- walaupun dah bersiap-siap. Adik aku lagi la memang anti la dulu. Haha. Mak..mak..
Pengikut
Wednesday, August 3, 2011
Aku tak tahu nak buat apa..
Assalamualaikum
Hampir jam 12.30pagi. Aku tak pasti wajar ke aku cerita semua ni. Tapi, aku jadi tak tahu nak buat keputusan. Pagi tadi tiba-tiba mak budak yang mak cerita hantar anak dia yang berumur 5bulan. Dah start jaga?? Baru semalam cakap, tiba-tiba dha hantar harini?
Apa patut aku buat? Aku tak nak berhenti. Aku perlukan duit.
Khamis ni kan aku dah mintak cuti nak shopping raya. Tak tahu nak cakap. Rasa malas nak cuti. Tak payah raya.
Hampir jam 12.30pagi. Aku tak pasti wajar ke aku cerita semua ni. Tapi, aku jadi tak tahu nak buat keputusan. Pagi tadi tiba-tiba mak budak yang mak cerita hantar anak dia yang berumur 5bulan. Dah start jaga?? Baru semalam cakap, tiba-tiba dha hantar harini?
Apa patut aku buat? Aku tak nak berhenti. Aku perlukan duit.
Khamis ni kan aku dah mintak cuti nak shopping raya. Tak tahu nak cakap. Rasa malas nak cuti. Tak payah raya.
Subscribe to:
Posts (Atom)