Pengikut

Tuesday, April 26, 2011

Buku Secondhand~

assalamualaikum..

penat aku godek2 tenet. tak ade ke orang jual buku terpakai dah? semua aku tengok dah outdated je.. aku mau kumpul novel jodi picoult. aku ada tengok kat amazon.com... tapi, aku mana tau cara nak beli online dari over the sea pulak tu.. lagi pun, entah tahun bila punya entry entah tu.. aku mau buku jodi picoult....!!

heh. over action plak. tapi, aku mau mula kumpul buku. kembalikan minat membaca ku macam dolu2..kalau ada sesiapa tau mana nak dapat buku terpakai yang murah, habaq la kat aku.. especially jodi picoult. aku memang suka buku die-selalu pinjam je. sekarang nak mula beli..

my sister's keeper <--buah hati pertama.. best2..i like..!!

BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH


Assalamualaikum..

Ehem. Kali ni, aku nak join segmen oleh encek Ben Ashaari

Ok. Nak kena cerita zaman sekolah.

Aku mula sekolah taski kat Kuala Selangor-sedangkan aku duduk kat Tanjong Karang. Bila budak kampung terpaksa sekolah kat bandar, aku sangat2 la tak dihiraukan. cam kesian je bunyinya. Tapi, aku berjaya teruskan hidup aku kat sekolah tu dan periksa akhir dapat nombor 6. Hehe..Masa ni jugak lah aku berjaya mengubah kekidalan aku kepada kekananan. sebab ape? aku tengok, aku sorang je tulis pakai tangan kiri, orang lain tulis tangan kanan. aku pun sedaya upaya tukar la.. grr..aku memang cepat terpengaruh. =_=''

Lepas tu, dari sekolah bandar pindah ke sekolah kat kampung, aku sangat takut. sebab masa umur 6tahun tu, bila kat rumah tak ade sape nak kawan dengan aku, sebab aku tak sekolah sama dengan diorang kat tadika KEMAS.

alhamdulillah, masuk sekolah darjah satu dapat gak kawan. teringat satu ketika, aku gaduh2 dengan kawan aku, aku naik atas meja. sebab aku takut kalah. naik atas meja rasa tinggi. lagi satu, budak tu panggil kakak die datang-darjah 6- tak aci!! main ajak back up. aku mana ada sape2 kat sekolah tu. sepupu aku lelaki pun sama baya. dah la curik abang aku. (abang aku anak angkat mak ayah budak tu). aku jeles..*_*

tapi, aku berjaya harungi dan jadi antara pelajar yang cemerlang-kononnya la. lepas tu, darjah 3 kan ada PTS. entah dah rezeki aku kot, lulus plak. aku ingat lagi konflik aku dan lagi 2 kawan aku, kitorang asyik tukar je keputusan nak lompat kelas ke tidak. last2 buat keputusan tak nak, tapi enchek dari PPD daerah kuala selangor turun sekolah dan pujuk kitorang naik darjah 5.

sekali lagi, aku terpaksa cari kawan baru. nasib baik ada sorang geng dan akhirnya jumpa la sorang kawan yang rapat.

aku ni tak besar mana. masa darjah 6 ada anak cikgu ni, buli aku. maka, aku nanges sampai la masa matapelajaran sains. cikgu masuk aku masih nanges. sebab ape??sebab aku malu nak angkat muka. maka, aku pura2 terus nanges.. bijak kan aku??

masa darjah 6 jugak lah, aku selalu kena berdiri atas kerusi. sebab aku selalu tak bawak buku teks.. berat la cikgu...nak bawak beg, kayuh basikal hari2.. saya dengan buku dah nak sama berat tau..

lepas tu, masuk sekolah menengah kat situ je. teringat satu peristiwa.. sangat memalukan..tapi, aku rasa aku bijak..

aku ni bukan jenis yang bising2 kat kelas. maka, aku tak kisah hal orang. tapi, ada sorang budak laki ni suka sangat la usik aku. satu hari di kala lepas PMR, budak2 laki lain cakap budak tu usik aku sebab suka, dek kerana malu, aku pun pura2 nanges!! wahaha. terus diorang stop dan takut nak usik. senang je nak kalahkan diorang...bangga aku jap.

lepas tu, ting 4 dapat tawaran masuk asrama. aisyeh. aku masuk je la. demi masa depan la konon. tapi, kat situ sekali lagi, aku terpaksa kawan dengan budak2 bandar, anak2 dato' datin, segala macam jenis la. memang tak selesa. (kalau ada yang terbaca, sori la. ni ikhlas punya pengakuan)

aku tak mampu nak ikut gaya hidup diorang. so, pada akhir sekolah aku banyak menyendiri. lagipun, masa tu arwah abah aku baru je pergi, aku agak depress-baru aku sedar.

aku pun salahkan sekolah sebab aku tak dapat balik pada minggu tu sebenarnya (asalnya minggu tu patut boleh balik, tapi ditunda sebab nak adakan bengkel jawab soalan SPM) grr.. aku tak suka sekolah tu (jujur kan?). walau ape orang cakap, sampai sekarang, sekolah tu pada aku cuma kenangan pahit.

to kawan2 sekolah aku, tak kira la sekolah mana pun, untuk yang masih ingat aku cuba contact aku, jenguk2 aku thanx. sori la tak dapat jenguk korang. aku cuma ada lesen basikal..sekian terima kasih..


macam panjang sangat je..=_=''

oh, ye. di zaman sekolah obsesi aku cuma pada komik dan TV. hari2 itu je la cerita aku. dan aku sangat serabai..sekarang pun serabai je lagi.. wee..

banyak lagi kisah2 yang tak dapat dilupakan sebab aku ni, jenis senti"mentel".. tapi, nanti dah jadi novel pulak..

Books Heaven~

alhamdulillah..

hajat aku nak ke pesta buku akhirnya tercapai. hari ni, aku and kawan aku keluar berjalan2 (naik tren) ke PWTC. kitorang memang plan nak pergi hari bekerja sebab tak ramai orang, senang sikit nak jalan.

pergh..! teruja aku tengok lambakan buku2. tak cukup mata aku nak tengok, tak menang tangan aku nak belek2 buku..

aku ni, jenis cepat rambang mata. tak reti nak pilih. akhirnya, aku cuma beli 4 buku je.. (je, sebab kawan aku beli banyakkk.. trust me, memang sangat banyak...!!) gile buku die tu..kagum2..

well, aku tak reti baca novel Melayu (sombong bunyinya). bukan ape, kebanyakannya cerita cinta je..boring.. satu2nya novel Melayu yang aku sangat2 seronok membaca adalah ADAM oleh Ramlee Awang Murshid. masa aku baca tu, form 5 rasanya.

lepas tu, aku tak baca novel Melayu sangat. (aku gila komik, novel aku tak berapa obses). cuma masa zaman kanak2 je aku dah membaca satu almari novel rumah pakcik aku termasuk novel bercakap dengan jin-pelbagai siri. heheh. agak gila jugaklah..

ok2. back to topic. buat masa ni, aku nak mengumpul buku2 yang memotivasikan diri and memperbaiki diri aku je. tapi, disebabkan aku suka Jodi Picoult, maka tadi aku beli la satu novel die, House Rules.

aku suka baca novel english bertema persahabatan and keluarga, sesekali tema misteri. tak sama macam novel cinta Melayu kan? Bukan aku kondem, cuma aku tak suka. orang lain nak suka, aku tak de hal.. masing2..

lepas ke PWTC, cam biasa singgah makan and solat kat the Mall.. elok la sangat kat bawah tu ada clearance sale novel omputih.. maka aku beli lagi dua novel.. hehe.. maaf.. harga die satu rm5 dan satu lagi rm8 je..

so, kesemua buku yang aku beli harini, 3buku Melayu, 3 novel omputih..

tak sabar nak baca- tapi aku psycho balik diri aku, kena study dulu. abiskan exam dulu, balik rumah baru boleh goyang kaki baca buku2 yang ada ni..insyaAllah..

malam ni kena selesaikan surat2 nak hantar resume esok lagi. cepatla semua selesai.. study2!!!

doakan aku rajin selalu..amiin..uhuk.